Final Fantasy VIII
Final Fantasy VIII | |
---|---|
Pembangun | Square |
Penerbit | PlayStation JPN Square NA Square Electronic Arts PAL SCE Europe Windows (PC) NA Eidos Interactive EU Eidos Interactive JPN Square |
Pengarah | Yoshinori Kitase |
Pengeluar | Shinji Hashimoto |
Pereka | Hironobu Sakaguchi (penerbit eksekutif) Shinji Hashimoto (pengeluar) Yoshinori Kitase (pengarah) Yoshitaka Amano (pengilustrasi imej, pereka logo utama) Tetsuya Nomura (pereka wataker) Kazushige Nojima (penulis senario) Nobuo Uematsu (penggubah) Yusuke Naora (pengarah seni) |
Komposer | Nobuo Uematsu |
Siri | Final Fantasy |
Platform | PlayStation, Microsoft Windows |
Pelepasan | PlayStation Windows (PC) |
Genre | Permainan Video Berperanan (Role-playing Game) |
Mod | Seorang pemain |
Final Fantasy VIII (ファイナルファンタジーVIII , Fainaru Fantajī Eito) merupakan sebuah judul permainan video berperanan dicipta dan diterbitkan oleh Square (kini Square Enix) untuk konsol permainan video Sony PlayStation dan komputer Microsoft Windows, sebahagian daripada siri permainan video Final Fantasy. Kisahnya bertumpu dikalangan beberapa askar upahan yang terlibat dalam sebuah konflik antarabangsa, dan bertekad untuk melindungi dunia daripada seorang ahli sihir perempuan yang memanipulasi peperangan untuk keperluan dirinya sendiri.
Tiga belas minggu selepas keluarannya, Final Fantasy VIII telah mengaut keuntungan lebih daripada AS $50 juta dalam jualan,[1] menjadikannya judul Final Fantasy yang paling pantas dijual. Selain itu, Final Fantasy VIII dipilih sabagai judul permainan video ke-22 yang terunggul sepanjang masa oleh para pembaca majalah Jepun Famitsu.[2]
Final Fantasy VIII telah berpisah daripada standard tradisional siri Final Fantasy, di mana judul ini merupakan yang pertama dikalangan judul-judul lain dalam sirinya yang menggunakan watak-watak bercirikan aspek-aspek realistik (dari segi proposi dan sebagainya), yang pertama untuk mempamerkan muzik vokal sebagai muzik temanya, selain daripada tidak mempunyai sistem berdasarkan Magic point untuk penggunaan magik dan tidak mempunyai keperluan untuk, secara tradisionalnya, meningkatkan kuasa watak-watak.
Gaya permainan
[sunting | sunting sumber]Seperti Final Fantasy VII, Final Fantasy VIII terdiri daripada tiga buah bentuk permainan: peta dunia, peta lapangan dan skrin bertarung. Peta dunia ataupun world map merupakan paparan 3D di mana para pemain boleh bergerak secara bebas di atas sebuah dunia yang dilukis di dalam skala yang lebih kecil. Watak-wataknya bergerak di peta dunia tersebut dalam beberapa cara, antaranya dengan berjalan kaki, menggunakan kereta dan chocobo, kereta api, dan kapal-kapal udara. Peta lapangan ataupun field map terdiri daripada watak-watak 3D yang boleh dikawal, diletakkan di atas satu atau lebih latar belakang 2D, yang mewakili lokasi-lokasi persekitaran seperti pekan-pekan atau hutan. Skrin bertarung ataupun battle screen merupakan model 3D sebuah lokasi seperti jalan raya atau bilik, di mana pertarungan mengikut turutan berlaku di antara watak-watak para pemain dengan musuh kawalan CPU. Antara-muka judul ini adalah berasaskan menu, seperti judul-judul sebelumnya, kecuali dengan kewujudan sistem senjata dan perisai biasa dikeluarkan, sebaliknya digantikan dengan sistem baru, contohnya seperti Junction System (Sistem Simpang). Selain itu, sebuah minigame berasaskan koleksi permainan kad yang digelar Triple Triad[3] telah diperkenalkan.
