Pergi ke kandungan

Stesen MRT Pandan Reservoir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
 JE7 
Pandan Reservoir
班丹蓄水池
பாண்டன் ரெசவோர்
Pandan Reservoir
Stesen Sistem Pengangkutan Gerak Cepat akan datang
Koordinat1°19′12″N 103°44′42″E / 1.320°N 103.745°E / 1.320; 103.745Koordinat: 1°19′12″N 103°44′42″E / 1.320°N 103.745°E / 1.320; 103.745
Dimiliki olehPenguasa Pengangkutan Darat
Laluan
PlatformPlatform pulau
Trek2
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Tingkat platform1
Templat letak kenderaanYa
Kemudahan basikalYa
Kemudahan OKUYa
Sejarah
Akan dibuka2028; 4 tahun lagi (2028)
DielektrikkanYes
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Sistem Pengangkutan Gerak Cepat Stesen seterusnya
Jurong Town Hall
menghala ke Tengah
Laluan Daerah Jurong
Perkhidmatan akan datang
Terminal
Lokasi
Map

Stesen MRT Pandan Reservoir ialah stesen Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (MRT) bertingkat akan datang, di mana Laluan MRT Daerah Jurong (JRL) berkhidmat di stesen ini. Stesen ini terletak di kawasan Jurong East, Singapura.[1][2][3]


Stesen ini akan menjadi terminus Laluan Daerah Jurong cabang timur. Tren yang berkhidmat di sini akan menuju ke terminus stesen Tengah.

Pada 9 Mei 2018, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) telah mengumumkan bahawa stesen Jurong Town Hall akan menjadi sebahagaian daripada cadangan jajaran Laluan MRT Daerah Jurong (JRL). Stesen ini akan dibina di bawah Fasa 2 (Bahagian JRL Timur), yang mengandungi tujuh stesen diantara stesen MRT Tengah dan stesen MRT Pandan Reservoir, dan dijangka siap dan dibuka kepada awam pada tahun 2028.[4]

Stesen MRT Pandan Reservoir terletak di bawah kontrak J109. Reka bentuk stesen dan jejambat laluan kereta api berkaitan bagi J109 telah dianugerahkan kepada Daewoo Engineering & Construction Co. Pte Ltd - Yongnam Engineering and Construction Pte Ltd Joint Venture dengan jumlah sebanyak S$320.4 million pada Julai 2020. Pembinaan dijangka bermula pada tahun 2020. Kontrak J109 juga merangkumi pembinaan stesen MRT Toh Guan di Jurong East Central dan stesen MRT Jurong Town Hall serta pembinaaan jejambat untuk landasan kereta api berkaitan sepanjang 3.6 kilometer (2.2 bt).[5][6][7][8]

Jangkaan pembukaan stesen ini sepatutnya pada tahun 2027, tetapi akibat larangan pembinaan ketika pandemik COVID-19 di Singapura, telah melambatkan proses pembinaan stesen Laluan Daerah Jurong (JRL), dan ditangguhkan kepada tahun depan iaitu 2028.[9]

Struktur stesen akan bersebelahan dengan Jurong Town Hall Road di antara dengan persimpangan Pandan Gardens dan persimpangan Teban Gardens Road. Ia terletak di kawasan pembangunan Jurong East, di subbandar Teban Gardens, bersebelahan dengan Sekolah Menegah Commonwealth.[10]

Stesen MRT Pandan Reservoir akan mempunyai lima buah pintu masuk dan keluar, di setiap sisi Jurong Town Hall Road.[11]

Ciri-ciri stesen

[sunting | sunting sumber]

Stesen MRT Pandan Reservoir akan menyediakan perkhidmatan Laluan MRT Daerah Jurong (JRL), dengan kod stesen yang rasmi JE7.

  1. ^ "Jurong Region Line to serve NTU, Tengah estate, Jurong Industrial Estate - CNA". 2019-09-21. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-09-21. Dicapai pada 2019-09-21.
  2. ^ "Residents and students welcome Jurong Region Line but find it confusing". 2019-09-21. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-09-21. Dicapai pada 2019-09-21.
  3. ^ "Jurong Region Line". 2019-09-21. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-09-21. Dicapai pada 2019-09-21.
  4. ^ "Joint News Release by the Land Transport Authority (LTA) & SLA - Jurong Region Line: Enhancing Connectivity in the West | Press Room | Land Transport Authority". 2019-09-21. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-09-21. Dicapai pada 2019-09-21.
  5. ^ "Land Transport Authority on Instagram: The contract for the construction of 3 stations for Jurong Region Line". Instagram (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-17.
  6. ^ "LTA | News Room | news-releases | LTA Awards Four Jurong Region Line Contracts". www.lta.gov.sg. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 July 2020. Dicapai pada 2020-07-17.
  7. ^ "LTA awards 4 Jurong Region Line contracts worth more than S$682 million". CNA (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 July 2020. Dicapai pada 2020-07-17.
  8. ^ Tan, Cheryl (17 July 2020). "LTA awards four contracts totalling $682.5 million for the Jurong Region Line". The Straits Times. Dicapai pada 18 July 2020.
  9. ^ "Written Reply by Minister for Transport Ong Ye Kung to Parliamentary Question on Prioritising Early Completion of Jurong Region MRT Line". www.mot.gov.sg (dalam bahasa Inggeris). 1 February 2021. Dicapai pada 24 March 2021.
  10. ^ "Singapore's Jurong East Planning Area". Key Location (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-09-21.
  11. ^ "Jurong Region Line". 2019-09-21. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-09-21. Dicapai pada 2019-09-21.