Pergi ke kandungan

Perang Boer Kedua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perang Inggeris-Boer Kedua
Sebahagian daripada Perang Boer

Militia Boer dalam Pertempuran Spion Kop
Tarikh11 Oktober 1899 – 31 Mei 1902
Lokasi
Republik Selatan Afrika dan Negara Bebas Oranye
Keputusan Pihak British berjaya menumbangkan kedua-dua Republik Boer dan Kesatuan Afrika Selatan ditubuhkan di bawah Empayar British.
Pihak yang terlibat

British
Dengan bantuan tentera dari

  • Australia
  • New Zealand
  • Kanada
  • British India

Transvaal
Negara Bebas Oranye

  • Rakyat Boer di Cape Colony
Komandan dan pemimpin
Lord Milner
Sir Redvers Buller
Lord Kitchener
Lord Roberts
Paul Kruger
Louis Botha
Schalk W. Burger
Koos de la Rey
Martinus Steyn
Christiaan de Wet
Piet Cronjé
Kekuatan
British
347,000
Koloni British
103,000 - 153,000
Tentera bantuan Afrika
100,000
Boer
Jumlah keseluruhan 36,000
Tentera bantuan Afrika
10,000
Sukarelawan asing
5,400
Kerugian dan korban
22,092 terkorban 6,189 terkorban

Perang Boer Kedua (11 Oktober 1899 - 31 Mei 1902), juga dikenali sebagai Perang Boer, Perang Anglo-Boer, atau Perang Afrika Selatan, telah berlaku antara Empayar British dan dua negara Boer yang bebas, Republik Selatan Afrika (Republik Transvaal) dan Negara Bebas Oranye, atas pengaruh Empayar di Afrika Selatan. Pencetus perang adalah penemuan berlian dan emas di negara-negara Boer atau dikenali sebagai Revolusi Mineral. Serangan Boer awal berjaya, dan walaupun bala bantuan British kemudian mematahkannya, perang berlanjutan selama bertahun-tahun dengan perang gerila Boer, sehingga tindak balas British yang keras termasuk dasar bumi hangus yang akhirnya berjaya menundukkan pihak Boer.