Pergi ke kandungan

Sooronbay Jeenbekov

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sooronbay Jeenbekov
Сооронбай Жээнбеков
President of Kyrgyzstan
Elect
Dijangka mula menjawat
Perdana MenteriSapar Isakov
MenggantikanAlmazbek Atambayev
18th Prime Minister of Kyrgyzstan
PresidenAlmazbek Atambayev
TimbalanCholpon Sultanbekova
Didahului olehTemir Sariyev
Digantikan olehMuhammetkaliy Abulgaziyev (Acting)
Minister of Osh
Perdana MenteriOmurbek Babanov (Acting)
Djoomart Otorbaev
Didahului olehAytmat Kadyrbayev
Digantikan olehTaalaybek Sarybashev
Maklumat peribadi
Lahir
Jeenbekov Sooronbay Sharipovich

(1958-11-16) 16 November 1958 (umur 66)
Biy-Myrza, Soviet Union (now Kyrgyzstan)
Parti politikSocial Democratic Party
Anak3
Tempat belajarKyrgyz National Agrarian University

Sooronbay Sharipovich Jeenbekov (Kyrgyz: Сооронбай Шарипович Жээнбеков, [soːrɔnˈbɑj ʃɑˈripɐvit͡ʃ d͡ʒeːnˈbɛkəf] atau Sooronbay Zheenbekov; dilahirkan 16 November 1958) merupakan ahli politik Kyrgyzstan , dan Presiden Kyrgyzstan. Beliau secara rasmi akan mengambil pejabat pada 4 Disember 2017. Beliau pernah menjadi Perdana Menteri Kyrgyzstan pada April 2016 sehingga Ogos 2017.[1][2]

Kehidupan awal dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Jeenbekov dilahirkan di Biy-Myrza, Wilayah Osh. Bapa beliau merupakan seorang pengurus ladang, manakala ibu beliau pula suri rumah tangga. dan seorang ibu rumah tangga.[3]. Jeenbekov mempunyai sembilan orang adik beradik dan adik beliau, Asylbek Jeenbekov, juga merupakan seorang ahli politi. Jeenbekov merupakan pelajar Akademi Pertanian Kyrgyzstan dalam bidang kejuruteraan zoologi. Pada tahun 2003, beliau menamatkan pelajarnya dalam bidang perakauan di Universiti Pertanian Kebangsaan Kyrgyzstan.[4]

Jeenbekov memulakan kerjayanya sebagai guru yang mengajar Rusia dan kesusasteraan di Sekolah Lenin dalam daerah Uzgen di usia 18 tahun. Pada tahun 1983, beliau menjadi ketua pakar ternakan ladang Soviet di rantau Osh wilayah Soviet dan terus bekerja selama kira-kira lima tahun. Pada November 1988, beliau berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai pengajar dalam jawatankuasa daerah Parti Komunis Kyrgyzstan di wilayah Soviet di rantau Osh. Selepas beberapa tahun, beliau dilantik menjadi pengarah jawatankuasa Parti.[5]

Selepas menyertai politik, pada tahun 1993, Jeenbekov dipilih sebagai pengerusi ladang kolektif Kashka-Zhol di daerah Kara-Kulja.[6] Beliau menjadi Timbalan Dewan Perwakilan Rakyat pada tahun 1995. Pada tahun 2007, beliau menjadi Menteri Pertanian, Sumber Air dan Industri Pemprosesan. Pada tahun 2010, beliau berkhidmat sebagai Gabenor rantau Osh, dan pada tahun 2015, beliau dilantik sebagai Pengarah Perkhidmatan Kakitangan Negeri. Pada bulan Mac 2016, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Pertama Pentadbiran Presiden, sebelum dilantik menjadi  Perdana Menteri Kyrgyzstan.[7]

2017 Kyrgyzstan pemilihan presiden

[sunting | sunting sumber]

Jeenbekov meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 21 Ogos 2017, selepas dipilih secara rasmi menjadi calon dalam pilihan raya presiden 2017. Beliau menyatakan bahawa beliau "[mahu] berada dalam kedudukan yang sama dengan calon presiden lain."

Pilihan raya telah diadakan pada 15 Oktober 2017. Suruhanjaya pusat pemilihan Kyrgyzstan melaporkan sejumlah 1.7 juta undi telah dilakukan, yang mana Jeenbekov memenangi 54.3 peratus.[8] Pemilihan Jeenbekov menandakan pemindahan kuasa demokratik pertama dalam pilihan raya Kyrgyzstan. Azay Guliyev mengesahkan pilihan raya itu sebagai salah satu pilihan raya yang aman dalam sejarah Kyrgyzstan.[9]

  1. ^ "Sooronbay Jeenbekov becomes new Prime Minister". 24.kg.
  2. ^ "Kyrgyz PM Jeenbekov Resigns To Run For President". Radio Free Europe/Radio Liberty. Bishkek. 21 August 2017. Dicapai pada 21 August 2017. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  3. ^ Sooronbai Jeenbekov, Longtime Atambaev Ally With A Southern Touch, Poised For Kyrgyz Presidency
  4. ^ "Сооронбай Жээнбеков" [Sooronbay Jeenbekov] (dalam bahasa Rusia). Новости АКИpress.
  5. ^ "Биография" [Biography] (dalam bahasa Russian). Официальный сайт Правительства КР. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 April 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Сооронбай Жээнбеков. Биография" (dalam bahasa Russian). Kloop Media. 22 September 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "Sooronbay Jeenbekov is new Kyrgyz PM". Trade Bridge Consultants.
  8. ^ Gizitdinov, Nariman (15 October 2017). "Jeenbekov Wins Kyrgyz Presidential Vote as Rival Urges Stability". Bloomberg News. Bloomberg L.P. Dicapai pada 16 October 2017.
  9. ^ Nariman, Gizitdinov. "Photographer: Vyacheslav Oseledko/AFP via Getty Images Jeenbekov Wins Kyrgyzstan's Presidential Election". Bloomberg Politics. Dicapai pada October 16, 2017.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]