Stesen MRT Cyberjaya Utara
Cyberjaya Utara | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Stesen transit aliran deras (MRT) | | |||||||||||
Lokasi | Stesen MRT Cyberjaya Utara, Persiaran APEC, 47100 Cyberjaya, Selangor, Malaysia. | ||||||||||
Koordinat | 2°57′00″N 101°39′25″E / 2.949955°N 101.657030°EKoordinat: 2°57′00″N 101°39′25″E / 2.949955°N 101.657030°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | MRT Corp | ||||||||||
Laluan | 12 Laluan Putrajaya | ||||||||||
Platform | 1 platform tengah | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Pengendali kereta api | RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia) | ||||||||||
Sambungan | Rapid Bus: T504, T505 | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
Templat letak kenderaan | Ada | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Status | Beroperasi | ||||||||||
Kod stesen | PY39 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 16 Mac 2023 | ||||||||||
Dielektrikkan | Ya | ||||||||||
Nama lama | Cyberjaya North | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Stesen MRT Cyberjaya Utara ialah sebuah stesen Transit Aliran Massa (MRT) di Cyberjaya, Selangor, Malaysia yang menjadi tempat perkhidmatan Laluan Putrajaya. Stesen ini akan dibuka rasmi pada Januari 2023 di bawah pembukaan Fasa 2 laluan tersebut. Stesen ini terletak di antara Stesen MRT 16 Sierra dan Stesen MRT Cyberjaya City Centre serta mempunyai kod stesen iaitu PY39.[1] Seperti kebanyakan stesen MRT di Lembah Klang, stesen ini adalah bertingkat.[2]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Nama stesen "Cyberjaya North" pertama kali diumumkan dalam sebuah video yang diterbitkan oleh MRT Corp di Youtube, dengan tajuk "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video" pada 15 September 2016.[3] Dalam video tersebut, kod stesen sementara bagi Stesen MRT Cyberjaya North ialah S34.[2][3] Dalam beberapa tahun kemudian, nama stesen ini telah diubah menjadi nama stesen sedia ada iaitu "Cyberjaya Utara". Stesen MRT 16 Sierra serta Stesen MRT Cyberjaya Utara dikategorikan sebagai Pakej S209. Kontrak pembinaan stesen dan kerja-kerja berkaitan bagi pakej tersebut telah dianugerahkan kepada syarikat Acre Works Sdn Bhd pada 12 Oktober 2017, dengan jumlah sebanyak RM137.9 juta.[4][5]
Stesen MRT Cyberjaya Utara akan dibuka kepada orang ramai dan memulakan operasinya pada 16 Mac 2023 bersama-sama stesen-stesen Laluan Putrajaya di bawah Fasa 2 yang lain, iaitu dari stesen Kampung Batu sehingga Putrajaya Sentral. Pembukaan MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 telah diumumkan pada 23 Disember 2022 oleh MRT Corp.[6] Walaupun begitu, mengikut perancangan asal stesen ini patut dibuka pada Julai 2022,[7] tetapi pembukaannya menghadapi kelewatan lagi dan ditangguhkan pada Januari 2023 akibat sesi ujian set gerabak kereta api mengambil masa lama daripada biasa dan belum selesai.[6][8][9]
Ciri-ciri stesen
[sunting | sunting sumber]Perkhidmatan
[sunting | sunting sumber]Stesen MRT Cyberjaya Utara menyediakan perkhidmatan Laluan Putrajaya (PYL), dan terletak di antara stesen 16 Sierra dan Cyberjaya City Centre. Kod stesen yang rasmi bagi stesen ini ialah PY39.
