Pusat Luncur Laju Nasional
Pusat Luncur Laju Nasional | |
---|---|
Reben Ais | |
National Speed Skating Oval Beijing 2.jpg | |
Lokasi | Olympic Green, Daerah Chaoyang, Beijing, China |
Koordinat | 40°0′57.21″N 116°22′17.09″E / 40.0158917°N 116.3714139°EKoordinat: 40°0′57.21″N 116°22′17.09″E / 40.0158917°N 116.3714139°E |
Pecah tanah | April 2017[1] |
Dibuka | 8 Oktober 2021[2] |
Arkitek | Populous Institut Reka Bentuk Seni Bina Beijing |
Kapasiti | 12,000 seats (sementara) 6,800 (kekal) |
Penyewa | |
Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 |
Pusat Luncur Laju Nasional atau Bujur Luncur Laju Nasional (Cina: 国家速滑馆, bahasa Inggeris: National Speed Skating Oval ), juga dikenali sebagai "Reben Ais" (Cina: 冰丝带) merupakan arena luncur laju yang dibina di Olympic Green, Beijing untuk menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022. Pusat ini telah menganjurkan pertandingan luncur laju semasa temasya tersebut.[3] Pusat ini dibina di atas tapak bekas Padang Olimpik Hoki yang menganjurkan acara hoki padang dan Padang Olimpik Memanah yang menganjurkan acara memanah ketika Sukan Olimpik 2008. Pusat ini merupakan satu-satunya bangunan baharu yang dibina untuk Sukan Olimpik 2022.[4]
Pusat ini mempunyai 12,000 tempat duduk (6,800 sementara dan 5,200 tempat duduk kekal). Selepas temasya tersebut, pusat ini akan diubah kepada gelanggang luncur ais awam dan untuk kelab hoki ais.
Direka oleh Populous dan Institut Reka Bentuk Seni Bina Beijing, pusat ini mula dibina pada tengah tahun 2017, dan disiapkan pada 2019.[5] Pertandingan pertamanya telah diadakan pada 8 Oktober 2021.[2] Pusat ini berluas 12,000 meter2 dan merupakan arena luncur laju terbesar di Asia. Mukanya diserlahkan oleh 22 "reben ais" yang masing-masing berpanjang 622 meter. Tingkat duanya mempunyai satu sistem dinding langsir berlengkung yang berilham Kuil Syurga. Pusat ini juga merupakan salah satu arena ais pertama yang menggunakan karbon dioksida sebagai penyejuk.[6]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada 6 Jun 2016, Jawatankuasa Pengelola Sukan Olimpik dan Paralimpik Beijing 2022 telah mengadakan sebuah pertandingan antarabangsa untuk menentukan konsep seni bina Pusat Luncur Laju Nasional.[7] Setakat 20 Oktober, sebanyak 12 firma seni bina telah menghantar usul mereka kepada pihak penganjur.[8] Pertandingan tersebut akhirnya dimenangi oleh syarikat seni bina Populous.[9]
Projek pembinaan telah bermula pada 22 Januari 2018.[10] Pada akhir bulan Jun 2018, kesemua pembinaan struktur bawah tanah bagi pusat tersebut telah disiapkan dan projek pembinaan struktur utama telah bermula.[11] Pembinaan fasa tersebut telah disiapkan pada 30 September 2018.[12] Pada 31 Disember 2019, projek pembinaan bumbung dan muka luar bangunan tersebut telah tamat.[13] Pemasangan peralatan elektromekanik telah bermula pada Januari 2020[14] dan projek pembinaan telah disiapkan pada 25 Disember 2020.[15]
Teknologi
[sunting | sunting sumber]Pusat ini merupakan salah satu arena bersaiz besar di dunia yang menggunakan CO2 sebagai penyejuk. CO2 telah digunakan sebagai penyejuk dalam sistem penyejukan dan penyejuk sekunder dalam sistem pengedaran penyejukan, termasuklah paip gelanggang. Arena ini telah dilengkapi dengan sebuah fungsi pemulihan haba, yang boleh menampung permintaan pemanasan area seperti ventilasi, penyahlembapan udara, penghasilan air panas dan sebagainya. Rak penyejuk CO2 itu, termasuk mesin penyejuk, mempunyai kapasiti penyejukan maksimum sebanyak 4 megawatt.[6]
Seni bina
