Pergi ke kandungan

Paradisaea

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Paradisaea
Cenderawasih Raggiana (Paradisaea raggiana)
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Passeriformes
Keluarga: Paradisaeidae
Genus: Paradisaea
Linnaeus, 1758
Spesies jenis
Paradisaea apoda (cenderwasih besar)
Linnaeus, 1758
Sinonim
  • Paradisea Linnaeus, 1758 (Unav.)[1]

Paradisaea ialah genus burung yang terdiri daripada tujuh spesies daripada keluarga burung cenderawasih atau Paradisaeidae. Genus ini boleh ditemui di pulau New Guinea selain pulau-pulau terdekat dalam gugusan Kepulauan Aru, Kepulauan D'Entrecasteaux dan Kepulauan Raja Ampat. Spesies burung ini mendiami kawasan jenis hutan dari aras laut hingga hutan setengah gunung. Beberapa spesies mempunyai taburan yang sangat terhad dan kesemua spesies mempunyai taburan tersarak.[2] Satu kajian pada 2009 yang menguji DNA mitokondrion keluarga ini mendapati bahawa cenderawasih Paradisaea berada dalam klad bersama dengan genus Cicinnurus. Ia menunjukkan bahawa cenderawasih biru ialah takson beradik bagi kesemua spesies lain dalam genus ini.[3]

Kesemuanya bersaiz besar, dan dimorfisme secara seks. Warna bulu burung jantan termasuk mempunyai ciri-ciri bulu sayap tepi yang berkilat, dan sepasang bulu pelepah seperti wayar yang muncul dari hujung ekor. Bulu sayap pada bahagian sisinya akan digunakan semasa proses mengawan.[2]

Nama Paradisaea, berasal daripada bahasa Latin "paradise". Nama tempatan di Indonesia ialah cenderawasih.

Genus ini mengandungi enam spesies.[4]

Imej Nama biasa Nama saintifik Taburan
Cenderawasih kuning besar Paradisaea apoda Barat daya dan selatan New Guinea, selain Kepulauan Aru; pada aras sekitar 900-950 m.
Cenderawasih Raggiana Paradisaea raggiana Kebanyakan di selatan, timur-tengah, timur dan tenggara New Guinea; biasanya pada aras 1500 m.
Cenderawasih kecil Paradisaea minor Kebanyakan di utara, barat laut dan barat New Guinea (juga ditemui di Misool dan pulau-pulau berdekatan.), timur New Guinea berdekatan dengan kawasan Huon; pada aras 0-1500 m.
Cenderawasih Goldie Paradisaea decora Pulau Fergusson dan Normanby di Kepulauan D'Entrecasteaux yang terletak di tenggara New Guinea; pada aras lebih rendah berbanding anggota Paradisaea lain.
Cenderawasih merah Paradisaea rubra Pulau Waigeo dan Batanta di Kepulauan Raja Ampat di Papua Barat pada aras sekitar 550-600 m.
Cenderawasih maharaja Paradisaea guilielmi Pergunungan di Semenanjung Huon, timur laut New Guinea; biasanya pada aras 1300-1500 m, meskipun boleh juga ditemui pada aras yang lebih rendah 400-670 m.
  1. ^ International Commission on Zoological Nomenclature (2012). "Paradisaea Linnaeus, 1758 and PARADISAEIDAE Swainson, 1825 (Aves): names conserved". Bulletin of Zoological Nomenclature. 69 (1): 77–78. doi:10.21805/bzn.v69i1.a5. S2CID 81167105.
  2. ^ a b Firth, Clifford B.; Firth, Dawn W. (2009), "Family Paradisaeidae (Birds-of-paradise)", dalam del Hoyo, Josep; Elliott, Andrew; Christie, David (penyunting), Handbook of the Birds of the World. Volume 14, Bush-shrikes to Old World Sparrows, Barcelona: Lynx Edicions, m/s. 404–459, ISBN 978-84-96553-50-7
  3. ^ Irested, Martin; Jønsson, Knud A; Fjeldså, Jon; Christidis, Les and Per GP Ericson (2009). "An unexpectedly long history of sexual selection in birds-of-paradise". Evolutionary Biology. 9 (235). doi:10.1186/1471-2148-9-235. PMC 2755009. PMID 19758445.
  4. ^ Gill, Frank; Donsker, David; Rasmussen, Pamela, penyunting (Januari 2022). "Crows, mudnesters, melampittas, Ifrit, birds-of-paradise". IOC World Bird List Version 12.1. International Ornithologists' Union. Dicapai pada 1 Februari 2022.