Perjalanan ke Barat
Umum | |
---|---|
Pengarang | Wú Chéng'ēn |
Tajuk asal | 西遊記 |
Negara | China |
Bahasa | bahasa Cina |
Penerbitan | |
Penterjemah | banyak |
Penerbit | banyak |
Tarikh penerbitan | 1590-an |
Jenis media | Cetak () |
Hikayat Perjalanan ke Barat (Cina Tradisional: 西遊記; Cina Mudah: 西游记; Hanyu Pinyin: Xīyóu-jì ; Wade-Giles: Hsiyu-chi ) ialah satu daripada Empat Novel Klasik Agung dalam kesusasteraan Cina; bahkan juga dianggap karya sastera terulung Asia Timur.[1] Pada asalnya diterbitkan secara tanpa nama pengarang pada dekad 1590-an semasa Dinasti Ming, dan walaupun bukti langsung tentang pengarangnya tidak wujud, buku ini telah dikatakan ditulis oleh cendekiawan Wú Chéng'ēn sejak abad ke-20.
Novel ini ialah pemerihalan cereka tentang legenda-legenda yang melibatkan ziarah sami Xuanzang ke India semasa Dinasti Tang untuk memperoleh teks keagamaan ajaran Buddha. Bodhisattva Guānyīn memberikan tugas ini kepada Xuanzang dan tiga orang pengikut yang mengiring dan melindunginya iaitu Sūn Wùkōng, Zhū Bājiè dan Shā Wùjìng, bersama dengan putera naga yang bertindak sebagai kuda untuk Xuánzàng. Keempat-empat watak ini telah bersetuju untuk membantu Xuánzàng supaya dapat menebus dosa-dosa mereka yang terdahulu.
Sesetengah cendekiawan mencadangkan bahawa buku ini ialah karya sindiran terhadap kerajaan Cina yang lemah ketika itu. Perjalanan ke Barat amat mempengaruhi budaya rakyat, mitologi, dan sistem-sistem nilai Cina, dengan dewa-dewa Taoisme dan Buddhisme masih membayangkan kepercayaan budaya rakyat Cina pada hari ini.
Sebahagian daripada kepopularan novel ini yang lama bertahan berasal daripada kesan-kesannya yang bertindak pada beberapa peringkat: selain merupakan sebuah cerita pengembaraan yang sangat baik serta pemberi wawasan rohaniah, ia juga mengalegorikan penziarahan ke India itu sebagai suatu perjalanan perseorangan menuju ke kecerahan.
Jalan cerita
[sunting | sunting sumber]Barisan watak utama
[sunting | sunting sumber]- Táng Sānzàng (Cina tradisional: 唐三藏 ), seorang sami pendeta
- Sūn Wùkōng (Cina tradisional: 孫悟空 ), raja monyet, murid pertama
- Zhū Bājiè (Cina tradisional: 豬八戒 ), murid kedua berwajah mirip babi
- Shā Wùjìng (Cina tradisional: 沙悟浄 ), rahib dan murid terakhir
Senarai terjemahan
[sunting | sunting sumber]Dalam bahasa Melayu
[sunting | sunting sumber]- Hikayat Jelajah ke Barat. Diterjemahkan oleh Woo Tack Lok. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2015.
Dalam bahasa Inggeris
[sunting | sunting sumber]- Monkey: A Folktale of China (1942), sebuah terjemahan ringkas oleh Arthur Waley yang merupakan terjemahan terbaik dalam bahasa Inggeris buat beberapa tahun; Waley hanya menterjemahkan 30 daripada 100 bab. (Cetak kembali Penguin: ISBN 0-14-044111-5)
- Journey to the West, sebuah terjemahan lengkap oleh W.J.F. Jenner yang diterbitkan oleh Percetakan Bahasa-bahasa Asing di Beijing 1955 (edisi 1982/1984 dalam tiga jilid: ISBN 0-8351-1003-6, ISBN 0-8351-1193-8, ISBN 0-8351-1364-7)
- The Journey to the West (1977-1983), sebuah terjemahan lengkap dalam empat jilid oleh Anthony C. Yu.
Percetakan Universiti Chicago: Versi kulit tebal ISBN 0-226-97145-7, ISBN 0-226-97146-5, ISBN 0-226-97147-3, ISBN 0-226-97148-1; Versi kulit lembut ISBN 0-226-97150-3, ISBN 0-226-97151-1; ISBN 0-226-97153-8; ISBN 0-226-97154-6. Terjemahan ini menerima ulasan yang baik, tetapi lebih mahal daripada versi Jenner.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Kherdian, David (2005). Monkey: A Journey to the West. m/s. 7.
is probably the most popular book in all of East Asia.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikisumber bahasa Cina mempunyai teks asal berkaitan rencana ini: |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Perjalanan ke Barat. |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Perjalanan ke Barat |
- Perjalanan ke Barat – laman web yang menyeluruh serta terperinci
- Cerita mengenai Sun Wukong dan permulaan Perjalanan ke Barat, dengan komik manhua Diarkibkan 2020-01-10 di Wayback Machine
- Novel lengkap dalam tulisan Cina Mudah (pengekodan utf-16)
- Ching din dai sing (Sebuah Cerita Cina Yang Sukar Dipercayai) – filem Hong Kong yang terkini, berdasarkan sebuah episod dalam perjalanan; sila lihat juga laman web ini untuk gambar
- Siri Televisyen CCTV Yang Paling Popular: Xi You Ji
- Perjalanan ke Barat – lakon muzikal pentas yang kini dalam pembangunan
- Laman web Monkey Heaven – tapak web dengan banyak maklumat tentang padanan televisyen, Magik Monyet
- Monyet Solarguard – ringkasan jalan cerita (satu perenggan bagi setiap 100 bab dalam novel), bersama-sama ringkasan buku tentang Xuanzang bersejarah.