Sherie Merlis
Sherie Merlis | |
---|---|
Kelahiran | Sharifah Saadah binti Wan Zainal Abidin 23 Oktober 1972 |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1990–kini |
Pasangan |
|
Anak-anak | 4 |
Ibu | Raden Aini binti Raden Kasron |
Bapa | Wan Zainal Abidin bin Tuanku Habib Kassim |
Sherie Merlis (Jawi: شريفة سعادة بنت زين العابدين; lahir Sharifah Saadah binti Wan Zainal Abidin; 23 Oktober 1972) ialah seorang pelakon wanita Malaysia.[1] Beliau banyak bergiat aktif di televisyen dan filem dan pernah dicalonkan dalam Festival Filem Malaysia, Anugerah Skrin dan Anugerah Filem Asia.[2][3][4]
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Dilahirkan di Sibu, Sarawak, Sherie merupakan anak ketiga daripada 5 beradik kepada pasangan Wan Zainal Abidin bin Tuanku Habib Kassim dan Raden Aini binti Raden Kasron. Sherie berketurunan Arab dan Melayu melalui ayahnya. Sebelah ibunya pula adalah berketurunan Melayu dari Pontianak, Indonesia dan berketurunan Cina dari Yunnan, China. Hanya diketahui bahawa nenek moyang aslinya dari sebelah ibunya merupakan seorang bangsawan Kesultanan Pontianak dari Borneo.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Sewaktu kecil, Sherie sering menonton filem dengan keluarganya dan kemudian menjelaskan bahawa hal ini telah memberikan inspirasi kepada minatnya dalam lakonan. Pada umur 19 tahun, Sherie mula bekerja sebagai pelakon di Kuala Lumpur.
Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 1990 menerusi filem Part-Time dan sejak itu beliau terus aktif berlakon dalam televisyen dan filem.[5] Pada tahun 2014, Sherie membuat penampilan teater pertama dengan muncul dalam pementasan teater Surat Sabariah yang berlangsung di KLPac dengan memegang watak sebagai Sabariah.[6][7]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Sherie Merlis berkahwin sebanyak dua kali. Beliau sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Esma Daniel dari 1992 hingga 1997 dan dikurniakan dua anak.[8]
Pada 2 Januari 2012, Sherie berkahwin dengan penerbit muzik yang juga bekas suami Dira Abu Zahar, Tengku Shafiz Rullah As Syafiee atau Ash.[9][10] Hasil perkahwinan mereka, dua orang cahaya mata telah dikurniakan iaitu Tengku Kaseh Anaqah, lahir pada 1 Julai 2012 dan Tengku Areef Bolkiah As Syafiee, lahir pada 21 Januari 2014.[11]
Bapanya, Wan Zainal Abidin meninggal dunia pada 1 Oktober 2021 akibat serangan jantung.[12]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1990 | Part-Time | Filem pertama | |
2000 | Leftenan Adnan | Tuminah | |
2010 | Janin | Munah | |
2011 | Chow Kit | Mak Salina | |
2013 | Aku Pilih Kamu | Laila | |
2014 | Pintu Neraka | Datin Shereen | |
2018 | Lee Chong Wei: Rise of the Legend | Latifah Sidek | |
2019 | Motif | Suri | |
2020 | Tyickoouns | Ibu Ramona | Penampilan khas |
2022 | Tujuh Hari Di Bawah Matahari | Ibu Emil | Filem pendek |
Talbis Iblis | Bomoh | Penampilan khas | |
2023 | Coast Guard Malaysia: Ops Helang | Khatijah | |
2024 | Mereka Yang Tertewas |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1998 | Dendam Terlerai | TV3 | ||
1998–2002 | Mat Despatch | Sherry | TV1 | |
2009 | Kau Dan Aku | |||
Warkah Terakhir: Rosli Dhobi | Ibot | Astro Citra | Mini series | |
2011 | Lembing & Layang:Senoi Praaq | Shamsiah Fakeh | Cameo, mini series kedua | |
2011 | Geng Surau | Astro Oasis | ||
Cita & Cinta | Mem / Lilie | TV9 | ||
Cinta Strawberi & Coklat | ||||
2012 | Perempuan Neraka | |||
Bila Kucing Menangis | ||||
Sebelum Lima Perkara | ||||
Sebelum Kiamat | ||||
2013 | Karlos | Zai | TV3 | |
Ramadan Yang Hilang | Rahimah | Penampilan khas | ||
2014 | Sehangat Dakapan Mama | |||
Jangan Kafankan Dia | ||||
Malaikat Tersembunyi | ||||
Boria Raya | ||||
Cerita Cinta Kita | Salmah (usia Tua) | TV3 | Penampilan khas | |
30 Hari Puasa | ||||
2015 | Delina | Kina | TV3 | Pelakon undangan |
