Pergi ke kandungan

Tentera Laut Soviet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Военно-морской флот СССР
Voyenno-morskoy flot SSSR
Bendera Tentera Laut Soviet
Aktif1918–14 Februari 1992
Negara Kesatuan Soviet
JenisTentera laut
KawatIf You'll Be Lucky (Bahasa Rusia: Если тебе повезет)
Komander
Panglima Tentera Laut SovietVladimir Chernavin (panglima terakhir)
Komander
terkenal
Armada Laksamana Sergey Gorshkov
Armada Laksamana Nikolay Kuznetsov
Naib Laksamana Aleksandr Nemits
Naib Laksamana Yevgeny Berens
Armada Laksamana Vasili Altfater
Laksamana Ivan Yumashev
Tanda kebesaran
Simbol
pengenalan
Simbol
pengenalan

Tentera Laut Soviet (Военно-морской флот СССР), atau "Armada Tentera Laut Republik Sosialis Kesatuan Soviet") adalah sebuah cabang tentera laut bagi Angkatan Tentera Soviet. Tentera Laut Soviet juga sering kali dirujuk sebagai Armada Merah oleh NATO. Peranan utama Tentera Laut Soviet di dalam Pakatan Warsaw adalah untuk menghentikan konvoi laut yang membawa bantuan daripada merentasi Lautan Atlantik ke Eropah Barat. Meskipun konflik ini tidak pernah berlaku, namun Tentera Laut Soviet banyak memainkan peranan-peranan penting semasa Perang Dingin.

Armada Tentera Laut Soviet dibahagikan kepada beberapa pasukan armada utama: Armada Utara, Armada Lautan Pasifik, Armada Laut Hitam dan Armada Baltik. Flotila Kaspia adalah merupakan formasi separa bebas yang ditadbir dan di bawah arahan Armada Laut Hitam sementara Skuadron Lautan Hindi Soviet ditarik balik dan bidang kuasanya diletakkan di bawah Armada Lautan Pasifik. Antara komponen lain termasuk Penerbangan Tentera Laut, Infantri Laut dan artileri pantai. Tentera Laut Soviet dibentuk semula kepada Tentera Laut Rusia selepas pembubaran Kesatuan Soviet pada tahun 1991.

Tentera-tentera laut Rusia

Imperial Rusia

Imperial Rusia (1696–1917)

Kesatuan Soviet

Tentera Laut Soviet (1917–1991)

Persekutuan Rusia

Tentera Laut Rusia (1991–kini)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]