Pergi ke kandungan

Surah Al-Israa’

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Surah Al Israa' (سورة الإسرا) adalah surah yang ke-17 dalam Al Qur'an. Surah ini mempunyai 111 ayat dan termasuk golongan surah-surah Makkiyyah. Surah ini dinamai dengan Al Israa' yang bererti "memperjalankan pada waktu malam ". Surah ini berhubung dengan peristiwa Israa' Nabi Muhammad SAW. di Masjidil Haram di Makkah ke Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis (Palestin) yang dicantumkan pada ayat pertama dalam surah ini. Surah ini dinamakan pula dengan nama Surah Bani Israil berkaitan dengan percakapan pada ayat ke-2 sampai ayat ke-8 dan kemudian d akhir surah ini iaitu pada ayat 101 sampai dengan ayat 104 dimana Allah menyebutkan mengenai Bani Israil yang selepas menjadi sebuah bangsa yang kuat lagi besar lalu menjadi bangsa yang terhina kerana menyimpang dari ajaran Allah S.W.T.. Dikaitkan dengan kisah Israa' dengan riwayat Bani Israil pada surah ini, memberikan peringatan bahawa umat Islam akan mengalami keruntuhan seperti Bani Israil apabila meninggalkan ajaran-ajaran agama.

Isi kandungan

[sunting | sunting sumber]
  1. Keimanan: Allah tidak mempunyai anak ataupun dilahirkan ataupun diciptakan ataupun malaikat; Allah pasti memberi rezeki kepada manusia; Allah mempunyai nama-nama yang paling baik; Al-Quran adalah wahyu dan Allah yang memberikan petunjuk, penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman; Adanya padang Mahsyar dan hari kebangkitan.
  2. Hukum-hukum: Larangan-larangan Allah tentang: penguguran anak ; berzina, mempergunakan harta anak yatim kecuali dengan cara yang dibenarkan agama; bersopan melalui pertuturan, perbuatan dan adab terhadap ibu bapa. Perintah Allah tentang: menunaikan janji dan menyempurnakan timbangan, melakukan ibadah solat mengikut waktunya.
  3. Kisah-kisah: Kisah Israa' Nabi Muhammad SAW, beberapa kisah tentang Bani Israil.
  4. Dan lain-lain: Tanggungjawab manusia masing-masing terhadap amalan dan perbuatannya; beberapa faktor yang menyebabkan kebangunan dan kehancuran sesuatu umat; petunjuk-petunjuk tentang adab pergaulan dengan orang tua, tetangga dan masyarakat; manusia makhluk Allah S.W.T. yang mulia akan tetapi manusia itu mempunyai kelemahan seperti suka ingkar, putus asa dan terburu-buru; serta persoalan mengenai roh.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Dengar bacaan di sini


Surah Sebelumnya:
Surah An-Nahl
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah Al-Kahfi
Surah 17