Soo Wincci
Kelahiran | |
---|---|
Pusat pendidikan | Universiti Reading Universiti Sunshine Coast Kolej Muzik Berklee Universiti Terbuka Malaysia |
Pekerjaan | Pensyarah, penyanyi, pelakon, pengacara, model, usahawan |
Tahun aktif | 2008-kini |
Pangkat | Miss World Malaysia 2008 |
Pemenang pertandingan kecantikan | |
Warna rambut | Hitam |
Warna mata | Coklat |
Pertandingan utama | Miss Intercontinental Malaysia 2004 (Pemenang tempat pertama) Miss Malaysia Oriental World 2004 (Pemenang tempat kedua) Miss Chinatown Malaysia 2005 (Pemenang tempat pertama) Miss Universe Malaysia 2008 (Top 5) Miss World Malaysia 2008 (Pemenang) Miss World 2008 (Top 19 World Talent Round)(Top 32 Top Model Round) |
Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Soo Wincci (Cina: 苏盈之; pinyin: Sū Yíngzhī; lahir 26 Oktober 1985) merupakan seorang penyanyi, pelakon, pengacara dan model wanita Cina Malaysia. Soo dinobatkan Miss World Malaysia 2008 dan mewakili Malaysia dalam ratu cantik Miss World 2008.[1] Pada tahun 2013, beliau telah dipilih oleh Hollywood Independence Critica sebagai Top 100 wanita yang paling tercantik di dunia. Beliau berkelulusan undang-undang dari Universiti Reading (UK), pemegang MBA dari Universiti Sunshine Coast dan pada masa ini juga seorang pelajar doktor falsafah PhD dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di Universiti Terbuka Malaysia.[2]
Ratu Cantik
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2004, Wincci (ketika itu berusia 19 tahun) memenangi pertandingan ratu Miss Intercontinental Malaysia, dan juga mewakili Malaysia dalam pertandingan ratu Miss Intercontinental di China.[3] Beliau mendapat tempat ketiga dalam pertandingan ratu Miss Malaysia Oriental World di tahun yang sama.[3] Pada tahun 2005, beliau merupakan naib juara kedua dalam pertandingan ratu Miss Chinatown.[4]
Pada tahun 2008, beliau memenangi gelaran Miss World Malaysia dan mewakili Malaysia dalam pertandingan ratu cantik Miss World di Johannesburg, Afrika Selatan.[5] Beliau mara ke separuh akhir untuk Miss World Top Model dan finalis bahagian untuk pertandingan Miss World Talent.[6]
Kerjaya Beliau
[sunting | sunting sumber]2009–2012
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2009, semasa pasca era pertandingan ratu cantik, Soo memulakan kerjaya lakonannya dalam sitkom Cina tempatan NTV7 bertajuk Mr. Siao Mandarin Class. Pada 18 Ogos 2009, Soo mengeluarkan album nyanyian sendiri beliau. [5] Samsung melantik lagu beliau "Beauty with a Purpose" (yang dinyanyikan dalam bahasa Inggeris, Melayu, dan Cina) sebagai tema Samsung LED.
Beliau menerima biasiswa PHD dari Universiti Terbuka Malaysia.[7]
Soo menyertai edisi selebriti MasterChef Malaysia.[8] Rancangan ini membuka kejayaan baru untuk Soo di kalangan penonton Melayu. Segar dari MasterChef, beliau melancarkan EP Melayu bertajuk "Terus Teranglah".[9]
Beliau melancarkan album Antarabangsa Cina yang pertama bertajuk "Happiness" di Taiwan.[10]
2013–2015
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2013, Beliau telah dipilih oleh Hollywood Independence Critic sebagai Top 100 wanita yang paling tercantik di dunia.[10] Pada tahun 2014, Soo mengasaskan syarikat pengurusan bakat sendiri, Beyond Artistes.[11]
2016–kini
[sunting | sunting sumber]Beliau berjaya melengkapkan penyelidikan PhD pada 31 Mei.[2]
Juga pada tahun 2017 dia menulis dan menghasilkan buku pertamanya dan buku audio bertajuk Inwinccible X.[12] Soo juga menjadi penerbit muzik dengan menulis, mengarang dan menghasilkan lagu pop motivasi pertama yang dicipta sendiri berjudul "I Am X A Loser".[13] Beliau mengadakan jelajah bicara motivasi pertamanya yang memberikan ceramah di lebih dua puluh universiti di seluruh Malaysia.[14]
Pada akhir tahun 2017, Soo menerima tawaran dari kampus Berklee College of Music Valencia untuk mendaftarkan diri dalam Master of Music dalam Penerbitan, Teknologi dan Inovasi.[15]
Pada akhir tahun 2023,Soo juga turut menyertai rancangan realiti iaitu The Masked Singer Malaysia Musim keempat sebagai maskot Kak Cat.
