Pergi ke kandungan

Histologi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Histologi (1950)

Histologi atau mikroanatomi merupakan kajian anatomi sel-sel dan tisu-tisu tumbuhan dan haiwan melalui mikroskop. Kebiasaannya, kajian histologi dilakukan dengan menggunakan mikroskop cahaya atau mikroskop elektron, di mana sesuatu spesimen yang telah dipotong dan diwarnakan diletakkan pada slaid mikroskop. Kajian histologi juga dilakukan dengan menggunakan tisu kultur, di mana sel-sel animal yang hidup diasingkan dan dikekalkan dalam sesuatu persekitaran tiruan untuk tujuan penyelidikan. Kaedah pewarnaan digunakan untuk meningkatkan keupayaan untuk melihat, mengenal pasti dan membandingkan identiti struktur mikroskopik. Histologi merupakan bidang yang penting dalam kajian biologi dan perubatan.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]