Viki (syarikat)
Viki logo | |
Jenis/bentuk sah | Swasta |
---|---|
Industri | Web Pengguna |
Ditubuhkan | 2007 |
Ibu pejabat | Singapura |
Tokoh penting | Razmig Hovaghimian, Changseong Ho, Jiwon Moon |
Bilangan kakitangan | 45 |
Tapak web | viki |
sunting · sunting di Wikidata |
Viki adalah laman web penstriman video dan muzik global yang mempergunakan kumpulan sumber untuk mencipta sarikata. Ia membolehkan rancangan tersedia dalam pelbagai pasaran berbandign kepada yang sebelumnya.[1] Syarikat ini terkenal bagi membenarkan media dasar peminatnya sehingga ke sarikata dalam pelbagai bahasa. Sukarelawan dari komuniti sekeliling rancangan TV, filem, dan juga genre kegemaran mereka, dan menyusun dan menulis penterjemahan, selalunya dalam masa 24 jam video tersebut disiarkan secara langsung.[1] Semua sarikata adalah dilindungi di bawah Lesen Common Kreatif.[2][3]
Pada tahun 2010, Viki memenangi Crunchie TechCrunch bagi Permulaan Antarabangsa yang Terbaik.[4] Wall Street Journal mencalonkan Viki bagi Anugerah Inovasi Asia dalam tahun 2012.[5] Kini, ia mempunyai cawangan di Singapura, San Francisco, dan Seoul.[6]
Viki bekerjasama dengan Agensi Kandungan Kreatif Korea dalam usaha untuk mempromosikan hiburan dan budaya Korea Selatan. Gerakkan ini dikenali sebagai Gelombang Korea atau Hallyu, yang bermula dengan kepopularan K-drama. Kini, Hallyu dalam fasa keduanya, dengan trend ke arah muzik pop Korea.[7] Viki telah membantu dalam mempromosikan artis pop Korea seperti Psy, Super Junior, dan 2NE1.[8][9]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Razmig Hovaghimian, Jiwon Moon, dan Changseong Ho menubuhkan syarikat ini, yang asalnya dikenali sebagai Viikii, sebagai pelajar di Harvard dan Stanford. Moon telah mempelajari pendidikan teknologi, dan pada mulanya Viki adalah kajian kelas untuk membantu orang ramai membelajari pelbagai bahasa.[10][11][1] Selepas tamat pengajian, Viki berkembang sungguhpun kesemua pengasasnya bekerja di tempat lain.[10] Semasa bekerja di NBC Universal, Hovaghimian melihat masalah pelesenan yang manghalang media dari didapati di rantau lain. Dari pendaruhan tersebut, Viki menjadi cara untuk berkongsi hiburan yang merentasi sempadan.[1]
Dengan peminat menyediakan sarikata dan hak pengedaran global dicantumkan bersama, Viki terus berkembang dan kesemua pengasas menghentikan kerja masing-masing.[10] In 2008, Hovaghimian menjadi CEO, Ho menjadi CTO, dan Moon menjadi CPO.[6]
Pada bulan Disember 2010, Viki dilancarkan. Ia menambahkan $4.3 juta dalam pembiayaan usaha Siri A dari Greylock Partners, Andreessen Horowitz, Charles River Ventures, dan Neoteny Labs.[12][11] Pada tahun seterusnya, BBC Worldwide dan SK Telecom menyertai sebagai pelabur. Syarikat tersebut telah menerima jumlah pembiayaan sebanyak $25 juta.[12][5] Pada tahun 2012, membina perjanjian pelesenan kandungan dengan Viki, BBC Worldwide bersetuju untuk menyediakan pengiklanan untuk syarikat tersebut. BBC Worldwide mengumpulkan inventori iklan Viki dengan iklannya sendiri.[13]
Pada bulan Mar 2012, Viki mula menyimulasi barisan pelakon utama anime baru Ozma, Leiji Matsumoto dalam lima tahun. Pengunna Viki dapat menonton episod 24 jam selepas mereka ditayangkan di saluran televisyen WOWOW Jepun .[14] Pada bulan September 2012, Viki mengumumkan bahawa ia akan strim The Rose of Versailles, sebuah siri anime.[15]
Pada bulan May 2012, Viki mengumumkan perjanjian dengan label dan agensi rekod yang membenarkan syarikat ini untuk berkembang ke video muzik. Rakan kongsi muzik videonya termasuk Warner Music Group, SEED Music Group dari Taiwan, dan LOEN Entertainment dari Korea. Perkongsian tersebut memberikan peluang bagi syarikat muzik untuk meluaskan kecapaian mereka yang mengatasi pasaran tempatan mereka.[3] Perniagaan orang dalam melaporkan bahawa pengguna Viki telah menterjemahkan Gangnam Style PSY [16] kepada 17 jenis bahasa.[17]
