Kevin Kampl
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Kevin Kampl | ||
Tarikh lahir | 9 Oktober 1990 | ||
Tempat lahir | Solingen, Jerman | ||
Ketinggian | 1.80 m (5 ka 10 7⁄8 in) | ||
Posisi permainan | Midfielder | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Borussia Dortmund | ||
Nombor | 23 | ||
Kerjaya remaja | |||
1994–1997 | VfB Solingen | ||
1997–2009 | Bayer Leverkusen | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2009–2011 | Bayer Leverkusen II | 36 | (5) |
2010–2011 | Bayer Leverkusen | 0 | (0) |
2010 | → SpVgg Greuther Fürth (pinjaman) | 1 | (0) |
2010 | → SpVgg Greuther Fürth II (pinjaman) | 7 | (0) |
2011–2012 | VfL Osnabrück | 35 | (2) |
2012 | VfR Aalen | 3 | (2) |
2012–2015 | Red Bull Salzburg | 74 | (18) |
2015– | Borussia Dortmund | 10 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2009–2012 | Slovenia B21 | 17 | (2) |
2012– | Slovenia | 15 | (2) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 28 April 2015 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 27 Mac 2015 |
Kevin Kampl (lahir 9 Oktober 1990) merupakan pemain bola sepak Slovenia yang kini bermain untuk kelab Borussia Dortmund dan pasukan kebangsaan Slovenia di posisi pemain tengah.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Kampl telah dilahirkan di Solingen, Jerman. Ibu bapa beliau berpindah ke Jerman dari Maribor, sebuah bandar berdekatan sempadan Austria yang terletak di timur laut Slovenia. Kampl sebernanya layak untuk mewakili pasukan Jerman namun beliau memilih untuk mewakili Slovenia.
Kerjaya kelab
[sunting | sunting sumber]Kerjaya awal
[sunting | sunting sumber]Kampl memulakan kerjayanya bersama Bayer Leverkusen. Selepas bertahun-tajhun bersama pasukan remaja Bayer Leverkusen II, beliau menandatangani kelab SpVgg Greuther Fürth.
Pada 30 Ogos 2010, beliau menandatangani kontrak pinjaman selama satu musim bersama SpVgg Greuther Fürth. Kampl membuat debut untuk kelab barunya pada 29 Oktober 2010 semasa menentang Erzgebirge Aue di perlawanan 2. Bundesliga. Selepas kontraknya tamat, beliau kemblai ke Bayer Leverkusen pada perpindahan musim sejuk 2010-11. Kampl membuat debut untuk Leverkusen pada perlawanan Liga Europa menentang Metalist Kharkiv. Pada musim panas 2011, beliau berpindah ke kelab 3. Liga, VfL Osnabrück. Selepas bermain dengan baik untuk Osnabrück, beliau sertai kelab yang baru naik ke 2. Bundesliga, VfR Aalen denga bayaarn 250 ribu euro. Di Aalen, beliau hanya bermain empat perlawanan, menjaringkan dua gol dan membuiat tiga hantaran. Beliau kemudian berpindah ke FC Red Bull Salzburg dengan bayaran 3 juta euro. Di Salzburg, beliau menjadi pemain terbaik Bundesliga Austria pada musim 2013-14.
Borussia Dortmund
[sunting | sunting sumber]Pada 22 Disember 2014, beliau dilaporkan menyertai Borussia Dortmund dengan kontrak lima tahun dan bayaran 12 juta euro pada 1 Januari 2015. Beliau asalnya berpindah ke RB Leipzig. Pada 28 April 2015, pada perlawanan separuh akhir DFB-Pokal menentang Bayern Munich, Kampl memasuki padang untuk menggantikan Jakub Błaszczykowski yang dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua. Dortmund berjaya melangkah ke perlawanan akhir selepas menang 2-0 pada penentuan penalti.
Kerjaya antarabangsa
[sunting | sunting sumber]Kampl merupakan ahli pasukan Slovenia. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Slovenia pada 6 September 2013 menentang Albania, menang 1-0. Beliau menjaringkan gol keduanya pada perlawanan kelayakan Euro 2016 menentang San Marino, pasukannya menang 6-0.
Gol antarabangsa
[sunting | sunting sumber]# | Tarikh | Lokasi | Pasukan lawan | Skor | Keputusan | Kejohanan |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 6 September 2013 | Ljubljana, Slovenia | Albania | 1–0 | 1–0 | Kelayakan Piala Dunia 2014 |
2 | 27 Mac 2015 | Ljubljana, Slovenia | San Marino | 2–0 | 6–0 | Kelayakna Euro 2016 |
Penghargaan
[sunting | sunting sumber]- Red Bull Salzburg
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kevin Kampl – Rekod persaingan UEFA
- Kevin Kampl at kicker.de (Jerman)