2016 | Uda & Dara | Zaharah | Astro Prima | |
Tika Langit Terbuka | Astro Oasis | |||
2019 | Ikatan Kasih Pinakol | Rubiah | TV2 | |
2020 | Keluarga Baha Don (Musim 2) | Beh Botani | Viu | Pelakon undangan |
2021 | i-Tanggang | Erma | Astro Citra | |
2022 | Kau Cipta Kasih | Sabariah | TV3 | |
Impian Lara | Kencana | Awesome TV | ||
Teguh | Melissa | TV Okey | ||
2023 | Nenek Bongkok Tiga | Nenek | Viu | |
TBA | Biarlah Aku Cari Pengganti | Ibu Qistina | TV3 | Penampilan khas |
i-Tanggang 2 | Erma | Astro Citra | ||
2024 | Menanti Senja | Khalida | TV3 |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1999 | Boy | TV3 | |
2005 | Hantu Janet | ||
2006 | Dee & Moon | ||
2009 | Memoir Aisyah | Aisyah (Dewasa) | TV3 |
2011 | Di Terlapak Kaki Bonda | ||
Sebelum Lima Perkara | Alyah | ||
2016 | Maafkan Saya Cikgu | Zubaida | |
2018 | Hari Terakhir Seorang Pengurus | Jijah | Astro Citra |
Pendosa Ingin Ke Syurga | Aisyah | TV3 | |
Menantu Nista | Nora | ||
2019 | Terima Kasih Ibu | Zaitun | |
2020 | Rindu Tanpa Batas | ||
Yang Tersembunyi | |||
2022 | Luruh | Rabiah | TV2 |
2024 | Ibu Pinjaman | Datin Rosnah | Astro Ria |
Teater
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
2014 | Surat Sabariah | Persembahan pentas pertama |
2019 | Semarak Pertiwiku[13] | Teater mengenai rasuah |
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2012 | Anugerah Skrin 2012 | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama | Dirinya sendiri | Menang |
2018 | Anugerah Skrin 2018 | Pelakon wanita Terbaik Drama | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Tengku Khalidah Tengku Bidin (26 November 2006). "Selamat tinggal dunia sepi - Sherie Merlis". Utusan Malaysia. Dicapai pada 19 Disember 2015.
- ^ Hanisah Selamat (2 November 2010). "Bernyawa kembali". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-14. Dicapai pada 1 Januari 2011.
- ^ "Sherie Merlis...berhati-hati pilih watak". Utusan Malaysia. 27 Mei 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 17 Jun 2010.
- ^ "Anugerah selepas 24 tahun". Kosmo!. 12 November 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2 Oktober 2013.
- ^ Ramlah Zainal (25 November 2002). "Sherie belum terlewat". Harian Metro. Dicapai pada 4 Disember 2020.
- ^ Syaffique Shuib (21 November 2014). "#SuratSabariah: Sherie Merlis tidak mahu dibayangi lakonan Sarimah". Astro Awani. Dicapai pada 3 September 2015.
- ^ Ridzuan Abdul Rahman (6 Disember 2014). "Menangis kerana Sabariah". Harian Metro. Dicapai pada 6 Disember 2014.
- ^ "Sherie Merlis menghilang?". Berita Minggu. 7 Februari 1993. Dicapai pada 3 September 2018.
- ^ Feride Hikmet Atak (2 Januari 2012). "Ash dan Sherie Merlis selamat diijabkabulkan". mStar Online. Dicapai pada 2 Oktober 2012.
- ^ Rosli Manah (3 Januari 2012). "Sherie-Ash saling mengisi kekosongan". Mangga. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-20. Dicapai pada 26 Mac 2017.
- ^ Khadijah Ibrahim (6 September 2012). "Kaseh pengikat Sherie, Ash". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-17. Dicapai pada 2 Oktober 2012.
- ^ Zaidi Mohamad (1 Oktober 2021). "Bapa Sherie Merlis meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 13 November 2021.
- ^ "Sherie Merlis, Azhan Rani dan Anding antara selebriti yang menjayakan teater tentang rasuah". Malaysiakini. 5 Julai 2019. Dicapai pada 3 September 2019.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kelahiran 1972
- Orang dari Sarawak
- Pelakon wanita Malaysia
- Orang hidup
- Pelakon wanita Malaysia abad ke-20
- Pelakon wanita Malaysia abad ke-21
- Orang Malaysia berketurunan Arab
- Orang Malaysia berketurunan Cina
- Orang Malaysia berketurunan Pontianak, Indonesia
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Pelakon pentas Malaysia
- Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Skrin