Lapisan peniskalaan
Penampilan
Lapisan peniskalaan (bahasa Inggerisnya abstraction layer) ialah cara untuk menyembunyikan maklumat pelaksanaan bagi sesuatu set kefungsian. Model perisian yang menggunakan lapisan peniskalaan termasuklah model OSI 7-lapisan untuk protokol rangkaian komputer, pustaka lukisan grafik OpenGL, dan model input/output (I/O) strim bait yang asalnya daripada Unix dan diambil pakai oleh MSDOS, Linux, dan kebanyakan sistem-sistem pengendalian moden lain.
Seni bina komputer
[sunting | sunting sumber]Dalam seni bina komputer, sesebuah sistem komputer biasanya digambarkan terdiri daripada lima tahap peniskalaan: perkakasan, perisian tegar, penghimpun, inti, sistem pengendalian dan aplikasi.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Tanenbaum, Andrew S. (1979). Structured Computer Organization. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall. ISBN 0-13-148521-0.