Bendera Haiti
Bendera Haiti (Perancis: drapeau d'Haïti ; Kreol Haiti: drapo Ayiti ) terdiri daripada sebidang dwijalur mendatar biru dan merah diterakan jata negara tersebut.
Rekaan
[sunting | sunting sumber]Perlambangan
[sunting | sunting sumber]Bendera ini dipercayai mula diperkenalkan oleh Jean-Jacques Dessalines pada hari terakhir Kongres Arcahaie tanggal 18 May 1803. Beliau dikatakan mengadaptasikan warna-warna bendera Perancis yang dicarikkan bahagian putihnya lalu dijahitkan semula oleh anak buahnya, Catherine Flon[1] - bahagian biru melambangkan warga kulit hitam Haiti manakala bahagian merah melambangkan warga berdarah kacukan atau gens de couleur.
Rekaan ini dirasmikan Presiden Alexandre Pétion pada tahun 1806,[2] namun ia dicatatkan dalam Tajuk I, Bab I Perkara 3 perlembagaan baharu negara tersebut pada tahun 2012:
L'emblême de la Nation Haïtienne est le Drapeau qui répond à la description suivante:
- Deux (2) bandes d'étoffe d'égales dimensions: l'une bleue en haut, l'autre rouge en bas, placées horizontalement;
- Au centre, sur un carré d'étoffe blanche, sont disposées les Armes de la République;
- Les Armes de la République sont : Le Palmiste surmonté du Bonnet de la Liberté et, ombrageant des ses Palmes, un Trophée d'Armes avec la Légende: L'Union fait la Force.
Lambang Bangsa Haiti ialah Bendera dengan gambaran berikut:
- Dua (2) jalur mendatar berukuran sama: satu [yang] biru dan satu yang merah di bawah;
- Di tengah [bidang], atas suatu petak putih terteranya Jata Republik;
- Jata Republik adalah: sebatang pelmiste [sic][a] dipakaikan topi merdeka, dan di bawahnya rampasan perang dengan cogan kata tertulis "Perpaduan asas Kekuatan".
Nota
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Various sources Diarkibkan 10 Julai 2011 di Wayback Machine. Op. cit. L'histoire d'Haiti. "18 Mai." Accessed 12 February 2011.
- ^ Beauvoir, Max G. "Colors of the Flags." Accessed 11 February 2011.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaFOTW