Bab Sharqi
Bab Sharqi (Arab: باب شرقي ; "Pintu Timur"), juga dikenali sebagai Pintu Matahari ialah satu daripada lapan pintu kota Damsyik, Syria. Ia juga ialah satu-satunya pintu asal Romawi (juga dikenali sebagai "Byzantine") yang masih kekal. Nama modennya datang dari lokasinya di bahagian timur kota Damsyik. Pintu ini juga menjadi nama daerah Kristian yang mengelilinginya. Mukaan atau fakad pintu ini dibina semula pada tahun 1960-an.[1]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pintu Matahari, namanya pada zaman Romawi, dapat dikesan sehingga ke ca. 200 M.[2] Pintu ini tidak mempunyai ciri-ciri pertahanan, akan tetapi berkemungkinan ia diapit menara di kedua-dua sisinya. Reka binanya minimum dan ciri utamanya pilaster[3] Pintu ini yang berukur 26 meter (85 ka) lebar, berdiri pada sebuah laluan lebar (yang dipanggil Lorong Lurus), yang menjadi laluan utam kota. Laluan ini terdiri daripada laluan utama untuk kenderaan beroda di tengah-tengah berukur 14 meter (46 ka) lebar, dan dua laluan pejalan kaki yang beraked. Saki-baki deretan tiang yang bersilang dalam kota masih dapat dilihat di dalam pintu.[1] Lorong Lurus masih menghubungi pintu timur kota Damsyik dengan pintu barat atau Bab al-Jabiyah.[2]
Damsyik ditawan Muslim pada zaman Khulafa al-Rasyidin. Semasa Pengepungan Damsyik, jeneral Muslim, Khalid bin al-Walid, memasuki Damsyik melalui pintu ini pada 18 September 634 M.[4] Dari segi ketenteraan, pintu ini sama dengan kebanyakan pintu tripatit Romawi, dikira tidak sesuai. Pada abad ke-12, pada zaman pemerintahan Nuruddin Zangi, pintu ini dihalang separa melainkan sebuah pembukaan di bahagian tengah yang diubah suai menjadi laluan bengkok. Sebuah menara juga ditambah pada bahagian atas pintu ini.[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Burns, Ross (2005). Damascus: A History. Routledge. m/s. 55–56. ISBN 0-415-27105-3.
- ^ a b Williams, Wynne (1998). The Three Worlds of Paul of Tarsus. Routledge. m/s. 163. ISBN 0-415-13592-3.
- ^ "Tiang berbentuk segi empat yang menganjur keluar sedikit daripada permukaan dinding" Takrif DBP.
- ^ Burns, Ross (2005). Damascus: A History. Routledge. m/s. 99. ISBN 0-415-27105-3.
- ^ Tabbaa, Yasser (1997). Constructions of Power and Piety in Medieval Aleppo. Penn State Press. m/s. 68. ISBN 0-271-01562-4.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Bab Sharqi |
- (Inggeris) Pintu Lama Damsyik
Koordinat: 33°30′34″N 36°19′4″E / 33.50944°N 36.31778°E
Kota Lama Damsyik
|
---|
Pintu |
al-Faraj · al-Jabiyah · al-Saghir · Kisan · Sharqi · Tuma · al-Salam · Faradis |
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.