Dang Wangi
Penampilan
Dang Wangi adalah sebuah kawasan yang terletak di Pusat Bandar Kuala Lumpur, Malaysia. Ia terletak di utara Dataran Merdeka, bersebelahan Bukit Nanas dan terletak diantara Sungai Gombak dan Sungai Klang. Jalan yang memotong daerah kecil ini dipanggil sebagai Jalan Dang Wangi, dahulunya dikenali sebagai Campbell Road.
Antara kemudahan yang terdapat disini seperti Stesen LRT Dang Wangi yang terletak dibahagian utara daerah, selain Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.