Pulp Fiction
Pulp Fiction | |
---|---|
Pengarah | Quentin Tarantino |
Penulis | Quentin Tarantino |
Dihasilkan oleh | Lawrence Bender |
Dibintangi | John Travolta
Samuel L. Jackson Uma Thurman |
Diedarkan oleh | Miramax Films |
Tarikh tayangan | 1994 |
Masa tayangan | 154 minit. |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Bahasa Inggeris |
Bajet | 8 - 8.5 Juta USD |
Pecah panggung | 213.9 Juta USD |
Filem "Pulp Fiction" merupakan sebuah filem neo-noir jenayah dan komedi gelap Amerika keluaran tahun 1994 yang ditulis dan diarah oleh Quentin Tarantino, daripada cerita Tarantino dengan Roger Avary. Ia adalah filem Tarantino yang kedua dan adalah ikonik disebabkan kepelbagaian dialognya, campuran unsur kelucuan dan keganasan yang ironi, jalan cerita tanpa mengikut kronologi dan rujukan kepelbagaian unsur sinematik secara tidak langsung dan budaya pop. Filem tersebut telah dicalonkan untuk tujuh Anugerah Oscar, termasuklah filem terbaik; Tarantino dan Avary memenangi Skrin Filem Asal yang Terbaik. Ia juga menerima Anugerah Palme d'Or di Festival Filem Cannes tahun 1994. Selain mencapai kejayaan secara komersial dan kritikal, ia membantu menghidupkan semula kerjaya watak-watak utamanya yang menerima pencalonan Oscar, iaitu John Travolta, Samuel L. Jackson dan Uma Thurman.
Diarah dengan penuh gaya, "Pulp Fiction" menyambung jalan cerita bersilang antara gangster Los Angeles, pemain simpanan, penjenayah-penjenayah sampingan dan satu beg misteri. Banyak masa telah ditumpukan kepada monolog dan perbualan kasual yang menonjolkan sifat lucu dan pandangan hidup karakter. Tajuk filem tersebut merujuk kepada majalah "picisan"/"pulp" dan novel jenayah yang popular pada pertengahan abad ke-20, yang terkenal dengan keganasan grafik dan dialog yang menarik. "Pulp Fiction" dengan jelasnya merujuk kepada definisi "pulp fiction" sendiri dari saat permulaan filem, yang menayangkan dua definisi kamus untuk perkataan "pulp". Plot filem, seperti filem Tarantino yang lain, ditayangkan dari luar urutan kronologi.
Struktur Penceritaan
[sunting | sunting sumber]"Pulp Fiction" diceritakan tanpa mengikut susunan kronologi, dan mengikuti cerita yang bersilang antara pembunuh kontrak gangster Vincent Vega (watak protagonis cerita pertama), peninju Butch Coolidge (watak protagonis cerita kedua) dan rakan Vincent Jules Winnfield (watak protagonis cerita ketiga). Cerita-cerita tersebut bersilang dalam pelbagai cara.
Filem dimulakan dengan premis makanan yang ditawan oleh sepasang kekasih dan kemudiannya diikuti dengan cerita-cerita Vincent, Jules dan Butch. Pada akhirnya, ia berbalik semula ke tempat permulaan, iaitu premis makanan. Terdapat tujuh turutan naratif; tiga jalan cerita utama didahului dengan kad tajuk:
- "Prolog - Premis Makanan (i)"
- Pengenalan kepada "Vincent Vega dan Isteri Marsellus Wallace"
- "Vincent Vega dan Isteri Marsellus Wallace"
- Pengenalan kepada "Jam Tangan Emas"
- "Jam Tangan Emas"
- "Situasi Bonnie"
- "Epilog - Premis Makanan (ii)"
Plot
[sunting | sunting sumber]"Prolog - Premis Makanan"
[sunting | sunting sumber]Sepasang kekasih, "Pumpkin" dikenali sebagai "Ringo" (watak dilakonkan oleh Tim Roth) dan "Bunny" dikenali sebagai "Yolanda" (dilakonkan oleh Amanda Plummer), yang mengambil keputusan untuk merompak sebuah premis makanan.
Pengenalan kepada "Vincent Vega dan Isteri Marsellus Wallace"
[sunting | sunting sumber]Pembunuh upahan Jules Winnfield dan Vincent Vega sedang berada di dalam perjalanan untuk mengambil satu beg dari Brett, yang telah mengkhianati bos mereka, gangster Marsellus Wallace. Vincent menyatakan bahawa bosnya, Marsellus menyuruhnya mengiringi isterinya semasa dia tidak berada di bandar. Mereka tiba di tempat Brett, di mana mereka berjumpa dengan dia dan dua rakan sekutunya untuk beg tersebut. Vincent menjumpai beg itu dan Jules menembak salah seorang rakan Brett dan kemudiannya membacakan satu perenggan dari kitab. Setelah itu, Jules dan Vincent membunuh Brett.
"Vincent Vega dan Isteri Marsellus Wallace"
[sunting | sunting sumber]Juara tinju Butch Coolidge menerima sejumlah wang yang besar dari Marsellus untuk kalah secara sengaja di dalam satu perlawanan dia yang akan datang. Vincent dan Jules datang untuk memberi beg tersebut. Pada keesokan harinya, Vincent membeli dadah heroin dari pengedarnya, Lance. Dia menyuntik dadah ke dalam saluran darahnya untuk menghabiskan masa yang seterusnya dan kemudiannya memandu untuk menemui Puan Mia Marsellus.