Sistem simpang (Junction system)
[sunting | sunting sumber]Ini merupakan sistem baru yang direka oleh Hiroyuki Ito, yang menggunakan "penyeruan" makhluk-makhluk, yang digelar "Guardian Forces" ("GF"). Seorang watak hendaklah mempunyai satu GF ditugaskan (junctioned) kepadanya sebelum watak tersebut boleh melakukan apa-apa di dalam pertarungan selain daripada arahan "Serang" (Attack) menggunakan senjata mereka, yang lain-lan termasuklah "Magik", "GF" (penyeruan) dan "Barang" (Item). Walaupun judul-judul Final Fantasy sebelum ini telah memberikan setiap watak mereka sejumlah MP (Magic Points) yang terhad yang digunakan apabila menggunakan sihir, di dalam Final Fantasy VIII pula, magik "ditarik" (draw) ataupun diambil daripada musuh, manakala Draw Points atau Titik Tarikan diagihkan sama rata di persekitaran dunia judul ini, termasuklah barang-barang berguna. Magik-magik tersebut kemudiannya akan disimpan pada watak-watak dalam inventori yang terhad (sejumlah 100 boleh disimpan pada satu-satu masa) dan akan digunakan satu demi satu apabila digunakan pemain. Guardian Forces pula membenarkan watak-watak untuk berkongsi ("junction") sihir-sihir ini kepada statistik diri mereka sendiri- misalnya seperti Kekuatan (Strength), Ketahanan (Vitality), Kadar Mengelak (Evade) dan Nasib (Luck)-untuk beberapa bonus tambahan.[4]
Fleksibiliti sistem ini telah membolehkan pada pemain membina sebuah parti yang kuat pada peringkat awal permainannya. Penggunaan alternatif ke atas makhluk-makhluk seruan ini merupakan perbezaan besar untuk siri Final Fantasy, kerana sbeelum ini, mereka digunakan sekadar sekali sahaja untuk memberikan suatu serangan kuat sewaktu berlangsungnya pertarungan. Selain itu, sistem ini juga telah menggantikan sistem peralatan judul-judul sebelumnya dengan sejenis senjata yang kekal untuk setiap watak; tiap-tiap satu daripadanya boleh dipertingkat beberapa kali, justeru menaiktaraf kuasanya dan mengubah rupa fizikalnya. Sebagai contoh, Squall bermula dengan sebilah gunblade yang bergelar Revolver, namun selepas meningkatkan prestasinya dengan lengkap, nama senjata tersebut berubah menjadi Lion Heart.[5]
Pecahan Had (Limit Breaks)
[sunting | sunting sumber]Sistem Pecahan Had (Limit Break) di dalam Final Fantasy VII adalah kesinambungan daripada sistem yang sama di dalam Final Fantasy VII. Bezanya ialah di dalam Final Fantasy VIII tiada tolok khusus untuk Limit Break; sebaliknya mod Limit Break diaktifkan apabila nilai nyawa (HP) watak yang dimainkan menurun sehingga mencapai tahap kuning (biasanya tidak lebih 32% daripada nilai maksimum HP watak). Selain itu, mod Limit Break juga boleh diaktifkan melalui penggunaan magik Aura ataupun dengan menggunakan item Aura Stone, tanpa mengira berapa nilai HP watak.[6]
Satu lagi perubahan yang dilakukan ialah teknik pertarungan watak bersifat lebih interaktif, daripada reka bentuk mesin slot kepada masukan kekunci gaya permainan pertarungan. Elemen tersebut yang banyak bergantung kepada watak serta jenis Limit Break digunakan bagi meningkatkan potensi serangan.[7]
Mata Pengalaman
[sunting | sunting sumber]Mata Pengalaman (EXP) diperolehi setelah pemain berjaya membunuh musuh rawak. Tidak seperti kebanyakan siri Final Fantasy lain di mana keperluan mata pengalaman (EXP) untuk menaikkan tahap watak (level up) bertambah secara eksponen, keperluan mata pengalaman di dalam Final Fantasy VIII pula bertambah secara linear; 1000 EXP diperlukan setiap kali menaikkan tahap. Namun demikian, tahap watak raksasa di dalam permainan juga akan turut bertambah, biasanya mengikut tahap Squall Leonhart. Salah satu sebab mengapa sistem sebegini diguna pakai ialah kerana terdapat babak di mana watak-watak utama kembali ke tempat lama. Selain itu, terdapat beberapa watak bos yang memerlukan kesemua watak dinaikkan tahap mereka sehingga Aras 100.
