Pergi ke kandungan

Bobbey Ah Fang Suan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berhormat Senator Datuk
Bobbey Ah Fang Suan
PGDK (Sab); JSM
Ahli Dewan Negara Malaysia
Dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Sabah
Menyandang jawatan
5 Januari 2021
Berkhidmat with Noraini Idris
Didahului olehAbdul Ghani Mohamed Yassin
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah
bagi Nabawan
Dalam jawatan
2004–2020
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehAbdul Ghani Mohamed Yassin
Maklumat peribadi
Gabungan politik
lain
GAGASAN (Ahli sejak 2023)
BERSATU (2020-2022)
BERSATU (2019-2020)
UPKO (-2019)

YB Senator Datuk Bobbey Ah Fang bin Suan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah untuk Nabawan dan beragama Kristian.[1] Beliau adalah mantan Naib Presiden UPKO, Sabah.[2] Pada tahun 2023, beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN) atas sebab pengalaman politik beliau yang sudah memberi sumbangan banyak pada Sabah selepas mengesahkan untuk menyertai parti itu pada 5 Februari 2023.

Barisan Nasional

[sunting | sunting sumber]

Beliau adalah antara pemimpin PDS, kemudian UPKO di Sabah sehingga 2019. Selepas Barisan Nasional mengalami kekalahan pada PRU 14, UPKO telah bertindak untuk keluar dari gabungan parti Barisan Nasional.[3]

Pakatan Harapan

[sunting | sunting sumber]

Beliau kemudiannya telah menyertai BERSATU, sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan.[4]

Perikatan Nasional

[sunting | sunting sumber]

Pada Pilihan raya negeri Sabah 2020, beliau tidak mempertahankan kerusi DUN Nabawan dan Perikatan Nasional telah mencalonkan Abdul Ghani Mohamed Yassin untuk bertanding.

Beliau telah dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Sabah untuk menggantikkan Abdul Ghani Mohamed Yassin sebagai Ahli Dewan Negara Malaysia yang tamat tempoh penggalnya pada 4 Januari 2021.[5]

Gabungan Rakyat Sabah

[sunting | sunting sumber]

Pada tarikh 10 Disember 2022, beliau dan rakan seperjuangannya telah sebulat suara untuk meninggalkan Perikatan Nasional dan BERSATU Sabah selepas Mesyuarat Khas Gabungan Rakyat Sabah yang diadakan pada 9 Disember 2022 di Pejabat GRS, Kota Kinabalu. Beliau dan rakan-rakan seperjuangannya menyertai parti lama yang ditubuhkan pada tahun 2013, iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN).[6][7] Selepas menyertai parti tempatan berkenaan, beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN) pada 5 Januari 2023.[8][9]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Sabah[10][11]
Tahun Konstituensi Undian % Lawan Undian % Jumlah mengundi Majoriti Keluar mengundi
1994 N40 Kemabong, P162 Kinabatangan Rubin Balang (PBS) 3,521 59.22% Bobbey Ah Fang Suan (PDS) 2,371 39.87% 6,018 1,150 81.70%

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Maklumat calon DUN Nabawan, Sabah
  2. ^ Naib Presiden UPKO umum keluar parti
  3. ^ UPKO umum keluar BN, wujud kerajaan campuran dengan Warisan
  4. ^ 5 Ahli Parlimen, 8 ADUN dari Sabah serah borang BERSATU
  5. ^ DUN lulus pemilihan Bobbey sebagai Ahli Dewan Negara
  6. ^ https://www.astroawani.com/berita-politik/hajiji-ketuai-parti-gagasan-rakyat-sabah-404103
  7. ^ https://www.utusan.com.my/nasional/2023/02/hajiji-kini-presiden-gagasan-rakyat-secara-rasmi/
  8. ^ https://www.astroawani.com/berita-politik/hajiji-ketuai-parti-gagasan-rakyat-sabah-404103
  9. ^ https://www.utusan.com.my/nasional/2023/02/hajiji-kini-presiden-gagasan-rakyat-secara-rasmi/
  10. ^ "14th General Election Malaysia (GE14 / PRU14) – Results Overview". election.thestar.com.my.
  11. ^ "N.43 KEMABONG". SPR Dashboard. 26 September 2020. Dicapai pada 26 September 2020.