[sunting | sunting sumber]Tapak bangunan ini berluas 17 hektar[16] dan mempunyai tiga balapan sepanjang 400 m beserta dengan sebuah permukaan ais yang berluas 1.2 juta m2.[17] Di luar bangunan, 22 lembar bercahaya (atau reben) mengelilingi bangunan tersebut yang bertinggi 33.8 meter. Ketika waktu malam, lembar-lembar itu akan menjadi sebahagian daripada persembahan cahaya di pusat itu.[16] Kebanyakan inspirasi bagi reka bentuknya berasal dari ingatan Tiric Chang, Wakil Populous di China dan Pengarah Projek bersama bagi pembinaan pusat ini. Kebanyakan reka bentuknya berilham daripada "gasing ais", sebuah pemainan tradisional yang dimain oleh Chang bersama rakannya di gelanggang ais Taman Shichahai semasa zaman kanak-kanaknya. Unsur reben pula merujuk kepada kegiatan menghasilkan dan memeliharakan seni Groto Dunhuang, satu seni Buddha yang berasal dari Dinasti Tang, yang diamalkan oleh keluarganya.[4]
Rekod balapan
[sunting | sunting sumber]Lelaki
[sunting | sunting sumber]Acara | Masa | Nama | Negara | Tarikh | Pertandingan | Rujukan |
---|---|---|---|---|---|---|
500 meter | 34.32 | Gao Tingyu | Republik Rakyat China | 12 Februar 2022 | Sukan Olimpik | [18] |
1000 meter | 1:07.92 | Thomas Krol | Belanda | 18 Februari 2022 | Sukan Olimpik | [19] |
1500 meter | 1:43.21 | Kjeld Nuis | Belanda | 8 Februari 2022 | Sukan Olimpik | [20] |
5000 meter | 6.08.84 | Nils van der Poel | Sweden | 6 Februari 2022 | Sukan Olimpik | [21] |
10000 meter | 12:30.74 | Nils van der Poel | Sweden | 11 Februari 2022 | Sukan Olimpik | [22] |
Kejar-mengejar berpasukan (8 pusingan) |
3:36.62 | Daniil Aldoshkin Sergey Trofimov Ruslan Zakharov |
ROC | 15 Februari 2022 | Sukan Olimpik | [23] |
Perempuan
[sunting | sunting sumber]Acara | Masa | Nama | Negara | Tarikh | Pertandingan | Rujukan |
---|---|---|---|---|---|---|
500 meter | 37.04 | Erin Jackson | Amerika Syarikat | 13 Februari 2022 | Sukan Olimpik | [24] |
1000 meter | 1:13.19 | Miho Takagi | Jepun | 17 Februari 2022 | Sukan Olimpik | [25] |
1500 meter | 1:53.28 | Ireen Wüst | Belanda | 7 Februari 2022 | Sukan Olimpik | [26] |
3000 meter | 3:56.93 | Irene Schouten | Belanda | 5 Februari 2022 | Sukan Olimpik | [27] |
5000 meter | 6:43.51 | Irene Schouten | Belanda | 10 Februari 2022 | Sukan Olimpik | [28] |
Kejar-mengejar berpasukan (6 pusingan) |
2.53.44 | Ivanie Blondin Valérie Maltais Isabelle Weidemann |
Kanada | 15 Februari 2022 | Sukan Olimpik | [29] |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Etchells, Daniel (5 Ogos 2019). "China's National Speed Skating Oval to be open all year round after Beijing 2022". Inside the Games. Dicapai pada 4 Jun 2022.
- ^ a b ""冰丝带"迎来首场国际比赛". beijing2022.cn. 2021-10-08.
- ^ Buku bidaan Olimpik Beijing
- ^ a b Frearson, Amy (28 Januari 2022). "Populous completes Ice Ribbon arena for Beijing 2022 Winter Olympics". Dezeen. Dicapai pada 6 Jun 2022.
- ^ Populous To Design Beijing’s National Speed Skating Oval For 2022 Winter Olympic Games
- ^ a b Bolteau, Simon (2022-01-03). "EKA contributes to the best possible ice for the Olympic arena in Beijing". EKA Sweden (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-02-05.
- ^ "国家速滑馆飘起"冰丝带"(事件新闻)" ["Reben Ais" melayang-layang di Pusat Luncur Laju Nasional (Berita Peristiwa)]. Xinhua (dalam bahasa Cina). 26 April 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Julai 2019.
- ^ "冬奥国家速滑馆明年4月开建" [Pembinaan Pusat Luncur Laju Nasional akan bermula pada April tahun depan]. Beijing 2022 (dalam bahasa Cina). 13 Oktober 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jun 2022. Dicapai pada 6 Jun 2022.