Pada bulan Julai 2012, syarikat tersebut mengumumkan perjanjian dengan Renren, rangkaian social Cina, untuk mencipta saluran video pada 56.com, rangkaian perkongsian videonya. Saluran khusus yang dikenali sebagai “VikiZone”. Ia akan menyediakan sarikata kebanyakan rancangan Cartoon Network dan drama TNT, 24 jam selepas mereka ditayangkan di AS, bersamaan rancangan Jepun and Korea.[18] Renren mempunyai 160 juta pengguna berdaftar.[2]
Syarikat tersebut mempunyai perjanjian bagi pengedaran Hulu, Netflix, Yahoo!, dan MSN, berserta dengan perjanjian kandungan dengan NBC, A&E, BBC, TVB (Hong Kong), SBS (Korea), Fuji TV (Jepun), and Amedia (Rusia).[13]
Dalam modelnya sekarang, Viki memperoleh hak video, muzik, dan rancanngan televisyen. Sukarelawan menyediakan sarikata. Kandungan sarikata kemudian disiarkan melalui pelbagai platform dalam talian,[16] pada aplikasi mudah alih, dan pada TV pintar.[13] Kandungan adalah percuma ditonton oleh semua penggua. Viki dan penyiarannya berkongsi keuntungan yang diperolehi dari iklan yang disiarkan sebelum video.[14][2] Viki boleh didapati pada iOS dan Android, iPad, Samsung Galaxy, dan Kindle Fire.[19]
Kelajuan pengguna Viki menterjemah program membantu dalam mencegah dasar internet: Biasanya lanun memerlukan 72 jam untuk menterjemah sarikata untuk sebuah rancangan tetapi komuniti Viki dapat menterjemahnya dalam satu hari.[1]
Kebanyakkan pengguna Viki terdiri daripada Amerika Utara (40%) atau Asia Tenggara (30%). Kira-kira 15% penggunanya dari Eropah, dengan kejayaan ketara di Perancis.[3]
Muzik
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2012, Viki mula menawarkan video muzik antarabangka kepada para penonton, memberikan sukarelawan menterjemahkan lirik. Menurut Stephen Bryan dari Warner Music Group, “Viki akan membantu kedua-dua bintang handalan dan bakat tempatan untuk menjalin hubungan yang lebih mendalam dengan peminat yang tidak bertutur dalam bahasa mereka. Pada masa yang sama, ia juga menawarkan peminatnya cara baru untuk menjuarakan aksi kegemaran mereka dan menyumbangkan kepada kajayaan mereka.”[3]
Penonton A.S., Kanada, Eropah, dan Asia Tenggara adalah golongan yang akan melihat kandungan terlebih dahulu, diikuti dengan fasa berikutnya ke rantau lain.[3][20]
Anugerah
[sunting | sunting sumber]- Pemenang Crunchie TechCrunch 2010 untuk Penubuhan Antarabangsa yang Terbaik.[4]
- DLD Garage 20 Teringgi Penubuhan Internet[21]
- SXSW Pemecut Finalis 2011[22]
- Wall Street Journal Anugerah Inovasi Finalis 2012[5]
“Playful Kiss”
[sunting | sunting sumber]Playful Kiss adalah siaran pendek hayat drama Korea yang ditayangkan pada TV tempatan pada musim luruh 2010. Viki memperolehi lesen untuk mengedar drama dalam rantau lain, dan kemudian menterjamahkannya kepada 40 jenis bahasa. Sukarelawan menyempurnakan penterjemahan dalam dua puluh jenis bahasa dalam 24 jam yang pertama.[11] Drama tersebut memperolehi hampir 7 juta orang penonton, dengan yang bukan Asia sehingga 70% daripada jumlah penonton. Pengeluar berjaya mengaut sebayak $400,000 dalam hasil iklan melalui Viki. Tambahan pula, pengeluar telah memperolehi $3.5 juta dalam pejanjiaan siaran asing sejak kejayaan program internet.[23]
Pautan Luar
[sunting | sunting sumber]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e Boyd, E.B. (July 13, 2012). "Boom Tube: Bagaiman Viki Mencipta Hulu Global". Fast Company. Dicapai pada 17 September 2012.
