Portal:Antartika
Portal Antartika
Antartika (Jawi: انترتيكا ) merupakan benua paling selatan di dunia, terdiri dari segi geografi kutub selatan. Ia terletak di kawasan Antartik di Hemisfera Selatan, hampir semuanya selatan Bulatan Antartik, dan dikelilingi oleh Lautan Selatan. Dengan keluasan 14.0 juta km2 (5.4 juta sq batu), ia merupakan benua kelima terbesar dari segi keluasan selepas Asia, Afrika, Amerika Utara, dan Amerika Selatan. Sebagai perbandingan, Antartika hampir dua kali ganda saiz Australia. Sekitar 98% Antartika diselaputi oleh air batu dengan purata ketebalan sekurang-kurangnya 1 batu (1.6 km) yang menganjur di kesemua permukaan benua kecuali di hujung paling utara Semenanjung Antartik.
Antartika secara amnya merupakan benua paling sejuk, kering dan kuat anginnya, dan memiliki ketinggian antara purata tertinggi di kalangan kesemua benua. Antartika dianggap sebagai gurun, dengan curah hujan tahunan hanya 200 mm (8 inci) di sepanjang pantai dan jauh ke pedalaman benua. Suhu di Antartika mencecah −89 °C (−129 °F). Tiada penempatan manusia kekal yang ada di sini, tetapi terdapat sekitar 1,000 sehingga 5,000 orang tinggal di situ sepanjang tahun di stesen-stesen pemantauan yang tersebar di sepanjang benua. Hanya tanaman dan haiwan adaptasi dingin bertahan hidup di sana termasuk penguin, anjing laut, nematoda, tardigrada, tungau, banyak jenis ganggang dan mikroorganisma lainnya serta juga tumbuhan tundra.
Kategori
Wikimedia
Siri Portal Geografi
- Apakah itu portal?
- Senarai portal
- Portal pilihan