Belalang
Belalang Julat zaman: Permian Akhir - Kini
| |
---|---|
Belalang muda | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Subfilum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Suborder: | Caelifera Ander, 1939
|
Superkeluarga | |
Belalang (Jawi: بلالڠ ) adalah serangga dalam suborder Caelifera dalam susunan Orthoptera.[1] Ia kadang kala digelar sebagai "belalang sesungut pendek" bagi membezakannya dengan belalang daun yang hampir serupa.
Serangga jenis ini mempunyai kaki belakang kuat untuk melompat. Ia juga tidak menjalani metamorfosis sempurna di mana anak belalang (nimfa) yang menetas dari telur menyalin kulit sebanyak lima kali untuk mencapai tahap dewasanya. Ia pemakan daun rumput. Malahan, ada beberapa spesies belalang termasuk belalang juta yang boleh mendatangkan kerosakan secara berkawanan kepada hasil tanaman bijirin, sayur dan padang ragut.
Terdapat beberapa jenis belalang, antaranya belalang kunyit, belalang hijau dan lain-lain. Ada juga jenisan belalang yang dimakan oleh suku kaum tertentu.
Penamaan
[sunting | sunting sumber]Perkataan belalang diturunkan daripada akar bahasa Proto-Austronesia *balalaŋ₁ yang bermaksud serangga ini atau belalang juta. Kata-kata seasal daripada akar ini termasuk bálaŋ dalam bahasa Tagalog, valála dalam bahasa Malagasi, dan walang dalam bahasa Jawa.[2]
Istilah belalang pada dahulunya pernah dilanjutkan makna menerangkan semua jenis serangga yang bersayap besar, berbadan panjang dan tidak menyengat seperti mentadak (belalang kacung atau belalang kancung), pepatung (belalang patung) dan kumbang kura-kura (belalang pijar).[3]
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Kepala belalang tegak pada satu sudut dari badannya. Kepalanya ada sepasang biji mata majmuk yang memberikan penglihatan sepenuhnya, tiga biji mata ringkas yang boleh mengesan cahaya, dan sepasang sesungut nipis yang sensitif sentuhan dan bau. Mulutnya yang menjangkau ke bawah diubahsuai untuk mengunyah.[4]
Badan belalang berwarna hijau, berkepak dan berkaki panjang yang senang didapati di celahan pokok ataupun rumput. Seekor belalang ada dua pasang kepak, kepak depannya atau tegmina berkulit keras dan nipis manakala kepak belakangnya besar dan bermembran dikukuhkan vena.
Belalang melompat dengan meregangkan kaki belakang dan menekan tapak dihinggap seperti tanah, ranting atau rumput; daya tindak balas merejangkan badan belalang ke udara.[5] Seekor belalang yang besar boleh melompat setinggi kira-kira satu meter (20 kali panjang badan) tanpa menggunakan sayapnya; pecutan lompatannya memuncak pada kira-kira 20 g.[6]
Tabiat
[sunting | sunting sumber]Pemakanan
[sunting | sunting sumber]Kebanyakan spesies belalang makan tumbuh-tumbuhan dari pelbagai sumber,[7] tetapi ada juga spesies yang omnivor memakan tisu dan tinja haiwan. Belalang umumnya makan rumput termasuk banyak bijirin yang ditanam sebagai sumber makanan.[8]
Pembiakan
[sunting | sunting sumber]Belalang betina bertambah berat selama satu hingga dua minggu sehingga telur-telurnya berkembang. Selepas mengawan dengan pasangannya, belalang betina menggali lubang berdekatan tanaman dengan hujung tajam sambungan pada abdomennya; telur-telurnya dimasukkan ke dalam lubang itu dan ditutup dengan tanah.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Rowell, Hugh; Flook, Paul (2001). "Caelifera: Shorthorned Grasshoppers, Locusts and Relatives". Tree of Life web project. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 April 2015. Dicapai pada 3 April 2015.
- ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*balalaŋ₁ — grasshopper, locust". Austronesian Comparative Dictionary. Dicapai pada 6 November 2022.
- ^ Wilkinson, Richard James (1932). "bĕlalang". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 104 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
- ^ a b Pfadt, Robert E. (1994). Field Guide to Common Western Grasshoppers (ed. ke-2). Wyoming Agricultural Experiment Station. m/s. 1–8.
- ^ Heitler, W.J. (Januari 2007). "How Grasshoppers Jump". University of St Andrews. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2015. Dicapai pada 3 April 2015.
- ^ Heitler, W.J. (Januari 2007). "Performance". University of St Andrews. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mac 2015. Dicapai pada 13 April 2015.
- ^ Davidowitz, Goggy. "Grasshoppers". Arizona-Sonora Desert Museum. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 May 2015. Dicapai pada 4 May 2015.
- ^ O'Neill, Kevin M.; Woods, Stephen A.; Streett, Douglas A. (1997). "Grasshopper (Orthoptera: Acrididae) Foraging on Grasshopper Feces: Observational and Rubidium-Labeling Studies". Environmental Entomology. 26 (6): 1224–1231. doi:10.1093/ee/26.6.1224.
Sumber-sumber
[sunting | sunting sumber]- O'Toole, Christopher, penyunting (2002). "Grasshoppers". Firefly Encyclopedia of Insects and Spiders. Firefly Books. m/s. 64–65. ISBN 1-55297-612-2. Dicapai pada 6 November 2022.
- Grasshopper species to watch for on the Canadian Prairies and Northern Great Plains, Dan Johnson
- Grasshoppers: Life Cycle, Damage Assessment and Management Strategy, Govt. of Alberta
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Caelifera |
Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Belalang |
- Tree of Life Web Project
- The Grasshopper suicide Diarkibkan 2010-08-17 di Wayback Machine
- American grasshopper Diarkibkan 2009-02-24 di Wayback Machine on the UF / IFAS Featured Creatures Web site