Sebagai tambahan, Guardian Force (GF) juga memperoleh Mata Keupayaan (AP) selepas pertarungan. Mata Keupayaan membolehkan sesuatu GF mempelajari sesuatu keupayaan. Setelah GF tamat mempelajari sesuatu keupayaan, keupayaan tersebut boleh digunakan oleh satu-satu watak -- atau dalam sesetengah kes, seluruh ahli kumpulan. Keupayaan yang boleh digunakan termasuklah penambah baikan serangan dalam pertarungan, memperoleh magik daripada barangan, pemberian bonus semasa meningkat tahap, capaian terus kepada kedai, dan perintah pertarungan.[8]
Plot
[sunting | sunting sumber]Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Hampir keseluruhan judul Final Fantasy VIII berlatarkan sebuah dunia fantasi yang tidak bernama dengan kewujudan sebuah bulan. Planet tersebut terdiri daripada lima jenis jisim utama, di mana Esthar, iaitu jisim terbesar, meliputi sebahagian besar di sebelah timur peta.[9] Galbadia, iaitu benua yang kedua terbesar, terletak di sebelah barat,[10] dan mempunyai banyak lokasi di dalam permainan ini. Jisim di sebelah paling utara ialah Trabia, sebuah kawasan Artik. Balamb pula yang terletak kira-kira di bahagian tengah peta dunia merupakan benua terkecil,[11] di mana para pemain bermula di kawasan di benua tersebut. Kedua-dua jisim yang lain adalah kecil dan seringkali bersifat tidak berpenghuni, dipenuhi dengan permukaan yang kasar dan berbatu akibat impak kejadian "Lunar Cry", di mana makhluk dan raksasa jatuh daripada bulan ke permukaan planet.[12] Jisim paling selatan termasuklah sebuah kepulauan yang terdiri daripada bahagian-bahagian tanah yang terpisah. Struktur-struktur pulau dan laut memenuhi bahagian-bahagian lain, dan beberapa lokasi di luar dunia memenuhi kawasan-kawasan lain yang boleh diakses para pemain
Sebagai sebahagian daripada tema yang diingini oleh pengarah Yoshinori Kitase untuk memberi judul ini sebuah persekitaran yang asing, bermacam-macam rekaan telah diberikan kepada lokasi-lokasinya menggunakan corak kawasan-kawasan terkenal antarabangsa, sambil mengekalkan sebuah atmosfera fantasi. Inspirasi yang telah menyumbang kepada ciptaan tema ini muncul daripada seni bina Mesir Purba dan Yunani Purba, sehinggalah kepada budaya idealistic Eropah akan masa hadapan.[13]
Watak-watak
[sunting | sunting sumber]Enam watak-watak yang boleh dikawal oleh para pemain dalam Final Fantasy VIII adalah Squall Leonhart, seorang lelaki yang gemar menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap tugas yang diberikan untuk mengelakkan sebarang kecacatan; Rinoa Heartilly, seorang wanita yang bersikap terbuka dan bercita-cita tinggi yang sentiasa mengikuti rentak hatinya; Quistis Trepe, seorang guru yang bersikap penyabar namun serius; Zell Dincht, seorang yang aktif dalam seni bela diri dengan minat yang besar terhadap hot dogs; Selphie Tilmitt, seorang gadis riang yang gemar akan muzik dan memandu airship Ragnarok; dan Irvine Kinneas, seorang penembak tepat dan seorang pakar dikalangan wanita. Watak-watak sampingan yang boleh dikawal termasuklah Laguna Loire, Kiros Seagill dan Ward Zabac, yang muncul dalam babak-babak imbasan kembali, di samping watak-watak antagonis seperti Seifer Almasy dan Edea Kramer.
Cerita
[sunting | sunting sumber]Kisah Final Fantasy VIII bermula semasa Squall sedang bertarung dengan Seifer dalam sesi latihan di luar sebuah akademi ketenteraan yang dikenali sebagai "Garden". Kedua-dua kadet mencalari satu sama lain dan pulang ke Garden untuk rawatan.[14]Sementara itu, rejim Galbadia mula menjajah kerajaan Dollet, memaksa Dollet untuk mendapatkan khidmat "SeeD" dari Balamb Garden—tentera upahan elit Garden—untuk bantuan. SeeD menggunakan misi tersebut sebagai peperiksaan amali bagi membolehkan kadet-kadetnya bergraduat,[15] dan dengan bantuan daripada pensyarahnya, Quistis, Squall lulus dalam kelayakan dan ditempatkan sekumpulan dengan Zell dan Seifer. Di Dollet, Seifer membiarkan kumpulannya separuh jalan, memaksa Selphie untuk menyertai Squall dan Zell. Selepas misi tamat, SeeD menghalang kemaraan Galbadia; Squall, Zell dan Selphie bergraduat sebagai anggota SeeD; dan Seifer pula dikenakan tindakan disiplin kerana bertindak tanpa mengikut arahan.[16]
