Pergi ke kandungan

Kematian Hamza Ali Al-Khateeb

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hamza Ali Al-Khateeb
Kelahiran
حمزة علي الخطيب (Hamza Ali al-Khateeb)

Oktober 1997
Meninggal duniaMay 2011
Sebab kematianDibunuh ketika berada di tahanan kerajaan Syria
DikebumikanDaraa
WarganegaraSyrian
HubunganAli al-Khateeb (bapa)

Hamza Ali Al-Khateeb (حمزة علي الخطيب :Arabic) (1997 - Mei 2011), adalah seorang budak lelaki Syria berusia 13 tahun, yang meninggal ketika berada dalam tahanan kerajaan Syria[1] dalam Daraa selama pemberontakan Syria 2011. Pada tarikh 25 Mei tubuhnya dihantar kepada keluarganya dengan tiga luka tembak dan kemaluannya dipotong.

Hamzah tinggal bersama ibu bapanya di sebuah desa bernama "Al-Jeezah" atau "Al-Giza" di Pentadbiran Daraa. Pada April 29, 2011 ia bergabung dengan keluarganya di perhimpunan untuk mematahkan pengepungan kota Daraa. Dia ditahan bersama ratusan Syria ketika pembunuhan Saida, di mana warga deraa secara rawak dibunuh oleh pasukan keselamatan Syria. Hamza di antara ratusan yang ditahan. Satu video mengenai tubuhnya diambil beberapa hari selepas kematiannya menunjukkan banyak luka-luka, termasuk patah tulang, luka tembakan, tanda terbakar, dan alat kelaminnya dipotong. [2]

Sebagai tindakbalas terhadap cerita yang ditayangkan oleh Al-Jazeera, ketua pemeriksa persatuan perubatan Syria Dr Akram El-Shaar - menyangkal bahawa Hamza diseksa - mendakwa bahawa dia mengawasi bedah siasat di Damsyik dan bahawa budak itu tidak mempunyai apa-apa tanda penyeksaan pun. Dia juga mendakwa bahawa semua tanda-tanda kerosakan itu adalah akibat pereputan. [3] [4] [5]

Pada 31hb Mei 2011, Setiausaha Negara AS Hillary Rodham Clinton menyebut kematian Hamza sebagai titik balik dalam pemberontakan Syria, bahawa "melambangkan untuk kebanyakan Syria... keruntuhan sebarang apa usahapun oleh kerajaan Syria untuk bekerjasama dengan dan mendengar luahan rakyat mereka sendiri". [6]

Templat:2011 Syrian uprising