Sama Veda
Pengenalan
[sunting | sunting sumber]Samaveda (Sanskrit: सामवेद, sāmaveda, dari sāman "lagu" dan veda "ilmu"), adalah sebuah teks klasik Sanskrit yang menjadi sebahagian kitab-kitab suci Hinduisme. Sāma merupakan Veda ketiga yang diturunkan oleh Veda Vyasa kepada Jaimini.
Secara etimologi, perkataan 'Sāma' bermaksud 'sesuatu yang menghapuskan duka dengan kemerduannya; sebuah lagu'. 'Sa' bermaksud rk, iaitu satu mantra Rig Veda, 'Ama' pula bermaksud pelbagai jenis nota muzik. Maka, satu 'Sāman' adalah satu mantra Rig Veda Samhita yang disusun menurut sistem Saptasvara (tujuh nota asas muzik India) . Semua mantra-mantra Rig Veda, yang berguna untuk sami-sami Udgatr, telah dikumpul dalam Sāma Veda untuk dinyanyikan di tempat-tempat yang sesuai semasa upacara pemujaan.[1]
Berbeza dengan mantra dalam Veda-Veda lain, mantra dalam Sāma Veda yang dinamakan Sāman, telah disusun mengikut sistem Saptasvara (tujuh nota asas muzik India). Oleh itu, Sāma Veda juga diangggap sebagai asas muzik klasik India.
Brihadāranyaka Upanishad memberikan definisi Sāma sebagai suatu rk (ayat suci Rig Veda) yang disetalakan mengikut pelbagai tiun muzik. Maka, Sāma ialah ayat-ayat suci Rig Veda yang telah disetalakan dengan tuin muzik seperti yang dinyatakan oleh karya-karya khas seperti Nāradiyasikshā.
Walau bagaimanapun, rk yang sama boleh dinyanyikan dalam pelbagai tuin berbeza, dan menghasilkan Sāma yang berbeza. Maka, Sāma begini boleh berjumlah daripada satu hingga lapan belas! Menurut suatu kiraan, terdapat 1875 rk dan 2639 sāma dalam teks Sāma Veda yang wujud pada masa ini.[2]
Sāma Veda dianggap sebagai asal-usul muzik tradisional India, meskipun sukar untuk menguasainya. Disebabkan kemerduan, nilai kesusasteraan yang unggul (sebagai suatu puisi yang hebat) serta idea-idea Bhakti atau cinta pada Tuhan yang murni, Sāma Veda, sesungguhnya telah menjadi sebuah kitab suci Veda yang popular.
Klasifikasi
[sunting | sunting sumber]Meskipun dikatakan terdapat 1000 Sākha atau cabang-cabang Veda ini, namun, hanya tiga yang masih wujud iaitu Kauthuma, Ranayaniya, dan Jaiminiya.[3]
Veda ini dibahagikan kepada dua bahagian iatu:
- Arcika dengan 585 mantra atau ayat-ayat suci.
- Uttararcika dengan 964 mantra.
Veda ini mempunyai sembilan Brahmana dan yang paling besar dan penting ialah Tāndya Mahā Brāhmana.
Hanya satu Aranyaka sahaja masih wujud dalam Veda ini iaitu Talavakara atau Jaiminiya Aranyaka.
Sāma Veda juga mengandungi dua Upanishad yang popular iaitu Chandogya Upanishad dan Kena Upanishad. Upanishad minor yang lain ialah:
- Arunopanishad
- Jabaladarsanopanishad
- Jabalyupanishad
- Mahopanishad
- Vasudevopanishad
Selain itu, Sāma Veda juga mengandungi Gobhila Grhyasutras, Jaiminiya Grhyasutras dan Gautama Dharmasutras.
Ulasan-Ulasan
[sunting | sunting sumber]Bagi memudahkan pemahaman Veda ini, beberapa ulasan telah diberikan. Ulasan-ulasan ini penulis berikut masih wujud, meskipun ada di antaranya masih dalam bentuk manuskrip:
- Mādhava Pandita (630 Masihi)
- Guna Vishnu (kurun ke-12 Masihi)
- Bharata Swamin (1300 Masihi)
- Maha Swamin (kurun ke-13 Masihi)
- Sāyana (1315-1387 Masihi)
- Sobhakara Bhatta (kira-kira 1400 Masihi)
- Suryadaivajna (kira-kira 1502 Masihi)
Kesimpulan
[sunting | sunting sumber]Sāma Veda telah disanjung tinggi dalam Veda-Veda lain.[4][5] Sri Krishna, ketika menghuraikan tentang diri-Nya dalam Bhagavad Gita berkata, 'Dalam kalangan Veda, Aku adalah Sāma Veda'.[6]
Oleh kerana mantra-mantra Sāma Veda adalah sebenarnya mantra-mantra Rig Veda yang disusun dengan muzik, ia tidak mempunyai sebarang falsafahnya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, beberapa Sāma memberikan idea-idea Bhakti atau cinta pada Tuhan yang sangat mulia.
Meskipun karya ini hanya pendek, tetapi dengan muziknya yang merdu, nilai kesusasteraan yang tinggi serta sentimen Bhakti yang mulia, Sāma Veda telah menjadi suatu Veda yang popular.
Pautan Luar
[sunting | sunting sumber]http://www.sacred-texts.com/hin/sv.htm
http://sanskritweb.net/samaveda/index.html
http://sanskrit.safire.com/SamaVeda.html