Tabung Harapan Malaysia
Kerangka | |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Dana kerajaan |
Tujuan | Untuk menerima sumbangan rakyat untuk membantu kerajaan membayar hutang negara |
Bidang | Kewangan |
Tapak web | Tabung Harapan Malaysia di Facebook |
Sejarah | |
Dibentuk | 30 Mei 2018 |
Dibubarkan | 14 Januari 2019 |
Pengurusan | |
Tokoh penting | Perdana Menteri Mahathir Mohamad Menteri Kewangan Lim Guan Eng |
Organisasi induk | Kementerian Kewangan |
Perangkaan | |
Hasil/pendapatan | RM 205,491,219 |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Putrajaya, Malaysia |
Lokasi | |
sunting · sunting di Wikidata |
Tabung Harapan Malaysia merupakan satu tabung yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Mahathir Mohamad pada 30 Mei 2018.[1][2] Tujuan tabung ini merupakan satu wadah untuk rakyat membantu negara dan menerima derma rakyat bagi mengukuhkan kewangan kerajaan. Penubuhan tabung tersebut dilakukan setelah melihat kesediaan rakyat untuk menderma kepada kerajaan bagi mengurangkan hutang negara yang didakwa berjumlah lebih RM1 trilion. Setakat pada 17 Julai 2018 jam 3 petang, Tabung ini telah mendapat jumlah wang sebanyak RM155,398,059.79[3][4]
THM sepatutnya ditutup pada 31 Disember 2018 tetapi akhirnya dilanjutkan sehingga 14 Januari 2019 selepas Kabinet Malaysia bersetuju memanjangkan kempen untuk sumbangan selama dua minggu lagi.[5]
Lim telah mengumumkan kutipan keseluruhan THM yang berjumlah RM205,491,219, termasuk faedah yang diperoleh daripada akaun amanah di mana sumbangan itu telah didepositkan, telah digunakan sepenuhnya untuk membayar hutang 1MDB pada 30 November 2019.[6][7]
Isu
[sunting | sunting sumber]Ketua Pembangkang dan bekas Timbalan Perdana Menteri BN, Ahmad Zahid Hamidi menuduh kerajaan mengambil pendekatan populis dengan melancarkan THM.[8] Beliau mengecam keputusan kerajaan PH untuk melancarkan THM, dengan mengatakan bahawa kerajaan tidak perlu membebankan rakyat untuk menderma dana untuk membantu memenuhi kewajiban hutangnya.[9]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Siaran Media: Penubuhan Tabung Harapan Malaysia". Kementerian Kewangan Malaysia. 30 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-27. Dicapai pada 31 Mei 2018. Cite has empty unknown parameter:
|4=
(bantuan) - ^ Pui Fun (30 Mei 2018). "Here's How You Can Donate to Tabung Harapan Malaysia, the Official Govt Fund". World of Buzz. Dicapai pada 1 Julai 2018. Cite has empty unknown parameter:
|1=
(bantuan) - ^ "Tabung Harapan kutip RM155 juta" Malaysian Digest. 10 Julai 2018. Dicapai 20 Julai 2018
- ^ "Tabung Harapan kutip RM153 juta". Berita Harian. 17 Julai 2018. Dicapai 20 Julai 2018.
- ^ Azura Abas (7 February 2019). "Tabung Harapan account closes with over RM202 million". The New Straits Times. Dicapai pada 9 July 2019.
- ^ "Last of Tabung Harapan donations used, says Guan Eng". Free Malaysia Today. 30 November 2019. Dicapai pada 30 November 2019.
- ^ Petah Wazzan Iskandar (30 November 2019). "Tabung Harapan Malaysia donations used to pay-off 1MDB debts". New Straits Times. Dicapai pada 30 November 2019.
- ^ Zainudin, Faiz (19 July 2018). "Zahid: Don't burden the people with national debt payments". Free Malaysia Today. Dicapai pada 20 July 2018.
- ^ "Zahid: Don't burden the people with national debt payments". The World News. 20 July 2018. Dicapai pada 20 July 2018.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Sidang Media Diarkibkan 2018-06-27 di Wayback Machine (Melayu)
- Press Release (Inggeris)