Pergi ke kandungan

Fauzi Nawawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fauzi Nawawi
Kelahiran
Muhammad Fauzi bin Mohd Nawawi

(1973-03-07) 7 Mac 1973 (umur 51)
PekerjaanPelakon, pengarah, penulis, penerbit, ahli seni bela diri
Tahun aktif1998–kini
Terkenal keranaWatak Jeff dalam filem Anak Halal
PasanganLisdawati (k. 2007)
Anak-anak8 (termasuk Fareez Fauzi)
IbuSiti Aminah Chin

Muhammad Fauzi Mohd Nawawi (lahir 7 Mac 1973) merupakan seorang pelakon, pengarah dan penerbit lelaki Malaysia.[1] Beliau dikenali dengan watak antagonis dalam filem Anak Halal sebagai Jeff serta peranan ulangan dalam Gerak Khas.[2] Beliau memenangi Pelakon Lelaki Terbaik Drama ASK 2010 menerusi Sebelum Akhirat. Fauzi menduduki kerusi pengarah menerusi filem sulung arahannya, Pak Pong yang ditayangkan pada Februari 2017.[3]

Beliau memulakan langkah dalam bidang seni dengan menjadi pelakon lagak ngeri bagi beberapa produksi drama dan pembikin VCD. Selain itu, beliau turut menjadi krew produksi dan pembantu pengarah drama pada 1998.[4]

Pada tahun 2000, beliau mula mendapat tempat di mata pengarah dengan menjadikan beliau pelakon utama, dengan memegang watak antagonis. Nasib beliau dalam drama cerah apabila mendapat tawaran berlakon dengan pelbagai watak. Rezeki akhirnya menyebelahi beliau apabila beliau dinobat Pelakon Lelaki Terbaik ASK 2010 dan Anugerah Seri Angkasa 2010 menerusi drama Sebelum Akhirat.

Hasil daripada lakonan beliau dalam drama, beliau mendapat tawaran menjadi pelakon utama filem Orang Minyak. Beliau pernah tercalon untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Anak Halal.

Beliau mendapat tawaran menjayakan teater Tsunami pada tahun 2007, beliau sekali lagi mendapat tawaran untuk pementasan teater saduran daripada filem arahan Allahyarham P. Ramlee dengan menggunakan tajuk yang sama, iaitu Semerah Padi. Dalam teater arahan Rosdeen Suboh ini, beliau memegang peranan Teruna, yang pernah dibawa oleh Allahyarham Nordin Ahmad.[1]

Beliau mengorak langkah sebagai pengarah filem apabila mengarah filem garapanya sendriri, Pak Pong yang ditayangkan pada Februari 2017.[5] Fauzi membuka perniagaan hotel bajet pada Julai 2018.[6]

Beliau ditawarkan bekerja dengan sutradara muda Syamsul Yusof menerusi filem Munafik 2 di mana memegang watak sebagai Umar, orang kanan Abu Jar lakonan Nasir Bilal Khan.[7] Untuk filem ini, Fauzi mendapatkan pandangan dan nasihat ibunya untuk mengelakkan sebarang masalah timbul.[8]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Fauzi dilahirkan dan dibesarkan Pantai Remis, Perak. Beliau berkahwin dengan pelakon Lisdawati pada 9 September 2007.[9] Pasangan ini dikurniakan 8 anak, Fauzi mempunyai empat anak dari perkahwinan terdahulu.[10][11]

Anak beliau, Muhammad Fareez Hazwan merupakan peserta Mentor Milenia[12] dan menjadi protege Hazama.[13]

