Pergi ke kandungan

Interchange

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Interchange
PengarahDain Said
PenulisDain Said[1]
Lakon layar
Dihasilkan oleh
  • Nandita Solomon
  • Michael Lake
Dibintangi
SinematografiJordan Chiam
Disunting olehHerman K. Panca
Syarikat
penerbitan
Apparat
Diedarkan olehGSC Movies (Malaysia)[2]
Reel Suspect (Antarabangsa)[3]
XYZ Films (Amerika Utara)[4]
Tarikh tayangan
1 Disember 2016
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 3.1 Juta
Pecah panggungRM 497,135

Interchange merupakan sebuah filem fantasi misteri Malaysia 2016[5] arahan Dain Said dengan skrip oleh Dain, Nandita Solomon, Redza Minhat dan June Tan. Dibintangi oleh Iedil Putra, Shaheizy Sam, Nicholas Saputra, Prisia Nasution, Nadiya Nisaa, Alvin Wong, Chew Kin Wah dan Junad M. Nor. Filem ini mengisahkan kehidupan Adam (Iedil Putra), seorang jurufoto forensik yang tergangu akibat masalah halusinasi. Dia menyertai rakannya, Detektif Man (Shaheizy Sam) dalam melakukan siasatan dalam beberapa siri pembunuhan ngeri di Kuala Lumpur. Ketika ini, dia bertemu dengan Iva (Prisia Nasution), seorang pawang yang ditemani oleh seekor semangat haiwan, Belian (Nicholas Saputra). Iva pula dalam perjalanan membebaskan jiwa suku kaumnya dari dalam plat kaca negatif pada masa lampau.[6] Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 1 Disember 2016.

Poster versi alternatif

Adam (Iedil Putra), seorang jurufoto forensik yang kerjayanya setiap hari ialah melihat tubuh-tubuh yang dikerat menerusi lensa kameranya. Dia menyertai rakan setugasnya, Detektif Man (Shaheizy Sam) yang sedang melakukan siasatan terhadap beberapa siri pembunuhan mengerikan yang berlaku di Kuala Lumpur.

Sewaktu sedang menyiasat satu kes pembunuhan mengerikan, Adam berkenalan dengan seorang perempuan misteri, Iva (Prisia Nasution) yang merupakan jiran barunya. Melalui persahabatannya dengan Iva, Adam mula mendapatkan kehidupannya semula dan mereka jatuh cinta. Iva mendedahkan bahawa dirinya merupakan seorang bomoh berasal dari Borneo yang sedang mencari jati diri suku kaumnya yang telah terperangkap dalam kaca negatif selama 100 tahun. Dirinya ditemani oleh seekor semangat haiwan, Belian (Nicholas Saputra).

Seabad yang lalu, seorang etnografi dari Eropah telah mengambil gambar suku kaumnya sehingga telah memerangkap jiwa mereka ke dalam plat kaca negatif. Sejak hari itu, Iva telah mengembara ke seluruh Asia untuk berusaha mengembalikan jiwanya supaya dia boleh mati dengan tenang. Belian, semangat suku kaumnya merupa bentuk sebagai manusia untuk memastikan dia tidak menyeleweng daripada tugasnya. Adam mahu membantu Iva mencapai usahanya untuk mati dengan tenang. Untuk berbuat demikian, Adam perlu melangkah ke dalam dunia Iva yang penuh dengan pembunuhan, keghairahan dan ilmu hitam. [7]

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Filem ini mula dibincangkan di internet pada April 2012.[11]

Draf skrip untuk filem ini telah mula dihasilkan oleh Daim Said ketika dia membuat suntingan untuk filem Bunohan selama tiga minggu di Thailand.[12] Tajuk Interchange dipilih kerana kelihatan stesen Metropolitan Rapid Transit Bangkok dari bilik hotelnya. Filem ini digambarkannya sebagai filem bandar dan lebih komersial jika dibandingkan dengan Bunohan.

Filem ini menjalani pengambaraan di Kuala Lumpur pada Bulan Mac hingga April 2015. Pasca produksi pula selesai pada bulan September 2015[13][14]

Teaser pertama filem ini telah dimuat naik ke Youtube pada 12 Mei 2016.[15] Filem ini telah ditayangkan di Festival Filem Locarno pada bulan Ogos 2016.[16] Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 1 Disember 2016.

  1. ^ Local supernatural thriller in the works by award-winning director
  2. ^ "Reel Suspects takes Malaysia's 'Interchange'; XYZ to rep N America". Screendaily.com. 12 Mei 2016. Dicapai pada 2016-07-14. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  3. ^ Mazalan, Rozdan (19 Mei 2016). "Filem Dain Said, Interchange diedarkan di pasaran antarabangsa". Berita Harian.
  4. ^ (Inggeris)Mack, Andrew (14 Mei 2016). "INTERCHANGE: The Colors And Feathers Dazzle In First Trailer For Dain Said's Supernatural Noir". Screenanarchy.com. Dicapai pada 2016-07-14. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  5. ^ Dain Said bakal ulangi kejayaan Bunohan?
  6. ^ (Inggeris) Malaysia's Dain Iskandar Said shooting supernatural 'Interchange'
  7. ^ (Inggeris) Shaheizy Sam, Iedil Putra & Nicholas Saputra bintangi Interchange.
  8. ^ (Inggeris) Shaheizy Sam to star in Dain Said's "Interchange" Follow CinemaOnline on Twitter.
  9. ^ Shaheizy Sam Jawab Spekulasi Kemenangannya Di ABPBH 2014.[pautan mati kekal]
  10. ^ "Nicholas Saputra Kagum Dengan Produksi Filem Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-07. Dicapai pada 2015-04-16.
  11. ^ (Inggeris) ALL YOU NEED TO KNOW ABOUT DAIN ISKANDAR SAID’S ‘INTERCHANGE’. Diarkibkan 2015-04-16 di Wayback Machine
  12. ^ [http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1028&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz3XS5ylp3s Sastera hidup Dain Said.
  13. ^ Interchange sukar ditolak
  14. ^ Di sebalik tabir pembikinan filem "Interchange".
  15. ^ Abdullah, Madiha (13 Mei 2016). "'Teaser' filem Interchange akhirnya didedahkan". Dicapai pada 2016-07-14. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  16. ^ "Filem 'Interchange' ke Festival Filem Locarno di Switzerland". Astro Awani. 17 Julai 2016.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]