Sebaik sahaja bergraduat, Squall bertemu dengan Rinoa, yang mempunyai sifat dan perilaku yang bertentangan dengan dirinya.[17] Bersama-sama dengan Zell dan Selphie untuk membantunya menentang Galbadia, Squall mendapat tahu mengenai seorang ahli sihir bernama Edea yang menjadi dalang kepada ketamakan Galbadia. Di bawah arahan dari Galbadia dan Balamb Garden, Squall dan rakan-rakannya—kini disertai oleh Rinoa, Quistis dan Irvine—membuat cubaan untuk membunuh Edea.[18] Walaupun berbekalkan dengan rancangan yang sempurna, kumpulan Squall dikalahkan dan dipenjarakan. Kumpulan Squall juga mendapat tahu bahawa Seifer meninggalkan Balamb Garden untuk menjadi orang atasan Edea.[19]
Selepas melarikan diri dari penjara, kumpulannya berpecah kepada dua unit, kedua-duanya dikawal oleh pemain dalam senario berasingan. Kumpulan Squall cuba menghentikan konflik dalaman di Balamb Garden yang dicetuskan oleh NORG,[20] penyokong kewangan SeeD, sementara skuad Selphie mengganggu serangan peluru berpandu Galbadia daripada menerang Balamb dan Trabia Garden. Pelancaran peluru berpandu memaksa Squall untuk menukar Balamb Garden kepada kubu bergerak bagi mengelak serangan, tetapi tidak dapat dikawal sehingga melanggar jeti Fisherman's Horizon.[21] Sementara Squall berunding dengan datuk bandar, Galbadia menyerang untuk mencari seorang gadis bernama "Ellone",[22] yang tinggal di dalam Garden sehinggalah baru-baru ini. Galbadia gagal mencari Ellone; dapat melarikan diri ke Esthar, kuasa besar teknologi di dalam permainan. Sepanjang permainan, Ellone membawa Squall dan sekutunya ke beberapa siri imbasan semula 17 tahun yang lalu.[23] Imbasan semula berkisar kepada Laguna dan dua sahabatnya, Kiros dan Ward. Semasa imbasan semula, Laguna berubah dari seorang tentera Galbadia kepada pelindung sebuah kampung kecil, dan kemudiannya menjadi pemimpin gerakan menentang Ahli Sihir Adel sehinggalah menjadi presiden Esthar.[24]
Sementara itu, Squall berdepan dengan konflik dalaman dirinya sepanjang permainan,[25] antaranya Pengetua Balamb Garden, Pengetua Cid melantiknya sebagai pemimpin baru SeeD,[26] dan rasa cintanya yang semakin kuat terhadap Rinoa. Semasa siasatan di runtuhan Trabia Garden, Squall dan teman-temannya mula mengetahui bahawa—kecuali Rinoa—mereka pernah dibesarkan bersama-sama Seifer dan Ellone di sebuah rumah anak yatim oleh Edea; mereka menghidapi amnesia kesan penggunaan Guardian Force.[27] Turut didedahkan bahawa Cid dan Edea menubuhkan Garden dan SeeD untuk mengalahkan ahli sihir jahat.[28] Selepas pendedahan tersebut, angkatan Balamb Garden dan askar Galbadia, masing-masing dipimpin oleh Squall dan Seifer, bertempur. Selepas Balamb menewaskan Galbadia, pemain mendapat tahu Edea sebenarnya diperalatkan oleh ahli sihir yang lebih hebat bernama "Ultimecia",[29] yang tinggal di masa hadapan dan berhajat mahu memampatkan masa kepada satu ketika; inilah sebabnya dia mahu menangkap Ellone.[30] Perlawanan penamat dengan Edea memaksa Ultimecia untuk memindahkan kuasanya kepada Rinoa, membolehkan Edea terus hidup, tetapi menyebabkan Rinoa koma. Squall mahu membangunkannya dan meminta bantuan Dr. Odine, saintis terkenal dari Esthar.[31]
Sementara Rinoa sedang dirawat di stesen angkasa Esthar, Ultimecia mempergunakannya untuk membebaskan Ahli Sihir Adel dari tahanan. Ultimecia kemudian mengarahkan Seifer untuk mengaktifkan Lunatic Pandora, menyebabkan banyak raksasa dari bulan yang membawa turun alat tahanan Adel ke bumi.[32][33] Setelah memilih Adel sebagai perumah berikutnya, Ultimecia membiarkan Rinoa di angkasa lepas. Squall menyelamatkannya, dan mereka pulang ke bumi dengan sebuah kapal angkasa. Walau bagaimanapun, delegasi dari Esthar mengasingkan Rinoa kerana bimbangkan keupayaannya sebagai ahli sihir,[34] memaksa Squall untuk menyelamatkannya. Laguna meminta maaf atas insiden tersebut dan mengumumkan rancangan Dr. Odine untuk membiarkan Ultimecia merasuk Rinoa dan menggunakan kuasa Ellone untuk memampatkan masa, membolehkan kumpulan Squall untuk menentang Ultimecia pada zamannya.[35] Untuk melakukannya, kumpulan Squall memecah masuk Lunatic Pandora, mengalahkan Seifer dan Adel, dan menyebabkan Rinoa memperoleh kuasa ahli sihirnya.[36] Mampatan Masa diaktifkan, membolehkan Squall dan rakan-rakannya mengembara ke zaman Ultimecia untuk mengalahkannya.
