Pergi ke kandungan

Pilihan raya negeri Sarawak 2021

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pilihan raya negeri Sarawak 2021

← 2016 18 Disember 2021 2026 →
Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-20 →

Semua 82 kerusi di Dewan Undangan Negeri Sarawak
42 kerusi diperlukan untuk majoriti
Terdaftar2,500,800
Pengundi hadir2,500,800
  Parti majoriti Parti minoriti Parti ketiga
  PH
Pemimpin Abang Johari Tun Openg Wong Soon Koh Chong Chieng Jen
Parti Gabungan Parti Sarawak
PBB
SUPP
PRS
PDP
Parti Sarawak Bersatu Pakatan Harapan
PKR
DAP
AMANAH
Pemimpin sejak 13 Januari 2017 12 Januari 2015 15 Jun 2015
Kerusi pemimpin Gedong Bawang Assan Padungan
Pilihan raya
lepas
72 kerusi, 61.96%
(atas tiket Barisan Nasional)
4 kerusi
(atas tiket Barisan Nasional)
10 kerusi, 30.55%
Kerusi sebelum 68 6 5
Kerusi yang
diperlukan
36 37
Kerusi yang
dimenangi
76 4 2
Perubahan kerusi 8 2 3
Undian popular 457,233 139,515 77,673
Peratusan 61.3% 18.7% 10.4%

  Parti keempat Parti kelima Parti keenam
  PBK PBDSB ASPIRASI
Pemimpin Voon Lee Shan Bobby William Lina Soo
Parti Parti Bumi Kenyalang Parti Bansa Dayak Sarawak Baru Parti Aspirasi Rakyat Sarawak
Pemimpin sejak 9 Jun 2019 18 Mei 2019 22 Februari 2020
Kerusi pemimpin Batu Lintang Senadin Padungan
Pilihan raya
lepas
Baharu 0 kerusi 0 kerusi
Kerusi sebelum 0 0 0
Kerusi yang
diperlukan
42 11 15
Kerusi yang
dimenangi
0 0 0
Perubahan kerusi
Undian popular 40,763 2,972 2,525
Peratusan 5.5% 0.4% 0.3%

  Parti ketujuh Parti kelapan
  PAS SEDAR
Pemimpin Jofri Jaraiee Othman Abdullah
Parti PAS Parti Sedar Rakyat Sarawak
Pemimpin sejak 11 September 2015 19 Jun 2018
Kerusi pemimpin Tidak bertanding Samariang
Pilihan raya
lepas
0 kerusi 0 kerusi
Kerusi sebelum 0 0
Kerusi yang
diperlukan
1 5
Kerusi yang
dimenangi
0 0
Perubahan kerusi
Undian popular 2,058 1,204
Peratusan 0.3% 0.2%

Ketua Menteri sebelum pilihan raya

Abang Johari Tun Openg
Gabungan Parti Sarawak
(Parti Pesaka Bumiputera Bersatu)

Dipilih Ketua Menteri

Abang Johari Tun Openg
Gabungan Parti Sarawak
(Parti Pesaka Bumiputera Bersatu)

Pilihan raya negeri Sarawak ke-12 akan diadakan pada 18 Disember 2021. 82 anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak, dipilih di kawasan pilihan raya berseorangan yang menggunakan kaedah undian pemenang undi terbanyak. Pilihan raya dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Pilihan raya ini menyaksikan Gabungan Parti Sarawak mengekalkan kemenangan selepas menang 76 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan[1]. Abang Johari Tun Openg diangkat semula menjadi Ketua Menteri Sarawak[2].

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-18 pada mulanya terbubar pada 7 Jun 2021 dan sebuah pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh tersebut. Walau bagaimanapun, pada 31 Julai, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah mengisytiharkan Proklamasi Darurat diteruskan di Sarawak hingga 2 Februari 2022 susulan ancaman pandemik COVID-19, sekali gus menangguhkan pilihan raya negeri bagi tempoh berkenaan.

Kerajaan Negeri Sarawak telah berunding dan menasihatkan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Abdul Taib Mahmud supaya memohon kelulusan daripada Yang di-Pertuan Agong agar menamatkan lebih awal Proklamasi Darurat yang diisytiharkan pada 2 Ogos.

