Sejarah Iceland
Manusia pertama yang tinggal di Iceland adalah para pendeta Ireland yang datang pada awal abad ke-9. Pada pertengahan abad ke-9, bangsa Viking bermigrasi dan tinggal di Iceland. Viking pertama yang tinggal di Iceland adalah Flóki Vilgerðarson. Dialah yang memberi Iceland nama seperti sekarang. Ingólfur Arnarson, seorang ketua suku dari Norway, tinggal dan menetap di barat daya Iceland dan mendirikan kota Reykjavik.
Sekitar tahun 930-an, para penguasa Iceland mulai menulis perlembagaan negara mereka. Mereka membuat apa yang dinamakan Althing, sejenis parlimen yang berpusat di bandar Þingvellir. Iceland dapat dikatakan sebagai negara bersistem demokrasi tertua yang masih bertahan sehingga kini.
Pada tahun 985, Eiríkr yang Merah diasingkan dari Iceland kerana telah membunuh seseorang. Dia lalu berlayar ke barat dan menemui Greenland. Anaknya Leifr orang Eropah pertama menemui Amerika pada tahun 1000 dan menamakannya Vinland. Perjalanan Eiríkr, Leifr, dan para pengikut mereka dikisahkan dalam sebuah saga.
Pada tahun 1262, Iceland menjadi sebahagian dari Norway hingga pada tahun 1814 Iceland menjadi sebahagian dari Denmark. Pada akhir abad ke-19, banyak penduduk Iceland yang ingin kemerdekaan dari Denmark. Pada tahun 1918, Iceland mendapatkan kedaulatannya, tetapi raja Denmark masih berdaulat menjadi raja Iceland.
Ketika Jerman menduduki Denmark pada 9 April 1940, Althing memutuskan bahawa Iceland adalah milik rakyat Iceland. Akan tetapi, mereka masih belum mendeklarasikan kemerdekaan pada saat itu. Tentara Inggeris dan menyusul kemudian Amerika Syarikat berinisiatif untuk menduduki Iceland supaya tidak diserang Jerman. Pada tahun 1944, Iceland akhirnya mendeklarasikan kemerdekaannya.
Setalah Perang Dunia Kedua, Iceland menjadi anggota NATO, tetapi tidak menjadi anggota Kesatuan Eropah. Antara tahun 1958 sehingga 1976, terjadi tiga kali perselisihan faham antara Iceland dengan United Kingdom tentang siapa yang berhak mengambil ikan kod dari perairan di sekitar Iceland. Peperangan tersebut disebut Perang Kod. Tidak ada korban dalam perang tersebut. Pada tahun 1980, Vigdís Finnbogadóttir terpilih menjadi presiden. Dia merupakan presiden wanita pertama di Iceland.