Pergi ke kandungan

Rom kuno

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Rom Purba
Kawasan di bawah penguasaan Rom

Rom Purba[1] atau Rom Kuno[2] merupakan sebuah peradaban yang bertumbuh daripada sebuah komuniti pertanian yang kecil yang diasaskan tepi Sungai Tiber di Rum (yakni "Rumawi", Jawi: روماوي),[3] pusat Semenanjung Itali pada sekitar abad ke-9 SM. Dalam tempoh dua belas abad kewujudannya, peradaban ini beralih daripada sebuah pemerintahan beraja kepada sebuah republik berasaskan gabungan oligarki serta demokrasi, dan kemudian menjadi sebuah empayar autokratik yang besar. Empayar Rom menguasai Eropah Barat dan seluruh kawasan yang mengelilingi Laut Mediterranean melalui penaklukan dan asimilasi.

Empayar Rom akhirnya merosot. Bahagian separuh barat empayar itu, termasuk Hispania, Gallia, dan Italia, berpisah menjadi kerajaan-kerajaan yang merdeka pada abad ke-5. Empayar Timur yang diperintah dari Kustantiniyah biasanya dirujuk sebagai Empayar Byzantium selepas tahun 476, tarikh tradisi untuk 'kejatuhan Rom' dan permulaan Zaman Pertengahan Awal yang juga dikenali sebagai Zaman Kelam.

Peradaban Rom seringnya digolongkan ke dalam "baharian klasik" bersama-sama dengan Yunani, sebuah peradaban yang banyak mengilhami kebudayaan Rom Kuno. Rom Kuno banyak menyumbangkan kepada perkembangan undang-undang, peperangan, seni, kesusasteraan, seni bina, teknologi, dan bahasa di dunia Barat, dengan sejarahnya masih amat mempengaruhi dunia pada hari ini.

Maklumat lanjut: Sejarah Rom dan Garis masa Rom Kuno

Pemerintahan beraja

[sunting | sunting sumber]
Menurut legenda, Rom diasaskan pada tahun 753 SM oleh Romulus dan Remus yang dibesarkan oleh seekor serigala betina.

Menurut legenda, Rom diasaskan pada 21 April 753 SM oleh Romulus dan Remus, dua anak kembar keturunan Aeneas, putera Troia.[4] Numitor dari Alba Longa, raja Latin, digulingkan oleh Amulius, saudara kandungnya yang zalim dan Rhea Silvia, puteri Numitor, melahirkan Romulus dan Remus. [5][6] Raja baru takut bahawa Romulus dan Remus akan menuntut takhta dan oleh itu, merancang untuk membenamkan mereka ke dalam air sehingga mati. [6] Seekor serigala betina (atau seorang isteri gembala, menurut sesetengah huraian) menyelamatkan serta membesarkan mereka. Apabila mereka cukup tua, mereka mengembalikan takhta Alba Longa kepada Numitor. [7][8]

Romulus dan Remus kemudian mengasaskan kota sendiri, tetapi Romulus membunuh Remus dalam sebuah pergaduhan tentang siapakah yang harus menjadi raja pertama antara tujuh orang raja Rom, serta juga nama siapakah yang harus dipergunakan untuk menamai kota itu. [9] Oleh sebab kota itu tidak mempunyai sebarang perempuan, legenda mengatakan bahawa orang Latin menjemput orang Sabines ke sebuah perayaan dan kemudian mencuri anak-anak dara mereka dan dengan itu, menyepadukan orang Latin dengan orang Sabines. [10]

Kota Rom bertumbuh daripada petempatan-petempatan di sekitar harungan Sungai Tiber yang merupakan persimpangan lalu lintas dan perdagangan. [7] Menurut bukti arkeologi, desa Rom ini mungkin diasaskan pada abad ke-8 SM, walaupun ia mungkin juga diasaskan di atas Bukit Paltine sejak abad ke-10 SM lagi oleh puak Latin dari Itali. [11][12] Orang Etruria yang dahulu menetap di utara Etruria kelihatan memantapkan kedudukan politik mereka di kawasan ini menjelang akhir abad ke-7 dan membentuk sebuah golongan bangsawan dan raja. Mereka jelasnya hilang kuasa di kawasan ini menjelang akhir abad ke-6 dan pada saat ini, puak-puak Latin dan Sabine yang asal merekacipta semula pemerintahan mereka melalui penciptaan sebuah republik, dengan lebih banyak sekatan terhadap kebolehan raja-raja mereka untuk menggunakan kuasa. [13]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]


