Fetty Dzul
Fetty Dzul | |
---|---|
Kelahiran | Fatimah binti Abdul Rahim 15 Februari 1951 Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Meninggal dunia | 18 November 2021 | (umur 70)
Sebab kematian | COVID-19 |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1977–2021 |
Anak-anak | 2 |
Fatimah Abdul Rahim atau lebih dikenali sebagai Fetty Dzul (15 Februari 1951 – 18 November 2021) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Sepanjang kerjaya lakonannya selama 4 dekad, beliau dikenali kerana sering tampil dengan watak jahat dalam drama dan filem.[1] Beliau juga sering menghiasi akhbar dan majalah pada era 1970-an dan 1980-an.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Fetty memulakan kerjaya awalnya sebagai kakitangan kerajaan. Kerjaya lakonannya bermula pada 1977, apabila beliau sepatutnya membintangi filem Waja Perkasa arahan Hussein Abu Hassan, namun ia tidak diterbitkan. Kekecewaannya terubatapabila beliau membintangi filem Dendam Dari Pusara dan Korban Hari Raya arahan Ahmad Mahmud. Beliau ialah antara pelakon terawal terbabit dengan siri drama kepolisan terbitan Yusof Haslam (kini Datuk) iaitu Remang-Remang Kota Raya, Harimau Rimba dan Debu-Debu Kota pada 1980-an.[1]
Beliau kemudiannya meninggalkan Malaysia selama empat tahun pada awal 1990-an kerana mengikut suaminya (Allahyarham) bertugas di Amerika Syarikat. Apabila pulang ke tanah air, Fetty menyaksikan kekosongan yang ditinggalkannya sudah diisi pelakon generasi baru ketika itu seperti Normah Damanhuri, Dian P. Ramlee dan ramai lagi.[1] Beliau sejak itu terus bergiat aktif dalam bidang lakonan menerusi filem dan drama sehingga kematiannya.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Beliau dikurniakan dua anak, Izyani dan Izeti.[1]
Kematian
[sunting | sunting sumber]Fetty meninggal dunia di Hospital Selayang pada jam 7.30 pagi, 18 November 2021 akibat COVID-19 di usia 70 tahun. Keadaan kesihatan beliau juga merosot apabila buah pinggang dan paru-parunya gagal berfungsi.[2][3]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
1977 | Waja Perkasa | Filem pertama | |
1983 | Dendam Dari Pusara | ||
1984 | Korban Hari Raya | ||
1991 | Boss | Hamimah | |
1993 | Perempuan, Isteri & .....? | Sabariah | |
1995 | Cinta Kita | Maimunah | Filem terakhir |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1985–1986 | Remang-Remang Kota Raya | TV1 | ||
1987 | Harimau Rimba | |||
2009 | Kamelia Katrina | Nek Mun | Astro Prima | |
Sumpah Bunian | Normah | TV3 | ||
2011 | Gerak Khas (Musim 11) | TV2 | Episod: "Cinta Berdarah" | |
2012 | Dendam Pencinta | Puan Kasimah | TV9 | |
Takdir Qismah | Mak Wan | TV3 | ||
2016 | Demi Cinta Ain | Ramlah | ||
2017 | Encik Suami Mat Salih Celup | Opah | ||
Muzium Misteri | Ibu Shah |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2003 | Hantu Bungkus vs Pontianak | Muslihah | |
Pontianak - Bidan Gayah | Bidan Gayah |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d Ridzuan Abdul Rahman (26 Mei 2018). "'Rindu nak berlakon'". Harian Metro. Dicapai pada 19 November 2020.
- ^ Ridzuan Abdul Rahman (18 November 2021). "Fetty Dzul meninggal dunia akibat Covid-19". Harian Metro. Dicapai pada 19 November 2021.
- ^ Mohammad Shahemy Azmi (18 November 2021). "Dramatis veteran Fetty Dzul meninggal dunia akibat Covid-19". Kosmo!. Dicapai pada 19 November 2021.