Setelah Ultimecia dikalahkan, dunia mula kembali normal; walau bagaimanapun, Squall hampir tersesat dalam aliran masa semasa dia menyaksikan asal-usul kisah permainan ini. Semasa Ultimecia yang sedang nazak kembali ke masa lalu untuk memindahkan kuasanya kepada Edea, Squall memaklumkan kepada Edea mengenai konsep Garden dan SeeD yang bakal diciptanya.[37] Kemudian, dia kembali ke aliran masa di mana dia terperangkap sehinggalah dia akhirnya diselamatkan oleh Rinoa. Semasa penamat permainan, Squall mencium Rinoa semasa meraikan kejayaan SeeD.
Pembangunan
[sunting | sunting sumber]Audio
[sunting | sunting sumber]Seperti siri Final Fantasy yang lain, komposer Nobuo Uematsu menulis dan mengarah bagi runut bunyi Final Fantasy VIII, yang dilancarkan dalam empat cakera padat oleh DigiCube di Jepun, dan oleh Square EA di Amerika Utara. Sebagai tambahan, satu susunan orkestra khas bagi beberapa runut terpilih dari dalam permainan—disusun oleh Shiro Hamaguchi—telah dilancarkan di bawah tajuk FITHOS LUSEC WECOS VINOSEC, serta satu koleksi susunan piano—dimainkan oleh Shinko Ogata—telah dilancarkan di bawah tajuk Piano Collections: Final Fantasy VIII.
Dua skor lagu yang paling terkenal adalah "Liberi Fatali", sebuah lagu koir Latin yang dimainkan semasa permulaan permainan, dan "Eyes On Me", sebuah lagu pop yang menjadi lagu tema utama permainan, dipersembahkan oleh penyanyi China Faye Wong. Lagu tersebut dilancarkan sebagai sebuah single di Jepun dengan jualan sejumlah 400,000 naskhah,[38] menjadikannya sebagai CD muzik permainan video terlaris di sana sebelum pelancaran single "Hikari" oleh Utada Hikaru untuk permainan Kingdom Hearts. "Liberi Fatali" telah dimainkan semasa Sukan Olimpik 2004 di Athens semasa acara renang berirama wanita.[39][40]
Sambutan dan kritikan
[sunting | sunting sumber]Dua hari selepas keluaran Final Fantasy VIII di Amerika Utara pada 9 September, 1999, Final Fantasy VIII telah menjadi judul permainan video yang laris dijual di Amerika Syarikat, yang kekal selama tiga minggu.[41] Selain daripada mengaut keuntungan lebih daripada AS$50 juta dalam 13 minggu kemudiannya, di Jepun, sejumlah 2.5 juta unit telah berjaya dijual dalam empat hari pertama selepas keluarannya,[42], dan pada tahun 2006 judul ini dipilih oleh pembaca majalah Famitsu sebagai judul permainan video ke-22 terbaik sepanjang masa. Lebih daripada 6 juta unit dijual pada akhir tahun 1999.[43]
Cenderahati
[sunting | sunting sumber]Semasa bulan pelancaran Final Fantasy VIII di Jepun (11 Februari 1999), sebuah buku panduan permulaan dan sebuah koleksi poskad telah dilancarkan. Ini diikuti pada bulan Mac dengan buku Final Fantasy VIII Ultimania, sebuah buku panduan permainan Final Fantasy VIII yang lebih terperinci disertai dengan temu ramah dengan para pembangun. Sebuah album pelekat (Final Fantasy VIII Seal Book) dan transkrip bergambar bagi permainan (Final Fantasy VIII Memorial Album) masing-masing telah dilancarkan pada bulan Jun dan September. Sebuah buku origami telah dilancarkan pada 19 November 1999.