Proklamasi Darurat di Sarawak telah diisytiharkan tamat pada 3 November dan menyaksikan DUN Sarawak secara automatiknya turut terbubar dan pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh tersebut.

Parti politik

[sunting | sunting sumber]

Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah ditubuhkan pada tahun 2018 oleh empat parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak selepas kekalahan gabungan tersebut dalam pilihan raya umum Malaysia 2018.[3] GPS yang kini merupakan blok ketiga terbesar di Dewan Rakyat dan membentuk kerajaan di negeri Sarawak, terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, Parti Rakyat Sarawak, Parti Demokratik Progresif dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).[4][5] Keempat-empat parti komponen bertanding menggunakan lambang yang sama[6].

Pakatan Harapan Sarawak yang terdiri daripada Parti Tindakan Demokratik, Parti Keadilan Rakyat dan Parti Amanah Negara mengekalkan amalan sebagaimana pilihan raya sebelumnya dengan bertanding menggunakan lambang parti masing-masing[7].

Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang merupakan penjenamaan kepada serpihan SUPP, Parti Rakyat Bersatu (UPP), dan Parti Bumi Kenyalang (PBK) membuat percubaan pertama bertanding dalam pilihan raya kali ini. Dalam pilihan raya sebelumnya, UPP bertanding sebagai calon terus BN.

Kerjasama baharu, Gagasan Anak Sarawak (GASAK) yang diasaskan pada September 2020 menggabungkan Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI), Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) turut bertanding buat kali pertama.

Perikatan Nasional tidak meletak calon secara rasmi. Komponennya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak bertanding, manakala Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bertanding menggunakan lambang sendiri[8].

Sebuah parti baharu, Parti Bangsa Malaysia yang merupakan penjenamaan kepada Parti Pekerja Sarawak mengumumkan tidak bertanding dalam pilihan raya ini[9].

Komposisi calon

[sunting | sunting sumber]
Bil. Parti Politik Akronim Bilangan calon
1 Gabungan Parti Sarawak Templat:Logo kecil GPS GPS 82
1 Parti Pesaka Bumiputera Bersatu PPBBS 48
2 Parti Rakyat Bersatu Sarawak SUPP 18
3 Parti Rakyat Sarawak PRS 11
4 Parti Demokratik Progresif PDP 5
2 Pakatan Harapan Templat:Logo kecil PH PH 62
1 Parti Keadilan Rakyat[10] PKR 28
2 Parti Tindakan Demokratik[10] DAP 26
3 Parti Amanah Negara[10] Amanah 08
03 Gagasan Anak Sarawak Templat:Logo kecil GAGAS GAGAS 36
01 Parti Aspirasi Rakyat Sarawak ASPIRASI 15
02 Parti Bansa Dayak Sarawak Baru Templat:Logo kecil PBDSB PBDS 11
03 Parti Sedar Rakyat Sarawak Templat:Logo kecil SEDAR SEDAR 5
04 Parti Sarawak Bersatu Templat:Logo kecil PSB PSB 73
05 Parti Bumi Kenyalang Sarawak Templat:Logo kecil PBK PBKS 70
06 Perikatan Nasional PN 01
01 Parti Islam Se-Malaysia PAS 01
07 Ahli politik bebas BEBAS 30
Jumlah calon 349

Keputusan

[sunting | sunting sumber]

