Pergi ke kandungan

Perbincangan pengguna:PeaceSeekers

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Tambah topik
Daripada Wikikamus
Ulasan terkini: 11 bulan lalu oleh PeaceSeekers pada topik Ralat pada berkenaan templat etimologi sudah selesai

Selamat datang ke Wiktionary Bahasa Melayu (atau "Kamus Wiki")!

Berikut merupakan beberapa pautan yang dapat anda layari jika anda masih baru di Wiktionary:

Lihat juga laman bantuan Kamus Wiki. Untuk menandatangani sebuah pesan pada laman perbualan, seperti laman ini, letakkan ~~~~ (empat kali tanda gelombang). Semoga anda menikmati kunjungan anda di Wiktionary Bahasa Melayu. Salam! --Tofeiku (bincang) 07:50, 13 Disember 2019 (UTC)Balas

Aktif di luar talian

[sunting]

Hai! Memandangkan saudara sudah habis SPM (tahniah!), saya berharap saudara boleh terlibat dalam kerja-kerja mempromosikan Wikipedia di dunia sebenar. Saudara banyak bersumbang di Wikipedia dan saya rasa kerja kita belum selesai dan kita perlu mendapatkan lebih ramai orang untuk membantu kita. Selepas saya ambil asasi (selepas SPM), saya mengadakan pertemuan (meetup) dengan Pejabat Pendidikan Daerah di daerah saya untuk membincangkan bahasa Kadazandusun. Mungkin saudara boleh mula dengan menarik minat rakan-rakan sekolah atau beritahu sekolah. Saya sebenarnya mula dikira aktif bantu Wikipedia di luar talian apabila saya dijemput ke Bali untuk Persidangan Wikimedia ESEAP. Semua itu ditaja penuh! Melalui program ini, kita akan mempelajari dan memahami lebih lanjut tentang kepentingan sumbangan kita dan menyebarkannya kepada yang lain. Setakat ini, saya telah pergi ke Bali, Yogyakarta dan Sweden secara percuma untuk menghadiri persidangan Wikipedia. Kita di Malaysia tidak begitu aktif dan memiliki ramai orang untuk buat begini. Saya harap saudara berminat :) --Tofeiku (bincang) 08:09, 13 Disember 2019 (UTC)Balas

@Tofeiku Hai, Tofeiku! Sebenarnya, saya sudah lama mengikuti perkembangan kumpulan kamu tentang perkara ini. Kalau kamu maksudkan WCUGM, sudah lama saya tahu :] Sebenarnya, minat itu pun ada juga, tapi saya takut saya belum bersedia untuk ke tahap ini. Saya sebenarnya lebih berminat untuk menyumbangkan buah fikiran kepada kumpulan kamu yang dapat membangunkan projek-projek kita. Lagipun, saya ada berbincang dengan perkara ini dengan rakan kita, SNN95 dalam dua minggu lepas. Kata beliau, boleh saja. Begitulah ceritanya! Apa-apapun, terima kasih, dan saya berharap saya dapat membantu! PeaceSearcher (bincang) 10:15, 15 Disember 2019 (UTC)Balas
Baguslah ada minat juga! Saya rasa sia-sia kalau saudara tidak ikut serta sebab kami kekurangan orang. Saya mula aktif pun selepas ambil SPM. Bayangkan dalam masa 2 tahun saya sudah pergi ke luar negara 4 kali untuk tujuan Wikipedia dan kebanyakannya ditanggung penuh. Lagipun kami memerlukan lebih ramai belia untuk membantu. Harap tahun depan dapat ikuti persidangan Wikimania di Bangkok dan persidangan lain ataupun promosikan Wikipedia di tempat sendiri. --Tofeiku (bincang) 10:27, 15 Disember 2019 (UTC)Balas

@Tofeiku Satu soalan, macam mana saya ingin memasuki WCUGM atau mengikuti perkembangannya secara dekat? Oh ya, saya ada satu lagi soalan (tiada kaitan dengan topik ini), rujukan apakah yang paling sesuai untuk saya gunakan dalam suatu laman Wikikamus? Harap maklum. PeaceSearcher (bincang) 11:52, 15 Disember 2019 (UTC)Balas

Saya rasa cara yang paling sesuai adalah dengan mengikuti kumpulan WhatsApp kami ataupun mengikuti mana-mana media sosial WCUGMY. Kalau ingin mengikuti kumpulan WhatsApp WCUGMY, hantar saya e-mel di bar kiri ataupun menghantar pesanan peribadi di mana-mana media sosial WCUGMY atau ms.wikipedia (saya urus Instagram). Untuk rujukan pula, ia bergantung pada bahasa perkataan yang ingin dicipta. Wikikamus tidak sangat mementingkan rujukan kerana kadangkala anda tiada sumber namun tahu perkataan itu memang ada digunakan dalam sesuatu bahasa. Bagi saya, saya akan cuba sedaya upaya letak rujukan dan mencipta lema selengkap mungkin (dengan terjemahan, contoh ayat, dll). Kalau bahasa Melayu, sudah tentu Kamus Dewan. Kalau saudara perasan, Wikikamus ini amat bergantung pada templat dan amat mengikuti format. --Tofeiku (bincang) 12:29, 15 Disember 2019 (UTC)Balas