Pada 22 September 1999, sebuah CD-ROM bertajuk Final Fantasy VIII Desktop Accessories telah dilancarkan. ia mengandungi ikon desktop, kertas dinding komputer, screensaver, dan sebuah aplikasi e-mel. Sebagai tambahan, Final Fantasy VIII Desktop Accessories turut menampilkan edisi permainan mini Triple Triad dari Final Fantasy VIII, membolehkan pemain bermain dengan komputer lain melalui rangkaian kawasan setempat.[44]
Versi Eropah bagi permainan Final Fantasy VIII menyaksikan sejumlah besar cenderahati yang dipakejkan bagi keluaran istimewa tanpa sebarang kos tambahan. Koleksi tersebut dijual dalam bentuk satu kotak segiempat tepat besar yang mengandungi baju T Final Fantasy VIII, sekeping kad ingatan PlayStation serta stiker Final Fantasy VIII terpilih - direka untuk dilekatkan pada kad ingatan PlayStation.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ FFVIII Menjual Lima Juta Salinan
- ^ Jepun Memilih Judul Terunggul Top 100
- ^ Manual FFVIII versi Amerika Utara oleh editor Square Electronic Arts]
- ^ Panduan Cara Bermain versi Amerika Utara; halaman 28, 33-35; terbitan Square Electronic Arts
- ^ Panduan Strategi Rasmi Final Fantasy VIII; halaman 4; terbitan BradyGAMES
- ^ Studio BentStuff, penyunting (1999). Final Fantasy VIII Ultimania (dalam bahasa Japanese). DigiCube/Square Enix. m/s. 64. ISBN 4-925075-49-7.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Cassady, David (1999). Final Fantasy VIII Official Strategy Guide (dalam bahasa English). BradyGAMES Publishing. m/s. 6, 11, 13, 14, 16, 18–19. ISBN 1-56686-903-X.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Square Electronic Arts, penyunting (1999). Final Fantasy VIII North American instruction manual (dalam bahasa English). Square Electronic Arts. m/s. 28–35. SLUS-00892GH.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ (Inggeris) Dunia Final Fantasy VIII
- ^ Dunia Final Fantasy VIII
- ^ Dunia Final Fantasy VIII
- ^ Tamadun Centra (Centra Civilization)
Sebuah tamadun di Centra 4000 tahun yang lalu. Masyarakat Centra ini telah berhijrah ke benua-benua lain dan menubuhkan Dollet Empire di bahagian barat dan Esthar di bahagian timur. Centra dihapuskan 80 tahun yang lalu oleh Lunar Cry - Final Fantasy VIII Ultimania; halaman 40; terbitan DigiCube/Square Enix - ^ (Inggeris) Artikel "sheila"
- ^ Dr. Kadowaki: Kenapa awak tak ambil mudah dalam latihan? Lain kali awak mungkin tak begitu bertuah. / Squall: Cakapkan pada Seifer. / Dr. Kadowaki: Quistis? Datang ambillah pelajar awak. Ya, ya... Kecederaannya tak serius. Cuma parut saja yang tinggal. Square Co (1999-09-09). Final Fantasy VIII (PlayStation) (dalam bahasa English). Square EA.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Xu: Klien kita untuk misi ini adalah Kerajaan Dollet. Permintaan khidmat SeeD dibuat 18 jam lepas. Dollet sudah diserang oleh Tentera-G sejak lebih kurang 72 jam lepas. 49 jam dalam pertarungan, Dollet meninggalkan posisinya di pusat bandar. Sekarang mereka berundur di gunung berdekatan dan menyusun semula tentera mereka. Itulah status sekarang. Sekarang kepada objektif misi. Menurut laporan yang kami perolehi, Tentera-G sedang menyerang askar Dollet di kawasan pergunungan. Kita akan mendarat di Pantai Lapin. Kita mesti hapuskan saki-baki Tentera-G di dalam bandar dan memerdekakannya secepat mungkin. Selepas itu, ahli SeeD akan menghalang Tentera-G daripada memasuki bandar dari arah pergunungan. Square Co (1999-09-09). Final Fantasy VIII (PlayStation) (dalam bahasa English). Square EA.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Pengetua Cid: "Seifer. Kamu dikenakan tindakan disiplin kerana kelakuan kamu yang tidak bertanggungjawab. Kamu mesti betul-betul mengikut arahan semasa pertempuran. Tapi saya bukanlah tidak bersimpati langsung dengan kamu. Saya tidak mahu kamu semua menjadi mesin. Saya mahu kamu semua boleh berfikir dan bertindak untuk diri sendiri. Saya..." (Final Fantasy VIII)