Ringkasan

[sunting | sunting sumber]
s • b 
Parti Calon Undi Kerusi
Undi % Menang % +/–
Gabungan Parti Sarawak[a] GPS 82 457,233 61.26 76 92.68 Baru
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu PBB 47 271,718 36.41 47 57.32
Parti Rakyat Sarawak PRS 11 50,423 6.76 11 13.41
Parti Rakyat Bersatu Sarawak SUPP 18 100,047 13.40 13 15.85
Parti Demokratik Progresif PDP 6 35,045 4.69 5 6.10
Pakatan Harapan[b] PH 62 78,197 10.48 2 2.44
Parti Tindakan Demokratik DAP 26 55,308 7.41 2 2.44
Parti Keadilan Rakyat PKR 28 19,865 2.66 0 0.00
Parti Amanah Negara AMANAH 8 3,024 0.41 0 0.00
Parti Sarawak Bersatu PSB 70 139,515 18.69 4 4.88 Baru
Parti Islam Se-Malaysia PAS 1 2,058 0.28 0 0.00
Parti Aspirasi Rakyat Sarawak ASPIRASI 15 2,525 0.34 0 0.00
Parti Bansa Dayak Sarawak Baru PBDS Baru 11 2,972 0.40 0 0.00
Parti Bumi Kenyalang PBK 73 40,763 5.46 0 0.00 Baru
Parti Sedar Rakyat Sarawak SEDAR 5 1,204 0.16 0 0.00 Baru
Bebas IND 30 21,882 2.93 0 0.00
Undi sah 746,349
Undi rosak 13,278
Jumlah undi (Pengundi keluar: 60.67%) 759,627 100.00 82 100.00 TBA
Tidak mengundi 492,387
Pengundi berdaftar 1,252,014
Pengundi biasa 1,228,858
Pengundi awal 23,043
Pengundi pos 113
Source: Pengiraan berdasarkan "Papan Muka SPR".
  1. ^ Bertanding menggunakan lambang GPS
  2. ^ Bertanding menggunakan lambang sendiri

Perubahan kerusi

[sunting | sunting sumber]
Kawasan negeri Sebelum Selepas
N01 Opar Parti Sarawak Bersatu Gabungan Parti Sarawak (SUPP)
N12 Kota Sentosa Pakatan Harapan (DAP) Gabungan Parti Sarawak (SUPP)
N39 Krian Perikatan Nasional (BERSATU) Gabungan Parti Sarawak (PDP)
N51 Bukit Assek Pakatan Harapan (DAP) Gabungan Parti Sarawak (SUPP)
N52 Dudong Parti Sarawak Bersatu Gabungan Parti Sarawak (PDP)
N54 Pelawan Pakatan Harapan (DAP) Gabungan Parti Sarawak (SUPP)
N68 Tanjong Batu Pakatan Harapan (DAP) Gabungan Parti Sarawak (SUPP)
N74 Pujut Pakatan Harapan (DAP) Gabungan Parti Sarawak (SUPP)

Rujukan dan catatan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "GPS menang di DUN Mulu, kuasai 76 kerusi DUN". HMetro. Disember 19, 2021. Dicapai pada Disember 20, 2021.
  2. ^ "Abang Johari angkat sumpah Ketua Menteri Sarawak". BHarian. Disember 19, 2021. Dicapai pada Disember 20, 2021.
  3. ^ Sharon Ling; Geryl Ogilvy (12 June 2018). "Sarawak BN parties pull out of coalition to form independent state-based pact". The Star. Dicapai pada 12 June 2018.
  4. ^ "Malaysia's Sarawak State Government leaves Barisan Nasional: Statement". Bloomberg. The Edge Markets. 12 June 2018. Dicapai pada 12 June 2018.
  5. ^ Lee Poh Onn (15 June 2018). "Commentary: Free from the shackles of a fallen coalition, does Sarawak parties leaving spell the end of the Barisan Nasional?". Channel NewsAsia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-12. Dicapai pada 15 June 2018.
  6. ^ "Penggunaan logo gabungan GPS bukti kesepakatan". Utusan Borneo. 3 Disember 2021. Dicapai pada 4 Disember 2021.
  7. ^ Melvin Joni (November 25, 2021). "PH Sarawak bertanding guna logo masing-masing". BHarian. Dicapai pada 4 Disember 2021.
  8. ^ "Mungkinkah Pas dapat kerusi pertama di Sarawak?". Sarawak Voice. 3 Disember 2021. Dicapai pada 4 Disember 2021.
  9. ^ Goh Pei Pei (November 22, 2021). "Ex-Sarawak PKR leader now deputy president of new party". NST. Dicapai pada 4 Disember 2021.
  10. ^ a b c Komponen Pakatan Harapan iaitu PKR, DAP dan Amanah bertanding menggunakan lambang masing-masing.