Pergi ke kandungan

Pokok Bunga Gerbera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pokok Bunga Gerbera
Gerbera putih dekat
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Tribus:
Genus:
Gerbera

Gerbera (sebutan Inggeris: /ˈɜːrbərə/ ataupun /ˈɡɜːrbərə/) L. ialah satu genus tumbuhan daripada Asteraceae (keluarga daisi). Ia dinamakan bersempena dengan nama seorang ahli botani dan doktor perubatan Jerman, Traugott Gerber[1] (1710-1743) yang banyak membuat penjelajahan ke Rusia dan merupakan rakan kepada Carl Linnaeus.[2]

Gerbera ialah tumbuhan asli di kawasan Amerika Selatan, Afrika dan Asia. Perincian saintifik Gerbera telah dibuat oleh J.D. Hooker dalam Curtis's Botanical Magazine pada tahun 1889 apabila beliau memperincikan Gerbera jamesonii, satu spesies yang berasal dari Afrika Selatan yang juga dikenali sebagai Daisi Transvaal atau Daisi Barberton. Gerbera juga dikenali dengan nama Daisi Afrika.

  • Hansen, Hans V. A taxonomic revision of the genus Gerbera (Compositae, Mutisieae) sections Gerbera, Parva, Piloselloides (in Africa), and Lasiopus (Opera botanica. No. 78; 1985), ISBN 87-88702-04-9.
  • Nesom, G.L. 2004. Respons kepada "The Gerbera complex (Asteraceae, Mutisieae): to split or not to split" oleh Liliana Katinas. Sida 21:941-942.
  • Bremer K. 1994: Asteraceae: cladistics and classification. Timber Press: Portland, Oregon.
  1. ^ Gerbera.org
  2. ^ Sunset Western Garden Book, 1995:606–607

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]