Pergi ke kandungan

Krim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Krim dituangkan ke dalam secawan kopi.

Krim (Jawi: كريم) atau kepala susu (Jawi: كڤالا سوسو‎) merupakan produk tenusu yang terbentuk pada lapisan atas susu sebelum penghomogenan. Lemak dalam susu biasa yang belum dihomogenkan jika dibiarkan lama-lama akan naik ke atas membentuk krim. Susu skim merupakan susu yang tidak mengandungi sebarang krim atau lemak.

Krim biasanya dijual mengikut gred berdasarkan kandungan lemak mentega di dalamnya. Krim boleh dikeringkan dalam bentuk serbuk untuk disimpan lama atau dieksport.

Antara produk tenusu yang diperbuat daripada krim ialah mentega, keju dan ais krim.

Peristilahan

[sunting | sunting sumber]

Istilah krim berasal daripada perkataan Yunani χρῖσμα khrisma "disapu".

Istilah kepala susu mengikut perbandingan dengan kepala santan yang sama kental dan terapung di atas (atau "kepala") lapisan cecair asal;[1][2] ungkapan ini turut didapati dalam dialek tertentu seperti dialek Baba.[3]

  1. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "kepala". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 561 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  2. ^ "kepala". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017. ... ~ santan santan (kelapa) yg pekat (diperoleh drpd perahan yg terawal); [...] ~ susu bahagian air susu yg kental (pekat)...
  3. ^ Gwee, William Thian Hock (2006). "kepala susu". Baba Malay Dictionary: The First Comprehensive Compendium of Straits Chinese Terms and Expressions. Tuttle Publishing. m/s. 105. ISBN 978-0-8048-3778-1.