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Pada Oktober 2021, Fauzi diselar di Internet berkenaan penceritaan pengalaman penggambarannya dalam filem Anak Halal (2007) di sebuah rancangan televisyen, Rumah No. 107 di Astro Warna. Dalam penceritaannya, Fauzi menceritakan penggambaran sebuah babak dalam filem itu yang melibatkan perbuatan rogol olehnya terhadap watak Milya (Raja Farah) yang dipotong dalam hasil akhir atas permintaan ibu bapa Farah.[14] Selaran dihamburkan para warganegara tatkala gaya penceritaannya yang disifatkan berterus-terang, berlebih-lebihan dan bersahaja menjadi tular di media sosial; episod rancangan terbabit itu sendiri disiarkan pada Jun.[15][16] Sejurus selepas itu, Fauzi memohon maaf atas penceritaan itu.[17] Sementara itu, Farah menyatakan bahawa beliau juga memiliki perasaan kurang dihormati selaku seorang isteri berikutan penceritaan itu, dan berasakan perbincangan sebegitu sebagai tidak patut.[18] Kutukan juga dihujahkan oleh pihak pendukung kewanitaan seperti All Women's Action Society, AWAM.[19]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
2003 MX3 Anggota polis Filem pertama
2007 Orang Minyak Malik Kumbo
Anak Halal Jeff
2008 Congkak Juga sebagai pengarah aksi
Tipu Kanan Tipu Kiri Zulfiqli
2010 Zoo Juga sebagai lagak ngeri
2011 Songlap Chipun
Mayhem Fauzi Filem pendek
2013 Conspirators Zhen Filem Hong Kong
2014 Kelibat Kamal
2015 Chowrasta Jali
2016 Pelepas Saka Ustaz Penampilan khas
Bo-Peng ASP Anwar
2017 Pak Pong Kadir Handsome Juga sebagai pengarah dan penulis
2018 Badang Taiko
Munafik 2 Umar
2020 Salahkah Takdir? Filem pendek
Tyickoouns Ayah Long Penampilan khas
2022 Renjana Tuan Ramlee
Air Force The Movie: Selagi Bernyawa Jurulatih Jasmani
Seratus Azhar
2023 Memburu Ridzuan
Polis EVO 3 ACP Farouk
Malbatt: Misi Bakara Mejar Osman
Bangkitkan Aku Kembali Bayu (suara) Penampilan khas
2024 Sengketa Filem pendek
2025 Game Of Life
6 Jilake
The Original Gangster Razi Pos-produksi
TBA Budak Tebing Affendi Pos-produksi
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2005 Aku, Dia & Cape Town TV3 Drama pertama
2007 Dewi Cinta TV1
2008 Sari Maya Dali TV9
2008–2009 Laila Majnun Zainal TV3
Puaka Niyang Rapik Ahmad Fathil
2009 Dua Marhalah Amran Astro Oasis
Sari Maya 2 Dali TV9
Cinta Untuk Ain Kamal TV3
Matahari
E-Toyol.com Hamidi
2010 Na O Mei Ayie
Jidin Antar
2011 Ustaz Amirul Salleh
Kemboja Putih Amar
You Saka... Pergi Jauh-Jauh Ibrahim
Jiwa & Lara Jiwa
2012 Saiful Nita Fendi
2013 Janji Shirah Zali
Kerana Sarah Azman
Dia Suamiku Myrza Astro Prima
2014 Miranda Fezrul TV3
Fajar Aiman Suffian
2015 Kifarah Mistik Bono Episod: "Gelandangan"
Ya Solihin TV2
Gerak Khas (Musim 16) Ringgo Episod: "Ops Cantas"
2016 Kerambit Baim
Gerak Khas (Musim 17) Abang Bob Episod: "Abang Bob"
2017 Joni Togo Astro Prima Episod: "Tumpang"
Gerak Khas (Musim 18) Mazlan TV2 Episod: "Aktivis"
2018 Teratai Kemboja Saufi TV3
Bahagia Bukan Bidaan Paksu
Aku Cinta Dia Dr Azhar
2019 4 Penjuru TV1
Iktibar Rosli TV3 Episod: "Taubat Seorang Samseng"
Gerak Khas (Musim 19) TV2 Episod: "Persepsi"
Cemburu Seorang Perempuan Sufian Astro Ria
2019–2021 Black Chief Mazlan Viu
2020 Memoir Karmila Imam Muhardi TV1
2021 Rindu Awak Separuh Nyawa Kasim Astro Ria
Penjara Janji Zulkifli TV3
Budak Tebing 2 Afendi TV3
Malaysian Ghost Stories Hafizullah Astro Ria Episod: “Bomoh Puaka”
2022 Suamiku Lelaki Pendosa Firdaus TV3
Di Sebalik Dia Pak Latif Awesome TV
Luka Di Hati Diya Datuk Mikail TV1
2023 Jangan Ambil Kerja Tuhan TV2
Geng Daddy Daddy Shuk TV3
I Love You, Stupid Tuan Seri Zakaria / Hakimi Viu
B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit Dollah Astro Ria
2024 Chiron Dr. Khai Budiman Mediacorp Suria
My Lovely Driver Arif TV3
Khunsa Bakri (50 Tahun) Astro Ria
Hero Seorang Cinderella 2 Ismadi Penampilan khas
Bara Jiwa Abang Man DEGUP

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2002 Pendekar: The Movie VCD Telefilem pertama
2003 Satria Maya Dabov
Igau: Aspirasi Mimpi Fendi
2010 Sebelum Akhirat Mubarak TV3
Taubat Nasuha Syamizi
Sebelum Terlupa
Bagaikan Sumayyah
Abang Mat Salleh Gelap Insp Murad TV1
2011 Sudu & Garpu Andy TV3
Yang Terpuji Ustaz Mokhtar
Pusara Di Lebuh Raya Hakimi
Sebelum Lima Perkara Badri
Rebah Di Hujung Taubat Firman Astro Prima
2012 Ruqyah Rocker Adam Astro Oasis
2013 Takbur Mama Azman TV3
2014 PI (Private Investigator) Razman
Cikgu Bidan Cikgu Roslan
Kemelut Dosa Zainuddin
2015 Kasyaf Inspektor TV1
Adik Tak Tipu TV3
Kaabah Depan Rumah Rashid Astro Oasis
2016 Lari Lagi TV2
Kau Ilhamku Ramzi TV3
Ayah Tak Pernah Kalah Badrul TV9
2017 Mahram Zamarul
Ketupat Buat Nenek Imran
Anak Kerak Sani Astro Citra
2018 Uniknya Cinta Kamil TV3
Qalbu Sazali 'Toyu'
Sayang Suria
Cucu Atuk Zamani
Khalifahkah Aku Datuk Amran
Hanya Sesenggam Setia Bakri Unifi TV
2019 Takkan Gentar Amer TV3
2020 Jihad Ramadan Razali
Baju Merah Jambu Talib TV1
2021 Berbenang PKP Anis Ayah Anis dan Amar TV AlHijrah
2022 Aku Ingin Ke Syurga Amar TV2
2023 Hello Suri Fikri TV3
Selendang Putih Said TV2
Takdir Yang Ditakdirkan Ustaz Takdir Awesome TV