- ^ a b c Lunden, I. (July 12, 2012). "Viki Mendaki Tembok Api yang Hebat, Ditangani Bersama 'Facebook Cina' Renren Untuk Perjanjian Pengedaran Video Pertamanya Di Dalam Negara". TechCrunch. Dicapai pada 16 September 2012.
- ^ a b c d e Russel, J. (May 24 2012). "Laman video global Viki merangkak masuk ke muzik, perjanjian dakwat Warner Music dan label lain". The Next Web. Dicapai pada 16 September 2012. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ a b Rao, L. (January 21, 2011). "Tahniah Pemenang Crunchies! Twitter Menerima Permulaan 2010 yang Terbaik". TechCrunch. Dicapai pada 15 September 2012.
- ^ a b c Osawa, J. (August 14, 2012). "Penyelesaian Kesihatan Mendorong ke Senarai Finalis". Wall Street Journal Asia. Dicapai pada 15 September 2012.
- ^ a b "ViKi". CrunchBase. June 26, 2012. Dicapai pada 15 September 2012.
- ^ "K-Pop Adalah Trend Muzik Dunia Terhangat, Tetapi Bintangnya Hampir Tidak Menguntungkan Di Rumah". Business Insider. August 19 2012. Dicapai pada September 29, 2012. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ "Bintang K-pop menjadi perhatian ramai di Music Matters di Singapura". Ministry of Foreign Affairs and Trade. May 5 2012. Dicapai pada September 29, 2012. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ "UK mempunyai peminat Gelombang Korea yang paling ramai di Eropah: study". Viki.com. April 22 2012. Dicapai pada September 29, 2012. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ a b c Bertschy, Z. (April 25, 2012). "Temuduga: Razmig Hovaghimian, Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Viki.com". Dicapai pada 15 September 2012.
- ^ a b c "ViKi Mengumumkan $4.3 juta dalam Siri Pembiayaan dan Perlancaran Beta A". PR Newswire. December 8, 2010. Dicapai pada 14 September 2012.
- ^ a b Rao, L. (October 20, 2011). "Andreessen Horowitz, BBC, Greylock Meletakkan $20 juta Dalam Laman Video Antarabangsa ViKi". Techcrunch (AOL). Dicapai pada 17 September 2012.
- ^ a b c Lunden, I. (May 15, 2012). "BBC Worldwide Melanjutkan Perkongsiannya Dengan Laman Video Site Viki Untuk Meliputi Pengiklanan". TechCrunch. Dicapai pada 15 September 2012.
- ^ a b "Laman Viki Strim Anime Ozma ciptaan Leiji Matsumoto Di Seluruh Dunia". Anime News Network. March 15, 2012. Dicapai pada 15 September 2012.
- ^ "Right Stuf, Viki Berlesenkan The Rose of Versailles Anime". Anime News Network. September 12, 2012. Dicapai pada 15 September 2012.
- ^ a b "PSY - Gangnam Style - Bahagian 1". Viki.com. 2011–2012. Dicapai pada 22 September 2012.CS1 maint: date format (link)
- ^ Thomas, O. (August 31, 2012). "'Gangnam Style', Sesasi Pop Korea, Adalah Besar Di Silicon Valley Sekarang". Business Insider. Dicapai pada 15 September 2012.
- ^ "Renren dan Viki Memberikan Sarikata TV Global untuk 160 Juta Pengguna Renren di 56.com". PR Newswire. July 13, 2012. Dicapai pada 14 September 2012.
- ^ Wong, P. (June 4, 2012). "Hands-on: Samsung Smart Hub". CNet. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-19. Dicapai pada 15 September 2012.
- ^ "Viki melancarkan saluran muzik baru, menandatangani perjanjian dengan Warner Music, LOEN, dan SEED". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-31. Dicapai pada 15 September 2012.
- ^ Schmidt, A. (2011). "DLD Garage presents its selection of 20 internet startups". DLD Media. Dicapai pada 16 September 2012.
- ^ Perez, S. (March 20, 2011). "SXSW: Accelerator Finalists and Winners". Read Write Web. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-08. Dicapai pada 16 September 2012.
- ^ Frankel, D. (April 12, 2012). "Bagaimana Drama TV Korea 'Playful Kiss' gagal di tempatan tetapi berjaya secara global". Paidcontent.org (Gigaom). Dicapai pada 15 September 2012.