Sony Xperia Z5
Sony Xperia Z5 adalah telefon pintar Android yang dihasilkan oleh Sony. Ia adalah sebahagian daripada Sony Xperia Z series. Pada satu saat, peranti pintar ini pernah dikenali sebagai kod nama projek "Sumire". Seterusnya, ia diperkenalkan bersama dengan Xperia Z5 Compact dan Xperia Z5 Premium semasa sidang media di IFA 2015 pada 2 September 2015. Peranti pintar ini dilancarkan secara sedunia di bulan Oktober dan ia akan dilancarkan di Amerika Syarikat sebagai sebuah peranti pintar yang tidak dikunci pada bulan Februari 2016.[1][2] Ia juga adalah pewaris kepada Sony Xperia Z3+.
Serupa dengan model yang sebelumnya, peranti pintar ini dapat kalis air dan tahan habuk dengan IP rating yang setinggi 65 dan 68. Selain itu, ia adalah peranti pintar yang pertama daripada Sony yang mempunyai pembaca cap jari. Ia juga mempunyai kamera yang terdapat 23 Megapixel dengan teknologi Hybrid Autofocus yang hanya memerlukan 0.03 saat untuk autofokus. Teknologi ini mempergunakan phase detection autofocus, teknologi yang sama yang boleh ditemui dalam Xperia M5.[3]
Pada bulan Februari 2016, pengurus pemasaran produk kanan daripada Sony Mobile iaitu Jun Makino mengesahkan bahawa Sony Xperia Z5 akan menjadi telefon pintar yang terakhir di dalam Sony Xperia Z series dan telefon pintar yang seterusnya akan dikenali sebagai Sony Xperia X series.[4] Namun khabar angin ini diberhentikan apabila Ketua Pemasaran Sony, Don Mesa telah menjelaskan bahawa X Series tidak akan menggantikan Z Series.[5]
Spesifikasi
[sunting | sunting sumber]Perkakasan
[sunting | sunting sumber]Tidak sama dengan model yang sebelumnya, reka bentuk Xperia Z5 terdiri daripada rangka aluminium dengan kaca belakang yang dapat mengurangi sidik jari yang muncul di belakang telefon pintar. Peranti pintar ini juga mempunyai IP rating yang setinggi IP65 dan IP68 yang menjaminkan bahawa ia dapat menahan habuk dan kalis air.[6] Peranti pintar ini mempunyai skrin yang sebesar 5.15 inci (13.1 cm) (Dipasarkan sebagai 5.2 inci) dengan resolusi skrin 1080p yang terdapat kepadatan sebanyak 424 ppi yang menampilkan teknologi "Triluminos" daripada Sony.[7] Peranti pintar ini juga dilengkapkan dengan processor 64-bit 2.0 GHz octa-core Qualcomm Snapdragon 810 dengan 3 GB RAM. Peranti pintar ini memiliki penyimpanan memori dalaman yang sebesar 32 GB serta menyokong kartu ekspansi microSD yang sampai 200 GB.[8] Baterinya mempunyai kapasiti yang sebesar 2900 mAh, tetapi bateri ini tidak dapat dikeluarkan.[7]
Kamera belakang Xperia Z5 adalah 23 megapixels dengan ukuran sensor 1/2.3 inci dan apertur f/2.0, menampilkan pengesah gambar yang baru iaitu Sony Exmor RS image sensor, tidak sama dengan pengesah gambar 20.7 megapixels yang digunakan di semua model yang sebelumnya, mulai dari Xperia Z1. Sama dengan Xperia M5, peranti pintar ini juga mempunayi hybrid autofocus yang mempergunakan phase detection autofocus supaya dapat fokus kepada objek dengan hanya 0.03 saat.[9]
Xperia Z5 juga mempunyai reka bentuk yang baru untuk butang power terletak di sisi kanan yang dilengkapkan dengan sistem pembaca cap jari yang dapat digunakan untuk membuka telefon.[10] Namun, sistem pembaca cap jari ini dilumpuhkan di dalam versi Amerika Syarikat [11] disebabkan perkara yang berkaitan dengan "keputusan bisnis",[12] meskipun sistem pembaca cap jari ini dapat dipulihkan dengan mengubahsuai firmware.[13]
Perisian
[sunting | sunting sumber]Xperia Z5 adalah pra dipasang dengan Android Lollipop dengan antaramuka tersendiri daripada Sony dan perisian yang tertentu.[14] Aplikasi yang pra dipasang di Z5 memberikan akses kepada perkhidmatan yang disediakan oleh Google, termasuk Google Play, yang dapat digunakan untuk memuat turun dan mendapatkan aplikasi, musik, filem, dan e-buku.[15]
Sekarang, Xperia Z5 bersiap sedia untuk dinaik taraf kepada Android Marshmallow [1] dan Android Nougat.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Sony Xperia Z5 Compact
- Sony Xperia Z5 Premium
References
[sunting | sunting sumber]- ^ "September 2015 press release". 2 September 2015.
- ^ "Sony Xperia Z5 and Z5 Compact will be officially released in the US next month". Phonearena.com. Phonearena. 14 January 2016. Dicapai pada 16 January 2016.
- ^ "Xperia Z5 announced". Xperia Blog. 2 September 2015.
- ^ http://www.pocket-lint.com/news/136862-sony-exec-confirms-company-will-not-launch-an-xperia-z6
- ^ "Xperia Z6, Xperia C6 release, specs: Xperia Z6 slated to be unveiled at IFA 2016?; Xperia C6 to feature 2GB RAM, 16GB ROM, MediaTek Helio processor". Yibada. 2016-04-19. Dicapai pada 2016-04-19.
- ^ "Hands On with Xperia Z5". AndroidCentral. 3 September 2015. Dicapai pada 26 September 2015.
- ^ a b "Hands on: Xperia Z5 review". Techradar. 3 September 2015. Dicapai pada 26 September 2015.
- ^ "Sony Xperia Z5 hands on". Android Authority. 3 September 2015. Dicapai pada 26 September 2015.
- ^ "Sony Xperia Z5 camera: Sample image and new tech explained". Pocket-lint. 2 September 2015. Dicapai pada 26 September 2015.
- ^ "Xperia Z5 review: Good but not exceptional". The Guardian. 19 September 2015. Dicapai pada 26 September 2015.
- ^ "Xperia Z5 (E6603 and E6653) white paper" (PDF). 7 March 2016. Dicapai pada 7 June 2016.
- ^ "No fingerprint sensor in US Xperia Z5 and Z5 Compact models [Update]". 15 January 2016. Dicapai pada 7 June 2016.
- ^ "E6653 Flash E6603 US Firmware & Enable Fingerprint Scanner". 2 February 2016. Dicapai pada 7 June 2016.
- ^ "Sony Xperia Z5 hands-on: Long time no see". Phonearena. 2 September 2015. Dicapai pada 26 September 2015.
- ^ Richard Devine (14 November 2015). "Sony Xperia Z5 and Xperia Z5 Compact Review". Android Central. Mobile Nations. Dicapai pada 23 January 2016.