Vincent dan Mia menuju ke sebuah restoran yang bertemakan tahun 1950-an dan menyertai peraduan berjoget tari dan balik ke rumah Wallace dengan piala kemenangan. Semasa Vincent berada di dalam bilik air, Mia menemui dadah heroinnya dan menyangka ianya adalah dadah kokain. Dia menyedutnya dan kemudiannya terlebih dos. Vincent segera membawanya ke rumah Lance dan menghidupkannya kembali dengan satu suntikan adrenalin ke jantungnya.
Pengenalan kepada "Jam Tangan Emas"
[sunting | sunting sumber]Butch mengingat kembali satu lawatan dari veteran Perang Vietnam, Kapten Koons pada zaman kanak-kanaknya. Koons membawa sebuah jam tangan yang telah diturunkan selama tiga generasi keluarga Coolidge sejak Perang Dunia Pertama; Koons yang menuruti permintaan terakhir ayah Butch, menyembunyinya di dalam rektumnya selama dua tahun untuk menyerahkannya kepada Butch.
"Jam Tangan Emas"
[sunting | sunting sumber]Butch melarikan diri dari arena tinju setelah mengkhianati Marsellus dan memenangi perlawanan tinju tersebut. Pada keesokan paginya, dia dan teman wanitanya, Fabbiene yang menetap di sebuah motel mendapati bahawa teman wanitanya terlupa untuk mendapatkan jam tangan ayahnya dan mengamuk. Dia kembali ke pangsapurinya untuk mengambil jam tangan tersebut dan mendapati bahawa terdapat sepucuk senapang di atas meja dapurnya. Dia terdengar bunyi rinjisan air di dalam bilik air dan terus menembak Vincent hingga mati setelah dia keluar dari situ.
Semasa Butch sedang berhenti dan menunggu di lampu trafik di dalam keretanya, dia terserempak dengan Marsellus yang mengenalinya. Dia mengejar Butch hingga ke sebuah kedai pajak gadai. Pemilik kedai, Maynard memerangkap mereka dengan pistol dan mengikat mereka di bilik bawah tanah. Maynard diiringi oleh Zed, seorang pengawal sekuriti yang membawa Marsellus ke sebuah bilik yang lain untuk merogolnya. Mereka meninggalkan seorang lelaki untuk mengawasi Butch.
Butch melepaskan diri dan memukul lelaki tersebut sehingga pengsan. Dia ingin melarikan diri tetapi kemudiannya mengambil keputusan untuk menyelamatkan Marsellus. Semasa Zed merogol Marsellus, Butch membunuh Maynard dengan menggunakan sebilah pedang Jepun yang diambil dari kedai tersebut. Marsellus merampas pistol Zed dan menembaknya. Marsellus memberitahu Butch yang mereka sudah saling tidak berhutang dengan syarat dia tidak memberitahu sesiapa tentang rogol tersebut dan berjanji untuk meninggalkan Los Angeles untuk selama-lamanya. Butch menyambut Fabienne dengan sebuah chopper milik Zed.
"Situasi Bonnie"
[sunting | sunting sumber]Selepas Vincent dan Jules menembak mati Brett, seorang lelaki keluar dari bilik air dan kemudiannya menembak secara rambang tanpa sebiji peluru pun mengenai mereka. Jules dan Vincent menembak lelaki tersebut. Jules menyatakan ia merupakan sebuah keajaiban yang mereka tidak tertembak, di mana Vincent tidak menyetujuinya.
Semasa Jules memandu, Vincent secara tidak sengaja telah menembak Marvin salah seorang rakan sekutu Brett, di bahagian muka. Mereka menyembunyikan kereta tersebut di rumah rakan sekutu mereka, Jimmie, yang bertegas bahawa mereka seharusnya menyelesaikan masalah tersebut sebelum isterinya Bonnie sampai di rumah. Marsellus menghantar seorang "pembersihnya", Winston Wolfe yang mengarah Jules dan Vincent untuk membersihkan kereta itu, menyembunyikan mayat di dalam but kereta dan membuang pakaian berdarah mereka. Mereka memandu kereta itu ke sebuah tapak pelupusan kereta dan kemudiannya mengambil keputusan untuk bersarapan pagi.
"Epilog - Premis Makanan"
[sunting | sunting sumber]Di dalam premis makanan di mana mereka bersarapan pagi, Jules menyatakan kepada Vincent yang dia ingin bersara dari kehidupan jenayah dan mengambil peristiwa ajaib itu sebagai tanda. Semasa Vincent berada di bilik air, Honey Bunny dan Pumpkin menawan premis tersebut. Apabila Jules memeras ugut Pumpkin dengan pistol, Honey Bunny mengalami histeria dan menumpukan pistolnya ke arah Jules. Vincent kembali dari bilik air dan juga mengarahkan pistol ke Honey Bunny, satu stail seri Mexico. Jules membaca satu perenggan kitab dan mempunyai perasaan konflik tentang kehidupan jenayahnya dan membenarkan perompak untuk mengambil wangnya dan pergi. Dia dan Vincent meninggalkan premis makanan dengan beg tersebut.