Marita Lindahl
Marita Lindahl | |
---|---|
Kelahiran | |
Meninggal dunia | 21 Mac 2017 | (umur 78)
Warganegara | Finland |
Pekerjaan | Model, ratu cantik |
Tahun aktif | 1957–2017 |
Terkenal kerana | Miss World 1957 |
Marita Lindahl (17 Oktober 1938 - 21 Mac 2017[1]) ialah seorang model dan ratu cantik Finland yang memenangi pertandingan kecantikan Miss World pada 1957, setelah dimahkotakan sebagai Miss Finland World 1957 oleh Miss Finland World 1956, Sirpa Helena Koivu.[2] Beliau menjadi wanita pertama dari Finland yang memenangi gelaran itu dan wanita Skandinavia ketiga yang memenangi pertandingan tersebut.
Pertandingan yang dimenanginya diadakan di London, United Kingdom. Lindahl disifatkan oleh pemilik pertandingan, Eric Morley sebagai wanita yang memiliki "keindahan yang menghantui serta intrik dari Greta Garbo". Pemenang tempat pertama ialah Lilian Madsen dari Denmark, tempat kedua Adele Kruger dari Afrika Selatan dan tempat ketiga Jacqueline Tapia dari Tunisia.
Lindahl berkahwin dengan seorang lelaki warga Finland dan menjalani perniagaan di salah satu restoran terkemuka di Helsinki.
Pada 21 Mac 2017, Marita meninggal dunia di rumahnya di Oxford, England setelah mengalami kekejangan. Berita kematian Marita baru tersebar pada akhir Jun 2017 atas permintaan keluarga kepada media tempatan.[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Yle: Miss Maailma Marita Lindahl on kuollut". Iltalehti.fi (dalam bahasa Finland).
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-29. Dicapai pada 2020-01-06.
- ^ "Miss World 1957 Marita Lindahl from Finland is no more". Angelopedia. 29 Jun 2017. Dicapai pada 29 Jun 2017.
Anugerah dan pencapaian | ||
---|---|---|
Didahului oleh Petra Schürmann |
Miss World 1957 |
Diikuti oleh: Penelope Anne Coelen |