Dennis Aogo
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Dennis Aogo[1] | ||
Tarikh lahir | 14 Januari 1987 | ||
Tempat lahir | Karlsruhe, Jerman Barat | ||
Ketinggian | 1.84 m (6 ka 3⁄8 in) | ||
Posisi permainan | Bek kiri, Pemain tengah | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | VfB Stuttgart | ||
Nombor | 3 | ||
Kerjaya remaja | |||
1991–1993 | FV Grünwinkel | ||
1993–1994 | Bulacher SC | ||
1994–2000 | Karlsruher SC | ||
2000–2002 | Waldhof Mannheim | ||
2002–2004 | SC Freiburg | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2004–2008 | SC Freiburg | 94 | (11) |
2008–2013 | Hamburger SV | 133 | (2) |
2013–2017 | Schalke 04 | 65 | (0) |
2017– | VfB Stuttgart | 2 | (0) |
Pasukan kebangsaan | |||
2002–2003 | Jerman B16 | 14 | (2) |
2007–2009 | Jerman B21 | 25 | (4) |
2010–2013 | Jerman | 12 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 28 Ogos 2017 |
Dennis Aogo (lahir 14 Januari 1987) merupakan pemain bola sepak Jerman yang kini bermain untuk kelab VfB Stuttgart di posisi bek kiri ataupun pemain tengah.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Bapa Aogo ialah orang Nigeria dan ibunya merupakan orang Jerman. Aogo dibesarkan di Oberreut, sebuah kawasan di tenggara Baden-Württemberg. Pada tahun 2000, beliau berpindah bersama bapanya ke Bruchsal dan meninggalkan Karlsruher SC untuk menyertai Waldhof Mannheim. Pada tahun 2002 iaitu ketika berusia 15 tahun, beliau menyertai kelab SC Freiburg.
Kerjaya kelab
[sunting | sunting sumber]Aogo telah bermain untuk akademi Karlsruher SC dalam peringkat bawah-15 dan bawah-16. Sejak 2004, beliau sebahagian daripada ahli akademi SC Freiburg dan membuat debut Bundesliga pada usia 17 tahun dan pada masa itu, beliau diletakkan di posisi pemain tengah.
Aogo sertai kelab Hamburger SV pada thaun 2008 dan telah diletakkan di posisi bek kiri. Pada 29 Ogos 2013, Aogo dipinjam ke Schalke 04. Schalke 04 kemudian bersetuju perpindahan Aogo pada Jun 2014 denga bayaran 2 juta euro. Aogo menandatangani kontrak baru bersama Schalke sehingga 30 Jun 2017.
Pada 9 Ogos 2017, Aogo melakukan perpindahan ke kelab VfB Stuttgart.
Kerjaya antarabangsa
[sunting | sunting sumber]Aogo merupakan sebahagian daripada ahli pasukan bawah-21 Jerman. Oleh kerana peraturan-peraturan FIFA pada masa itu, beliau dihalang untuk mewakili Nigeria kerana telah mewakili pasukan remaja Jerman. Tetapi pada peraturan yang baru dikeluarkan FIFA, badan ini telah mengeluarkan had umur bagi penukaran pasukan kebangsaan yang bermaksud Aogo boleh menukar Jerman kepada Nigeria. Walau bagaimanapun, selepas menolak beberapa jemputan oleh Persatuan Bola Sepak Nigeria, beliau merasakan dirinya lebih baik mewakili Jerman dan mempunyai peluang baik untuk merebut tempat di skuad senior Jerman. Pasukan Nigeria telah memanggil beliau untuk skuad Piala Dunia FIFA 2010 namun pada Januari 2010, Aogo mengumumkan bahawa beliau akan tetap bermain untuk pasukan kebangsaan Jerman. Beliau membuat penampilan pertama antarabangsa untuk Jerman pada perlawanan persiapan Piala Dunia menentang Malta, Jerman menang 3-0 pada 13 Mei 2010. Beliau bermain selama 79 minit sebelum digantikan oleh Jérôme Boateng.
Statistik
[sunting | sunting sumber]- Sehingga 2 Jun 2013
Pasukan | Tahun | Kmncln | Gol |
---|---|---|---|
Jerman | 2010 | 3 | 0 |
2011 | 6 | 0 | |
2012 | 1 | 0 | |
2013 | 2 | 0 | |
Jumlah | 12 | 0 |
Penghargaan
[sunting | sunting sumber]Antarabangsa
[sunting | sunting sumber]- Jerman B-21
- Jerman
- Piala Dunia FIFA (Tempat ketiga): 2010
Individu
[sunting | sunting sumber]- Silbernes Lorbeerblatt: 2010
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ "FIFA World Cup South Africa 2010: List of Players" (PDF). FIFA. 12 June 2010. m/s. 11. Dicapai pada 8 December 2013.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Tapak web rasmi (Jerman)
- Dennis Aogo di fussballdaten.de (dalam bahasa Jerman)