Lokasi
[sunting | sunting sumber]Stesen ini terletak di Cyberjaya Utara dalam Daerah Sepang, Selangor dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang). Stesen MRT Putrajaya Utara akan menghubungkan penduduk sekitar kejiranan Sky Park, Ladang Sungai Gajah, Garden Residensi Bahagian Cassia, Jacaranda, dan Clover. Terletak berhampiran stesen adalah Plaza Tol Putrajaya Lebuhraya Maju (Lebuhraya MEX), Garden Plaza dan Ibu Pejabat Lebuhraya Maju (Maju Expressway Sdn Bhd).[10][11]
Pelan stesen
[sunting | sunting sumber]L2 Platform MRT |
PY Arah Selatan | → 12 Laluan Putrajaya menghala ke PY41 Putrajaya Sentral (Cyberjaya City Centre) |
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan | ||
PY Arah Utara | ← 12 Laluan Putrajaya menghala ke PY04 Kwasa Damansara (16 Sierra) | |
L1 | Aras legar | Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan |
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dan mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Putrajaya. Terdapat dua platform yang menuju ke terminal laluan, Platform 1 ke Putrajaya Sentral manakala Platform 2 pula menuju ke Kwasa Damansara.[2]
Kemudahan
[sunting | sunting sumber]Berdasarkan, Peta Transit Berintergerasi Lembah Klang, Stesen MRT Cyberjaya Utara dilengkapi dengan kemudahan kawasan meletakkan kenderaan (Pandu dan rantau).[1] Stesen MRT Cyberjaya Utara juga dilengkapi dengan kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, tulisan braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda. Selain itu, tandas awam, surau, pusat perkhidmatan pelanggan, lif dan eskalator turut disediakan bagi memenuhi keperluan dan keselesaan pengguna. Untuk pembelian tiket, pengguna boleh membelinya melalui mesin tiket layan diri di aras legar. Stesen ini juga dilengkapi dengan perkhidmatan bas pengantara ulang-alik.[11]
Pintu stesen
[sunting | sunting sumber]Buat masa sekarang, stesen MRT Cyberjaya Utara hanya mempunyai satu pintu masuk dan keluar sahaja.[2]
Kesalinghubungan
[sunting | sunting sumber]Perkhidmatan bas
[sunting | sunting sumber]Perkhidmatan bas pengantara di Stesen MRT Cyberjaya Utara terletak di Hab MRT Cyberjaya Utara (kod hentian bas – SP398). Terdapat dua laluan bas pengantara yang ditawarkan di hab ini. Rujuk jadual di bawah untuk maklumat lanjut.[12]
Laluan | Koridor | Pengendali | Terminal | Destinasi | |
---|---|---|---|---|---|
T504 | Koridor Sungai Besi | Rapid KL | SP393 MRT Cyberjaya Utara | ↺ | Cyber 11, melalui Masjid Raja Haji Fisabilillah, Majlis Perbandaran Sepang, Gem In Mall, SK Cyberjaya, SMK Cyberjaya, Wisma Mustapha Kamal, MMU, University of Cyberjaya |
T505 | SP393 MRT Cyberjaya Utara | ↺ | Taman Pinggiran Cyber melalui D’Pulze, Tamarind Square, Autoville Cyberjaya, Hospital Cyberjaya, MMU, Malakat Mall |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang] (PDF). MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. 2021. Dicapai pada 20 Februari 2022.
- ^ a b c d "Latest Update: MRT 2 Route Map of all Stations (Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya Line)" [Kemas Kini Terkahir: Peta Semua Stesen Laluan MRT2 (Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya)]. chatpropertymalaysia.com (dalam bahasa Inggeris). Chat Property Malaysia. 14 Mei 2015. Dicapai pada 20 Februari 2022.
- ^ a b MRT Malaysia (15 September 2016). "MRT Sungai Buloh- Serdang- Putrajaya (SSP) Line Alignment Video" [Video Jajaran Laluan MRT Sungai Buloh- Serdang- Putrajaya (SSP).]. Youtube (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Januari 2020.
- ^ M. Hafidz Mahpar (6 November 2016). "MRT Corp: All elevated station contracts for SSP Line awarded". The Star (Malaysia) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Januari 2022.
- ^ "Awarded Contracts" [Penganugerhan Kontrak]. MRT Corp (dalam bahasa Inggeris). Malaysia. Dicapai pada 2021-12-12.
- ^ a b FMT Reporters (23 Disember 2022). "MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 beroperasi penuh pada Mac". Free Malaysia Today. Dicapai pada 8 Februari 2023.
- ^ "SSP MRT line 41% done: MRT Corp". theSundaily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
- ^ Bernama (4 Oktober 2021). "MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 siap 93.52 peratus serta dijangka beroperasi Januari 2021". bernama.com. Bernama. Dicapai pada 3 Januari 2022.
- ^ Bernama (7 Jun 2022). "MRT laluan Putrajaya Fasa 2 dijangka operasi tahun depan". Harian Metro. New Straits Times Press. Dicapai pada 9 Julai 2022.
- ^ "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
- ^ a b "Maklumat mengenai Stesen MRT Cyberjaya Utara – MRT Corp". Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) Sdn. Bhd. Dicapai pada 18 Disember 2021.
- ^ "MyRapid - Bus Kiosk". Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 27 Jun 2022. Dicapai pada 27 Jun 2022.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kategori berkenaan Stesen MRT Cyberjaya Utara di Wikimedia Commons