Kembangkan lema

[sunting]

Terima kasih kerana selalu datang mencipta lema di Wikikamus. Dengan kadar ini, Wikikamus bahasa Melayu dapat berkembang ke hadapan. Cuba lengkapkan suatu lema sebaik mungkin kalau boleh seperti tambah contoh penggunaan kata dan sebagainya. Satu lagi, thesaurus ialah "tesaurus" bukan "tesarus". --Tofeiku (bincang) 12:36, 3 Januari 2020 (UTC)Balas

@Tofeiku Terima kasih! PeaceSearcher (bincang) 13:38, 3 Januari 2020 (UTC)Balas

Marie cha cha

[sunting]

Good morning! I have moved many articles to the correct title. But some already exist, for example perkataan 59 (kambut) or perkataan 78 (mayau). What do we do with these? Bye, --Mtarch11 (bincang) 08:38, 31 Mei 2022 (UTC)Balas

Thanks beforehand. About that, it's better to just delete those, I guess. PeaceSeekers (bincang) 09:18, 31 Mei 2022 (UTC)Balas

Rohingya "badam"

[sunting]

I made the webpage badam, which has yet to have a Malay entry. Apisite (bincang) 09:23, 25 September 2022 (UTC)Balas

I've added it already. Thanks! PeaceSeekers (bincang) 13:45, 25 September 2022 (UTC)Balas

Ralat pada berkenaan templat etimologi sudah selesai

[sunting]

Salam PeaceSeekers! Saya sudah membetulkan ralat yang berlaku pada templat etimologi (Templat:inherited). Punca ralat adalah pada Modul:languages/error. Sepatutnya sekarang ini templat etimologi sudah dapat berfungsi seperti biasa, kerja yang tinggal hanyalah memelayukan istilah sahaja. محمد حكيمي Ayuh berkomen! 00:09, 23 September 2023 (UTC)Balas

Terima kasih! Mungkin lepas ni, boleh anda lihat ralat kategori topik (cth. Kategori:ms:Masyarakat)? PeaceSeekers (bincang) 03:40, 23 September 2023 (UTC)Balas
Salam PeaceSeekers, buat masa ini ralat Templat:auto cat secara asasnya sudah berjaya dibaik pulih di pelbagai laman kategori. Cumanya sila ambil perhatian yang untuk mengelakkan dari berlakunya ralat, cuba elakkan dari mengemaskini secara bulat-bulat laman Modul:category tree seperti yang ada di Wikikamus Bahasa Inggeris. Ini kerana kemas kini mutakhir mereka yakni semakan 76544495 telah membuang fungsi {{poscatboiler}} atau {{topic cat}}. Saya telah mengembalikan fungsi tersebut (rujuk semakan 156224) kerana kita masih memerlukannya.
Cumanya sekarang ini kita masih kekurangan fungsi DynamicPageList (contohnya, bila buka laman Kategori:Asas keluar ralat kod "<dynamicpagelist>category=Asas Kategori count=10 mode=ordered ordermethod=categoryadd order=descending</dynamicpagelist>") tetapi nak tambah fungsi tersebut agak mustahil kerana penggunaan DynamicPageList telah dihadkan. Tetapi saya tak pasti sama ada DynamicPageList3 boleh digunakan ataupun tidak. Mungkin kita boleh usahakannya. Kalau tidak boleh mungkin akhir sekali kita kena buang penggunaan DynamicPageList di laman kategori secara menyeluruh.
Apa-apa pun kalau ada terjumpa ralat lagi boleh kongsikan dengan saya di masa akan datang, walaupun agak susah juga nak membaik modul tetapi saya akan cuba usahakan sebaik mungkin. محمد حكيمي Ayuh berkomen! 04:08, 28 November 2023 (UTC)Balas
Terima kasih atas sumbangan anda! Pada hemat saya, saya rasa tak perlu sangat DynamicPageList tu, tapi kalau awak masih berkenan, dipersilakan saja. Rasanya bagi langkah seterusnya, boleh usahakan kategori bahasa pula (cth. Kategori:Bahasa Melayu dan Kategori:Bahasa Jepun) PeaceSeekers (bincang) 09:35, 28 November 2023 (UTC)Balas