- ^ Chang, Tiric (2 Mei 2017). "Populous To Design Beijing's National Speed Skating Oval For 2022 Winter Olympic Games". Populous (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Februari 2022. Dicapai pada 6 Jun 2017.
- ^ "冰丝带如何创世界体育场馆之最" [Bagaimanakah Reben Ais mencipta rekod dunia]. Xinhua (dalam bahasa Cina). 5 November 2021. Dicapai pada 6 Jun 2022.
- ^ "冬奥场馆已进入全面建设阶段" [Tempat pertandingan Sukan Olimpik Musim Sejuk telah masuk fasa pembinaan berskala penuh]. China News (dalam bahasa Cina). 19 Julai 2018.
- ^ "国家速滑馆混凝土主体结构完成" [Struktur konkrit utama Pusat Luncur Laju Nasional telah disiapkan]. Pemerintah Republik Rakyat China (dalam bahasa Cina). 1 Oktober 2018. Dicapai pada 6 Jun 2022.
- ^ "国家速滑馆"冰丝带"整体亮相 2020年6月完工并达到北京冬奥会测试赛需求" [Struktur keseluruhan Pusat Luncur Laju Nasional "Reben Ais" dikemukakan - Akan disiapkan dan mencapai keperluan pertandingan ujian Beijing 2022 pada Jun 2020]. Kerajaan Rakyat Perbandaran Beijing (dalam bahasa Cina). 2 Januari 2020. Dicapai pada 6 Jun 2022.
- ^ "北京市北京冬奥会和冬残奥会所有竞赛场馆2020年将全部完工" [Kesemua tempat pertandingan Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing akan disiapkan pada 2020]. Kerajaan Republik Rakyat China (dalam bahasa Cina). 12 Januari 2020. Dicapai pada 6 Jun 2022.
- ^ "国家速滑馆完工"冰丝带"舞起来 下月制作"最快的冰"" [Pusat Luncur Laju Nasional disiapkan - "Reben Ais" berkibar-kibar - "Ais tercepat" akan dihasilkan pada bulan depan]. Xinhua (dalam bahasa Cina). 26 Disember 2020. Dicapai pada 6 Jun 2022.
|archive-url=
is malformed: timestamp (bantuan) - ^ a b "National Speed Skating Oval". Populous. Dicapai pada 6 Jun 2022.
- ^ "国家速滑馆"冰丝带"首次制冰取得成功" [Penghasilan ais pertama Pusat Luncur Laju Nasional "Reben Ais" telah berjaya]. Xinhua (dalam bahasa Cina). 22 Januari 2021. Dicapai pada 6 Jun 2022.
- ^ "Speed Skating – Men's 500m – Results" (PDF). media.isuresults.eu. 12 Februari 2022. Dicapai pada 12 Februari 2022.
- ^ "Speed Skating – Men's 1000m – Results" (PDF). media.isuresults.eu. 18 Februari 2022. Dicapai pada 19 Februari 2022.
- ^ "Speed Skating – Men's 1500m – Results" (PDF). media.isuresults.eu. 8 Februari 2022. Dicapai pada 8 Februari 2022.
- ^ "Speed Skating – Men's 5000m – Results" (PDF). media.isuresults.eu. 6 Februari 2022. Dicapai pada 6 Februari 2022.
- ^ "Speed Skating – Men's 10,000m – Results" (PDF). media.isuresults.eu. 11 Februari 2022. Dicapai pada 11 Februari 2022.
- ^ "Speed Skating – Men's Team Pursuit – Semifinals – Results" (PDF). media.isuresults.eu. 15 Februari 2022. Dicapai pada 15 Februari 2022.
- ^ "Speed Skating – Women's 500m – Results" (PDF). media.isuresults.eu. 13 Februari 2022. Dicapai pada 13 Februari 2022.
- ^ "Speed Skating – Women's 1000m – Results" (PDF). media.isuresults.eu. 17 Februari 2022. Dicapai pada 17 Februari 2022.
- ^ "Speed Skating – Women's 1500m – Results" (PDF). media.isuresults.eu. 7 Februari 2022. Dicapai pada 7 Februari 2022.
- ^ "Speed Skating – Women's 3000m – Results" (PDF). media.isuresults.eu. 5 Februari 2022. Dicapai pada 5 Februari 2022.
- ^ "Speed Skating – Women's 5000m – Results" (PDF). media.isuresults.eu. 10 Februari 2022. Dicapai pada 10 Februari 2022.
- ^ "Speed Skating – Women's Team Pursuit – Finals – Results" (PDF). media.isuresults.eu. 15 Februari 2022. Dicapai pada 15 Februari 2022.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Pusat Luncur Laju Nasional. |