- ^ Square Electronic Arts, penyunting (1999). Final Fantasy VIII North American instruction manual (dalam bahasa English). Square Electronic Arts. m/s. 6–9. SLUS-00892GH.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Squall: "Misi seterusnya... Bukanlah misi biasa. Ia arahan terus daripada Balamb dan Galbadia Garden. Kita perlu... ...membunuh ahli sihir itu. Square Co (1999-09-09). Final Fantasy VIII (PlayStation) (dalam bahasa English). Square EA.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Squall: Jadi, kau dah jadi anjing ahli sihir tu? / Seifer: Aku lebih suka digelar kesaterianya. Inilah impian aku. Square Co (1999-09-09). Final Fantasy VIII (PlayStation) (dalam bahasa English). Square EA.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Raijin: "Tak tau. Mula-mula, mereka kata pasal nak kumpulkan SeeD, kau tau!? Sekarang, semua orang berpuak-puak mengikut Yang Dipertua Garden atau pengetua dan selalu bergaduh, kau tau!?" (Final Fantasy VIII)
- ^ Squall: "Saya betul-betul minta maaf. Ia tak dapat dielakkan... Kami hilang kawalan terhadap Garden." (Final Fantasy VIII)
- ^ Squall: "Oh, dan satu lagi... Nampaknya tentera Galbadia sedang mencari Ellone. Rasanya itulah objektif mereka di FH. (Final Fantasy VIII)
- ^ Squall: "(Ellone ada keupayaan untuk membolehkan orang lain mengalami masa lepas. Agaknya ahli sihir itu mengejarnya kerana keupayaan ini. Rasanya ada sebab lainkah?)" (Final Fantasy VIII)
- ^ Laguna: "Satu perdebatan mula hangat tentang siapa patut memerintah negara ini selepas Adel tiada. Saya tak berapa ambil perhatian apabila mereka sepakat menjadikan saya wira revolusi, dan akhirnya saya menjadi presiden." (Final Fantasy VIII)
- ^ Squall: (Dah berapa lama sejak kita mula bergerak?) (Dah tak banyak benda yang nak dilakukan sekarang. Kita dah uruskan semua raksasa dalam.) (Oh ya... Aku kena laporkan pada pengetua. Lagipun, ada banyak perkara yang aku nak tanya.) (Dia mesti sibuk lagi, cuba nak kembalikan ketenteraman dalam Garden.) (...Kita di tengah-tengah tanpa haluan.) (Bosannya...) (Aku benci kalau tak ada buat apa-apa. Ia membuat aku fikir banyak sangat.) (Harap-harap Selphie dan yang lain selamat. Salahkan aku melepaskan mereka? Macam mana agaknya Quistis dan Irvine rasa.) (Ahli sihir tu... Siapa dia? Kenapa dia tembak peluru berpandu ke Garden? Seifer akan balik tak? Aku akan balas dendam dengannya lain kali.) Square Co (1999-09-09). Final Fantasy VIII (PlayStation) (dalam bahasa English). Square EA.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Cid: Perjalanan ini akan melibatkan banyak pertarungan. Seorang ketua yang layak diperlukan. Oleh itu, saya melantik Squall sebagai pemimpin baru kamu. Mulai sekarang, Squall adalah ketua. Dia akan menentukan destinasi dan rancangan pertarungan kita. Square Co (1999-09-09). Final Fantasy VIII (PlayStation) (dalam bahasa English). Square EA.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Squall: "...Kenapa yang ini kita lupa? Kita membesar bersama-sama semasa kecil... Macam mana boleh berlaku...?" / Irvine: "Macam mana dengan ini? ...Bayaran kerana menggunakan GF. GF memberi kita kuasanya. Tapi GF mula bertempat di dalam otak kita..." / Quistis: "Jadi maksud awak kawasan ingatan kita disimpan? Tak mungkin...! Itu cuma khabar angin dari pengkritik GF." / Zell: "Jadi kalau kita terus bergantung pada GF, kita tak akan dapat ingat banyak perkara?" (Final Fantasy VIII)
- ^ Cid: Dia menjadi ahli sihir sejak kecil. Saya berkahwin dengan dia kerana tahu pasal itu. Kami bahagia. Kami bekerja bersama, berdua. Kami sangat bahagia. Satu hari, Edea mula bercakap pasal membina Garden dan melatih SeeD. Saya rasa tertarik dengan rancangan itu. Tapi saya risau dengan matlamat SeeD, yang suatu hari nanti SeeD mungkin akan melawan Edea... (Square Co (1999-09-09). Final Fantasy VIII (PlayStation) (dalam bahasa English). Square EA.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Edea: ...Saya sudah dirasuk selama ini. Saya tidak dapat menandingi Ahli Sihir Ultimecia. Ultimecia adalah ahli sihir dari masa depan. Ahli sihir berketurunan lamanya dari masa kita. Objektif Ultimecia ialah untuk mencari Ellone. Square Co (1999-09-09). Final Fantasy VIII (PlayStation) (dalam bahasa English). Square EA.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Rinoa: Ada ahli sihir di dalam tubuh saya. Ultimecia, ahli sihir dari masa depan. Dia mahu mencapai mampatan masa. Square Co. (1999-09-09). Final Fantasy VIII (PlayStation) (dalam bahasa English). Square EA.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Doc Odine: "Kita cuma perlu memulihkan ahli sihir itu. Tak ada apa yang Odine tak dapat buat." (Final Fantasy VIII)
