Bantuan:Kawalan kewibawaan
Kawalan kewibawaan merupakan satu cara untuk mengaitkan suatu pengecam unik kepada rencana di Wikipedia. Ini adalah berguna untuk menyahtaksa item-item berbeza dengan pengepala yang serupa atau sama. Ia juga untuk mewujudkan satu tajuk standard untuk suatu item yang biasanya diketahui mempunyai dua atau lebih tajuk. Apabila digunakan, pautan data kawalan kewibawaan boleh dijumpai di bawah laman Wikipedia, yang menghubungkannya dengan rekod bibliografi pada katalog perpustakaan. Kawalan kewibawaan sering digunakan pada rencana-rencana berkaitan biografi kerana ia adalah suatu perkara yang biasa jika lebih daripada seorang individu itu berkongsi nama yang sama.
Kawalan kewibawaan membolehkan para penyelidik untuk mencari dengan lebih mudah maklumat berkaitan dengan subjek sesuatu rencana, tanpa perlu [ menyahtaksa] subjek secara manual. Contohnya, kawalan kewibawaan digunakan pada rencana muzik supaya maklumat di dalam rencana tersebut boleh dirujuk silang secara mudah dengan pangkalan data terkenal MusicBrainz. Ini membolehkan banyak perisian penggunaan media untuk memaparkan maklumat daripada rencana Wikipedia yang relevan apabila suatu lagu dimainkan.
Secara umumnya, kawalan kewibawaan ialah suatu kaedah untuk mencipta dan mengekalkan istilah-istilah indeks untuk bahan bibliografi dalam katalog perpustakan. Pautan yang dihasilkan oleh templat kawalan kewibawaan di Wikipedia akan membawa kepada data kawalan kewibawaan dalam katalog perpustakaan di seluruh dunia. Contohnya, maklumat kawalan kewibawaan Wikipedia untuk rencana Alexander Graham Bell adalah seperti berikut:
WorldCat merupakan katalog induk kerjasama sejagat yang mengitemkan koleksi 72,000 perpustakaan di 170 buah negara dan wilayah. Berikut adalah rekod kawalan kewibawaan yang terbesar: Fail Kewibawaan Antarabangsa Maya (VIAF), Nombor Kawalan Perpustakaan Kongres (LCCN), Pengenal Pasti Nama Piawaian Antarabangsa (ISNI) dan Fail Kewibawaan Bersepadu (dalam bahasa Jerman).