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album studio
[sunting | sunting sumber]Tahun | Maklumat album | Senarai lagu |
---|---|---|
2012 | Terus Teranglah |
Senarai runut
|
2012 | Xing Fu Jiu Hao |
Senarai runut
|
2014 | Wincci |
Senarai runut
|
Single
[sunting | sunting sumber]- "Musim Asmara"
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Bahasa | Catatan |
---|---|---|---|---|
2023 | Sumpahan Malam Raya | Peguam | Melayu | Penampilan khas |
2017 | Kau Yang Satu | Isabella | Melayu | |
Sindiket | Jane | Melayu | ||
2014 | Suatu Malam Kubur Berasap 2 | Hantu Amoi Seksi | Melayu |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Bahasa | Catatan |
---|---|---|---|---|
2023 | The Queens's Ploy | |||
The Masked Singer Malaysia (musim 4) | Peserta | Melayu | Sebagai Kak Cat | |
2022 | Sembang Viral (Musim 2) | Artis Jemputan | Melayu | |
2017 | I Am Not A Loser | Cina | ||
2016 | Beautiful World | Cina | ||
2015 | Injustice Stranger | Cina | ||
2014 | Takhta 3 Ratu | Melayu | Telefilem | |
2014 | Untukmu Muhammad | Khadijah | Melayu | Telefilem |
2013 | My Ghost Story Asia (Musim 1) | Inggeris | Episod: "The Singing Ghost" | |
2013 | Biniku Gongxi | Melayu | Telefilem | |
2012 | Backlight Lovers | Cina | Drama taiwan (kameo) | |
2010 | Destiny In Her Hands | Cina | Drama Cina Malaysia, Singapura (peranan pembantu) | |
2009 | Injustice | Cina | Drama Cina Malaysia, Singapura (peranan pembantu) | |
2008 | Mr Siao Mandarin Classes | Cina | Sitkom (kameo) |
Anugerah dan pencapaian
[sunting | sunting sumber]- 2016: The Malaysia Book of Records as "The First Miss World Malaysia To Receive a PhD"[16]
- 2016: JCI Ten Outstanding Young Malaysian (TOYM)[17]
- 2019: The Malaysia Book of Records for "Most Number of Academic Degrees Obtained by a Beauty Queen"[16]
- 2019: The Malaysia Book of Records for "Most Number of Academic Degrees Obtained by a Recording Artiste"[16]
- 2022: The Malaysia Book of Records as "First Miss World Malaysia Appointed As Associate Professor"
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Miss World 2008: Soo Wincci heads for South Africa". MalaysiaKini. 6 November 2008. Dicapai pada 10 July 2019.
- ^ a b You may call her Dr Soo Wincci now, New Straits Times, 9 June 2016
- ^ a b Dream come true, The Sun, Malaysia, 6 November 2008
- ^ "The Wincci Code". thestar.com. Dicapai pada 19 May 2018.
- ^ a b Ex-Miss World Malaysia Soo Wincci launches muhibbah-style mini album Diarkibkan 2012-05-28 di Wayback Machine, The Star (Malaysia), 20 August 2009
- ^ "Artists: Ajai, Soo Wincci & Mistah G". cocacolacompany.com. Dicapai pada 19 May 2018.
- ^ Soo is no sleeping beauty, The Star (Malaysia), 20 November 2010
- ^ Lim, Ruby (21 April 2015). "In the kitchen with Soo Wincci". TheStarOnline. Dicapai pada 13 October 2017.
- ^ "Wincci joins Malay fans in fasting amid album launch". thestar.com. Dicapai pada 19 May 2018.
- ^ a b "Winsome Wincci wins 'em over". thestar.com.my. Dicapai pada 19 May 2018.
- ^ Azam tahun kambing Utusan Malaysia. Dicapai pada 3 Februari 2015.
- ^ "Inwinccible X: The Inwinccible Personal Journey & Strategies". mphonline.com. Dicapai pada 19 May 2018.
- ^ "I Am X A Loser (Motivational Pop Song) Dr. Soo Wincci 蘇盈之 全民激励歌「真心不怕輸」主題曲". youtube.com. Dicapai pada 19 May 2018.
- ^ "Find your Inwinccible X-factor". cybermed.edu. Dicapai pada 19 May 2018.
- ^ "Soo Wincci: Overcoming Challenges to Reach the Top". valencia.berklee.edu. Dicapai pada 19 May 2018.
- ^ a b c Bernard Cheah (8 Julai 2019). "Soo Wincci makes it to Malaysia Book of Records once again with two new entries". The Star. Dicapai pada 9 Julai 2019.
- ^ "10 awarded for excellence in their respective fields". The Star. 28 November 2016. Dicapai pada 9 Julai 2019.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Soo Wincci |