Pergi ke kandungan

Tusukan vena

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Vena cucuk menggunakan sistem BD Vacutainer. Gambar menunjukkan penggunaan berganda peralatan BD Vacutainer yang tidak lagi digunakan. Ia digantikan dengan penggunaan alat BD Vacutainer bujang.

Dalam bidang perubatan, tusukan vena atau cucukan vena, juga venepunktur adalah satu proses untuk memperolehi cecair dalam saluran intravena tubuh bagi tujuan terapi intravena atau mendapatkan sampel darah bagi tujuan kajian dan maklumat penyakit, jangkitan atau lain-lain ujian perubatan. Prosedur ini biasanya akan dikendalikan oleh doktor, pembantu perubatan, staff teknologi makmal perubatan, paramedik, ahli flebotomi mahupun jururawat terlatih. Tusukan vena adalah merupakan tugasan yang dilaksanakan secara rutin sebagai suatu prosedur invasif atas tujuan utama iaitu bagi mendapatkan darah dari salur vena untuk tujuan diagnosis penyakit atau mengawal aras komponen darah (Lavery & Ingram 2005). Analisis darah adalah amat penting untuk dijalankan oleh pengamal perubatan dalam jurusan klinikal perubatan mahupun penjagaan kesihatan umum. Data kajian yang keluar hasil kajian klinikal terhadap sampel akan diinterpretasikan tentang jumlah besar tanda-tanda dan simptom-simptom pesakit selain mempertingkatkan kemahiran dalam bidang tusukan vena supaya pengendaliannya lebih bersifat holistik dan menjimatkan masa rawatan.

Darah biasanya diperolehi dari vena kubital tengah, iaitu lokasi yang terletak antara anterior kubital fossa hingga ke siku. Vena ini terletak amat hampir dengan kulit tubuh di bahagian kulit lipatan siku, dan ia tidak terdapat banyak saraf.

Kuantiti darah diambil mungkin hanya sebesar satu jari bagi dewasa, manakala bagi bayi mungkin diambil dari skalp vena dengan sedikit darah menggunakan jarum kecil.

Flebotomi ialah (suntikan ke dalam vena) juga digunakan bagi merawat sebahagian penyakit seperti hemokromatosis dan polisithemia awalan dan skunder.

Peralatan

[sunting | sunting sumber]

Terdapat banyak cara untuk darah diambil dari saluran vena. Cara terbaik adalah dengan menentukan dahulu usia pesakit, selain peralatan dan ujian turut diperlukan terlebih dahulu.

Pengambil darah yang biasanya digunakan di AS dan UK adalah evacuated tube system, (dua sistem utama adalah Vacutainer (Becton, Dickinson and company) dan Vacuette (Greiner Bio-One GmBH). Peralatan merangkumi hab plastik, jarum hipodermik, dan tiub vakum. Dibawah sesetengah keadaan, jarum syringe juga digunakan biasanya jarum rama-rama iaitu sejenis plastic catheter yang disambungkan dengan jarum pendek. Bagi negara membangun, penggunaan jarum dan syringe yang di sterile masih menjadi pilihan utama.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Phlebotomy details Diarkibkan 2006-01-29 di Wayback Machine
  • Pruett, Saralyn (2001-08-27). "Tips on Blood Testing". American Association for Clinical Chemistry. Dicapai pada 2008-09-28. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)

Templat:Vascular procedures