Gordon Lyon
Penampilan
Gordon Lyon | |
---|---|
Nama lain | Fyodor Vaskovich |
Terkenal kerana | Nmap |
Laman web rasmi | http://insecure.org/fyodor/ |
Gordon Lyon (juga dikenali dengan nama samarannya Fyodor Vaskovich) ialah seorang pakar keselamatan rangkaian, pengatur cara sumber terbuka, pengarang dan penggodam. Beliau telah mengarang Pengimbas Keselamatan Nmap yang bersumber terbuka dan beberapa buah buku, tapak web, dan karangan teknikal yang bertumpu pada keselamatan rangkaian. Lyon adalah antara anggota pengasas bagi Projek Honeynet dan merupaka Naib Presiden bagi Computer Professionals for Social Responsibility.