  1. ^ Contoh kata sifat "purba" digunakan:
    • Catel, Patrick (2017). Perkaitan Antara Dahulu dengan Sekarang: Apakah Peninggalan Orang Rom Purba untuk Saya? Diterjemahkan oleh Mohd Suhaimi Mohd Nizam. Institut Terjemahan Buku Malaysia. ISBN 9789674604714
  2. ^ Contoh kata sifat "kuno" digunakan di:
    • Mohamed Anwar Omar Din (21 Ogos 1995). "Pembaratan dalam Bahasa dan Kesusasteraan Melayu". Kongres Bahasa Melayu Sedunia. m/s 108-31. Universiti Putra Malaysia, Serdang.
  3. ^ "Rumawi". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  4. ^ Adkins, 1998. m.s. 3.
  5. ^ Pengasasan Rom. Dicapai pada 2007-3-8.
  6. ^ a b Livy, 1998. m.s. 8.
  7. ^ a b Durant, 1944. m.s. 12-14. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "CaesarandChrist" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  8. ^ Livy, 1998. m.s. 9-10.
  9. ^ Livy, 1998. m.s. 10-11.
  10. ^ Mitos dan Legenda – Rom, Serigala, dan Marikh. Dicapai pada 2007-3-8.
  11. ^ [Matyszak, 2003. m.s. 19.
  12. ^ Duiker, 2001. m.s. 129.
  13. ^ Ancient Rome and the Roman Empire oleh Michael Kerrigan. Dorling Kindersley, London: 2001. ISBN 0-7894-8153-7. m.s. 12.
  • Adkins, Lesley (1998). Handbook to Life in Ancient Rome. Oxford: Percetakan Universiti Oxford. ISBN 0-19-512332-8. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  • Casson, Lionel (1998). Everyday Life in Ancient Rome. Baltimore: Percetakan Universiti John Hopkins. ISBN 0-8018-5992-1.
  • Duiker, William (2001). World History (ed. Edisi ketiga). Wadsworth. ISBN 0-534-57168-9. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  • Durant, Will (1944). The Story of Civilization, Volume III: Caesar and Christ. Simon dan Schuster, Inc.
  • Elton, Hugh (1996). Warfare in Roman Europe AD350-425. Oxford: Percetakan Universiti Oxford. 0-19-815241-8.
  • Flower (editor), Harriet I. (2004). The Cambridge Companion to the Roman Republic. Cambridge, U.K.: Percetakan Universiti Cambridge. 0-521-00390-3.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  • Edward Gibbon, The History of the Decline and Fall of the Roman Empire
  • Goldsworthy, Adrian Keith (2003). The Complete Roman Army. London: Thames dan Hudson, Ltd. 0-500-05124-0.
  • Goldsworthy, Adrian Keith (1996). The Roman Army at War 100BC-AD200. Oxford: Percetakan Universiti Oxford. 0-19-815057-1.
  • Grant, Michael (2005). Cities of Vesuvius: Pompeii and Herculaneum. London: Percetakan Phoenix. ISBN 1-898800-45-6.
  • Haywood, Richard (1971). The Ancient World. David McKay Company, Inc.
  • Keegan, John (1993). A History of Warfare. New York: Alfred A. Knopf. 0-394-58801-0.
  • Livy. The Rise of Rome, Books 1-5, diterjemahkan daripada bahasa Latin oleh T.J. Luce, 1998. Oxford World's Classics. Oxford: Percetakan Universiti Oxford. ISBN 0-19-282296-9.
  • Mackay, Christopher S. (2004). Ancient Rome: A Military and Political History. Cambridge, U.K.: Percetakan Universiti Cambridge. ISBN 0-521-80918-5.
  • Matyszak, Philip (2003). Chronicle of the Roman Republic. London: Thames & Hudson, Ltd. ISBN 0-500-05121-6.
  • O'Connell, Robert (1989). Of Arms and Men: A History of War, Weapons, and Aggression. Oxford: Percetakan Universiti Oxford. ISBN 0-19-505359-1.
  • Scarre, Chris (1995). The Penguin Historical Atlas of Ancient Rome. Penguin Books. ISBN 0-14-051329-9. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  • Scullard, H. H. (1982). From the Gracchi to Nero. (edisi ke-5). Routledge. ISBN 0-415-02527-3.
  • Werner, Paul (1978). Life in Rome in Ancient Times. diterjemahkan oleh David Macrae. Geneva: Edisi Minerva S.A.
  • Willis, Roy (2000). World Mythology: The Illustrated Guide. Collingwood, Victoria: Ken Fin Books. ISBN 1-86458-089-5.
  • Cassius Dio. "Rom Dio, Jilid V, Buku-buku 61-76 ([[54]] - [[211]])". Dicapai pada 2006-12-17. URL–wikilink conflict (bantuan)

Bacaan tambahan

[sunting | sunting sumber]
  • Cowell, Frank Richard. Life in Ancient Rome. New York: G.P. Putnam's Sons, 1961 (kulit lembut, ISBN 0-399-50328-5).
  • Gabucci, Ada. Rome (Dictionaries of Civilizations; 2). Berkekely: Percetakan Universiti California, 2007 (kulit lembut, ISBN 0-520-25265-9).
  • Wyke, Maria. Projecting the Past: Ancient Rome, Cinema, and History. New York; London: Routledge, 1997 (kulit tebal, ISBN 0-415-90613-X, kulit lembut, ISBN 0-415-91614-8).

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]