- ^ Controller: "Dunia bulan penuh dengan raksasa. Awak tak belajarkah di sekolah? Macam yang awak lihat, raksasa=raksasa itu berkumpul di satu tempat. Sejarah bakal berulang kembali. Lunar Cry bermula." (Final Fantasy VIII)
- ^ Rinoa: Tapi Edea masih... Saya langsung tak dapat jamin apa-apa, kalau Ultimecia merasuk saya lagi... Awak sendiri nampak. Dia mengawal saya di angkasa lepas dan membuatkan saya melepaskan kurungan Adel. Square Co (1999-09-09). Final Fantasy VIII (PlayStation) (dalam bahasa English). Square EA.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Penyambut 1: Ahli Sihir Rinoa. Keturunan Hyne. / Penyambut 2: Datang dengan kami. Kami mesti kunci kuasa awak demi keselamatan dunia. Square Co (1999-09-09). Final Fantasy VIII (PlayStation) (dalam bahasa English). Square EA.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Doc Odine: "Cuma ada satu cara untuk mengalahkan Ultimecia. Awak mesti bunuh dia di masa depan. ...Dalam keadaan biasa, tak ada cara biasa untuk melompat ke masa depan. Tapi masih ada satu cara! Sebabnya Ahli Sihir Ultimecia merancang untuk memampatkan masa. Memampatkan masa dengan magik... Agaknya apa kebaikan pada ahli sihir untuk memampatkan masa? Mesti ada banyak sebab, tapi tak kisahlah. ...Untuk membolehkan Ultimecia wujud pada masa ini, dia mesti mengambil tubuh ahli sihir dari zaman ini. Tapi mesin itu ada hadnya. Ultimecia mungkin perlu balik lebih jauh untuk mencapai mampatan masa. Cuma Ellone yang boleh membawanya ke masa lepas. Sebab tu dia terdesak sangat mencari Ellone. Kita mesti ambil kesempatan kuasa Ellone. ...Sebaik saja Ultimecia di masa lampau, dia akan gunakan magik mampatan masa. ...Ultimecia juga balik ke dunianya. Yang tinggal ialah dunia mampatan masa. Masa lepas, masa sekarang dengan masa depan semuanya akan bercampur. Awak akan terus bergerak mengikut mampatan masa ke masa depan. Sebaik saja awak keluar dari mampatan masa, itulah dunia Ultimecia. Lepas itu terserahlah kepada awak." (Final Fantasy VIII)
- ^ Laguna: Adel perlu menyerahkan kuasanya sebelum dikalahkan. Rinoa, awak sanggup tak menerimanya?" (Final Fantasy VIII)
- ^ Squall: "Garden dan SeeD adalah idea awak. Garden melatih SeeD. SeeD dilatih untuk menewaskan ahli sihir." (Final Fantasy VIII)
- ^ Square Enix USA site staff. "Nobuo Uematsu's Profile". Square Enix USA. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Unknown parameter|accessmonthday=
ignored (bantuan); External link in|work=
(bantuan) - ^ Suds (2004). "Video Game Music In the Olympics!". Video Game Music Archive. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-13. Dicapai pada 2007-12-17. Unknown parameter
|accessdaymonth=
ignored (bantuan); Unknown parameter|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); External link in|work=
(bantuan) - ^ Empire arcadiA site staff (2005). "The Culture of Videogame Music". Empire arcadiA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-10-27. Dicapai pada 2007-12-17. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Unknown parameter|accessmonthday=
ignored (bantuan); External link in|work=
(bantuan) - ^ (Inggeris) Final Fantasy VIII di Carta Laris
- ^ (Inggeris) Final Fantasy VIII di Pasaran!
- ^ Final Fantasy VIII Berjaya Menjual Sejuta Unit
- ^ Yukiyoshi Ike Sato. "New FFVIII CD-ROM Announced". GameSpot. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Unknown parameter|accessmonthday=
ignored (bantuan); External link in|work=
(bantuan)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Inggeris) Laman web rasmi Final Fantasy VIII
- (Inggeris) Final Fantasy VIII di Wikia; menggunakan maklumat pada asalnya ditemui di Wikipedia.