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2008 Sehati Berdansa Musim 2 Pasangan selebriti bersama isteri Astro Ria
2019 Masak Apa Tu? Dirinya sendiri bersama isteri TV3
2020 Rumah No. 107 Artis jemputan Astro Warna
Warung Wak Dirinya sendiri bersama isteri (episod 6) Awesome TV
2021 Famili Duo Peserta selebriti bersama anaknya, Fareez Fauzi TV3
Riuh Family 2 Dirinya sendiri bersama keluarga Awesome TV
2023 Mic ON! Selebriti Peserta
Relax! Jangan Gaduh Dirinya sendiri bersama isteri
Tahun Tajuk Watak
2011 Semerah Padi Taruna

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2010 Anugerah Skrin 2010 Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) Menang
Anugerah Seri Angkasa 2010 Pelakon Lelaki Terbaik Menang
2018 Anugerah Skrin 2018 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama Menang
  1. ^ a b Impi watak Dara Diarkibkan 2011-12-07 di Wayback Machine Harian Metro. Dicapai pada 10 Jun 2014.
  2. ^ Farhana Ab Rahman (1 Jun 2015). "Fauzi Nawawi tak kisah dianggap jahat". Berita Harian. Dicapai pada 16 September 2018.
  3. ^ Aqmar Mustaza (11 Februari 2017). "'Pak Pong' masih relevan". Sinar Harian. Dicapai pada 1 September 2017.
  4. ^ Bintang Fauzi Nawawi makin cerah[pautan mati kekal] Info Gallery. Diperoleh pada 1 Februari 2011.
  5. ^ Pressreader (20 Februari 2017). "Akhirnya 'Pak Pong' masuk panggung". Berita Harian. Dicapai pada 1 September 2017.
  6. ^ "Fauzi Nawawi buka bisnes hotel bajet". Astro Awani. 17 Julai 2018. Dicapai pada 16 September 2018.
  7. ^ Ramlah Zainal (12 Ogos 2018). "Munafik 2 lebih seram". Harian Metro. Dicapai pada 16 Ogos 2018.
  8. ^ Farhana Ab. Rahman (29 Ogos 2018). "Fauzi minta nasihat ibu berlakon Munafik 2". Berita Harian. Dicapai pada 31 Ogos 2018.
  9. ^ Budiey (27 Oktober 2007). "Gambar Lisdawati Fauzi Nawawi Bersanding Perkahwinan RM1 juta". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 16 September 2018.
  10. ^ Aida Rizmariza Kamaruddin (25 Julai 2018). "Fauzi Nawawi timang anak kelapan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 16 September 2018.
  11. ^ Hanisah Selamat (25 Julai 2018). "Fauzi Nawawi dapat anak kelapan". Berita Harian. Dicapai pada 16 September 2018.
  12. ^ Farihad Shalla Mahmud (21 Mac 2016). "Fareez tidak bertingkah dengan bapa". Berita Harian. Dicapai pada 16 September 2018.
  13. ^ Farhana Ab. Rahman (18 Januari 2016). "Anak Fauzi Nawawi terpilih sebagai protege Hazama". Berita Harian. Dicapai pada 16 September 2018.
  14. ^ Karim, Hayati (20 Oktober 2021). "Saya jahil – Fauzi Nawawi mohon maaf isu adegan rogol Raja Farah". Kosmo!. Dicapai pada 20 Oktober 2021.
  15. ^ Dzulkifly, Siti Athirah (20 Oktober 2021). "Dimaki dikecam, Fauzi Nawawi maafkan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 20 Oktober 2021.
  16. ^ "Thousands slam Malaysian TV show over rape scene locker room talk and naming actress". Coconuts KL (dalam bahasa Inggeris). 20 Oktober 2021. Dicapai pada 20 Oktober 2021.
  17. ^ Abdul Rahman, Ridzuan. "Fauzi Nawawi tiada niat malukan Raja Farah". 20 Oktober 2021. Dicapai pada 20 Oktober 2021.
  18. ^ Dzulkifly, Siti Athirah (20 Oktober 2021). "Saya rasa macam tidak dihormati – Raja Farah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 20 Oktober 2021.
  19. ^ "綜藝節目拿性侵來開玩笑 遭網民撻伐女性組織抨擊". Guang Ming Daily (dalam bahasa Cina). 20 Oktober 2021. Dicapai pada 20 Oktober 2021.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]