Pergi ke kandungan

Pearl S. Buck

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pearl S. Buck
Pearl Buck, kk. 1932.
Pearl Buck, kk. 1932.
PekerjaanPenulis, mubaligh
WarganegaraAmerika Syarikat
SubjekChina
AnugerahHadiah Pulitzer
1932
Hadiah Nobel Kesusasteraan
1938

Pearl Sydenstricker Buck (26 Jun 18926 Mac 1973) juga dikenali sebagai Sai Zhen Zhu, ialah penulis Amerika yang juga pemenang Hadiah Pulitzer yang menghabiskan sebahagian besar hayatnya di China. Pada 1938, beliau menjadi wanita Amerika yang pertama untuk dianugerahkan Hadiah Nobel Kesusasteraan, "kerana pemerian yang kaya dan benar-benar epik tentang kehidupan petani di China serta mahakarya biografinya." Tanpa ironi, Pearl telah diperikan di China sebagai penulis Cina.[1]

Biografi ringkas

[sunting | sunting sumber]
Rumah Stulting di tempat asal Pearl Buck, Hillsboro, Virginia Barat.
Fail:Nju snow campus.jpg
Nanjing University
Lelaki Cina di Zhenjiang, kk. 1900

Pearl dilahirkan di Hillsboro, Virginia Barat kepada mubaligh Presbyterian Selatan, Stulting Caroline (1857-1921) dan Absalom Sydenstricker. Ibu bapanya ke China tidak lama selepas perkahwinan mereka pada 8 Julai 1880 tetapi pulang ke Amerika Syarikat semata-mata untuk melahirikan anak sulung mereka. Apabila Pearl berumur tiga bulan, keluarganya pulang ke China dan ditugasi di T'sinkiang-p'u lalu di Zhenjiang. Pearl dibesarkan dengan pendidikan dwibahasa, diajar dalam bahasa Inggeris oleh ibunya dan dalam bahasa Cina klasik oleh Kung, seorang Cina.[2]

Pemberontakan Boxer amat sangat menjejaskan kehidupan Pearl dan keluarganya. Kawan-kawan Cina Pearl meninggalkannya serta keluarganya dan tidak terdapat juga banyak pelawat orang Barat seperti dahulu.

Pada 1911, Pearl meninggalkan China untuk menyertai Randolph-Macon Woman's College, Lynchburg, Virginia [3] dan lulus dengan anugerah Phi Beta Kappa pada 1914. Beliau kembali ke China dan berkahwin dengan mubaligh ahli ekonomi pertanian, John Lossing Buck, pada 13 Mei 1917. Pasangan itu berpindah ke Suzhou, Wilayah Anhui, sebuah pekan di Sungai Huai. (Adanya dua kota di China yang memiliki nama Inggeris, 'Suzhou', satu di Anhui dan yang lain di Wilayah Jiangsu.) Adalah wilayah ini yang Pearl memerikan kemudian dalam novelnya, The Good Earth (Bumi Baik), dan Sons (Anak Lelaki).

Dari 1914 hingga 1933, Pearl berkhidmat sebagai mubaligh Presbyterian, akan tetapi pandangannya kemudian mengakibatkannya terlibat dalam Kontroversi Fundamentalisme-Modernisme yang membawa kepada peletakkan jawatannya.

Dari 1920 hingga 1933, Pearl dan John tinggal di kampus Nanjing University di Nanjing, sewaktu kedua-dua mereka mengajar di sana. Pearl mengajar kesusasteraan Inggeris di kedua-dua University of Nanjing dan Chinese National University. Pada tahun 1920 itu, anak perempuan mereka, Carol, menghidap fenilketonuria. Ibu Pearl meninggal dunia pada tahun berikut dan tidak lama kemudian, bapanya tinggal bersama-sama dengan mereka. Pada 1924, ketiga-tiga mereka meninggalkan China untuk menghabiskan tahun cuti John di Amerika Syarikat. Sewaktu itu, Pearl memperoleh ijazah sarjana dari Cornell University. Pada 1925, Pearl dan John mengambil Janice sebagai anak angkat (kemudian diberikan nama keluarga Walsh) dan kembali ke China pada musim luruh.[4]

Tragedi dan tergendalanya tempat kediaman yang dialami oleh Pearl pada 1920-an memuncak pada Mac 1927 sewaktu "Peristiwa Nanking". Dalam keadaan tak keruan pertempuran yang melibatkan tentera Nasionalis Chiang Kai-shek dengan askar komunis serta juga berbagai-bagai hulubalang, banyak orang Barat dibunuh. Oleh sebab Absalom mubaligh, keluarganya memutuskan untuk mengekalkan diri di Nanjing sehingga pertempuran tiba di bandar itu. Apabila keganasan tercetus, mereka bersembunyi di dalam sebuah pondok keluarga Cina yang miskin sementara rumah diri sendiri dijarah. Keluarga Pearl menghabiskan sehari yang mengerikan dalam penyembunyian sebelum diselamatkan oleh kapal pembedil Amerika. Mereka singgah di Shanghai lalu belayar ke Jepun, di mana mereka menghabiskan tahun berikutnya.[5] Keluarga Pearl kemudian kembali ke Nanjing, meskipun keadaan tetap masih berbahaya.

Pada 1935, ketika berumur kira-kira 43 tahun, Pearl bercerai dengan suami Absalom. Beliau mengahwini Richard Walsh, presiden John Day Company yang juga penerbitnya lalu berpindah ke Pennsylvania. Pada 6 Mac 1973, sewaktu berumur 80 tahun, Pearl meninggal dunia, akibat barah peparu, di Danby, Vermont dan dikebumikan di Green Hills Farm, Perkasie, Pennsylvania. Pearl mereka bentuk batu nisannya yang tidak mencatat namanya dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya, batu itu diukir nama "Pearl Sydenstricker" dalam aksara Cina.[6]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Meyers, Mike. "Pearl of the Orient," New York Times. March 5, 2006.
  2. ^ Peter Conn, Pearl S. Buck: A Cultural Biography, Cambridge: Cambridge UP, 1996) 9, 19-23.
  3. ^ "Randolph-Macon Woman's College". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-31. Dicapai pada 2009-11-03.
  4. ^ Conn, Pearl S. Buck, 70-82.
  5. ^ Buck, Pearl S. The Good Earth. Ed. Peter Conn. New York: Washington Square Press, 1994. Pp. xviii-xix.
  6. ^ Conn, Peter, Dragon and the Pearl

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]