Pergi ke kandungan

Milenium ke-9 SM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


 Milenium:    Milenium ke-10 SMMilenium ke-9 SMMilenium ke-8 SM  
Semenanjung dan Tanah melayu persekitaran pada milenium ke-9 SM. Kawasan-kawasan biru dilitupi oleh ais. (1) Budaya-budaya Zaman Palaeolitik Awal. (2) Budaya-budaya Mesolitik. (3) Budaya-budaya Swiderian. (4) Budaya-budaya Tardenosian Pontik. (5) Budaya-budaya Capsian Iberia. (6) Budaya-budaya Oranian. (7) Budaya-budaya Capsian Awal. (8) Sabit Subur.

Milenium ke-9 SM menandakan permulaan zaman Neolitik. Pertanian tersebar di seluruh Sabit Subur, dengan penggunaan tembikar tersebar dengan lebih meluas. Petempatan-petempatan yang lebih besar seperti Jericho muncul di sepanjang laluan-laluan perdagangan garam dan flin. Eurasia Utara ditempatkan semula ketika glasier-glasier daripada maksimum glasier terakhir berundur. Jumlah penduduk dunia dianggarkan sebanyak beberapa juta orang, dengan kemungkinan kurang daripada 5 juta.

Peristiwa

[sunting | sunting sumber]

Perubahan alam sekitar

[sunting | sunting sumber]
  • Kira-kira 8000 SM – Dunia - laut naik
  • Kira-kira 8000 SM – Antartika - permulaan pencairan jangka panjang bagi lembar-lembar ais Antartik
  • Kira-kira 8000 SM – Asia - aras-aras laut naik, akibat pemanasan pascaglasier
  • Kira-kira 8000 SM – Dunia - penghapusan melebihi 40 juta binatang pada sekitar masa ini
  • Kira-kira 8000 SM – Amerika Utara - glasier-glasier berundur dan menjelang 8000 SM, glasier-glasier Wisconsin telah berundur sepenuhnya.
  • Kira-kira 8000 SM – Dunia - kebanjiran kawasan pedalaman, akibat pencairan glasier yang membawa bencana di banyak kawasan.

Perekaan dan penemuan

[sunting | sunting sumber]