Assalamualaikum.. Selamat Pagi.. laluan ke opis nieyl kalau dah pukul7.40 tu mesti jem.. bukan jem apa..trafik light je bulatan.. Kang kalau petang pun sama juga kalau lebih 4.45 petang.. dia dah start jem dah..
Tema Hijau Menjadi Pilihan | Hari tu nieyl terlupa nak share gambar-gambar family sempena majlis pertunangan adik ipar nieyl. Tahun ni raya memang nieyl dah bagitahu adik-adik ipar nieyl yang kita nak pakai baju color hijau. Masing-masing pun ok, sebab nanti majlis tunang boleh pakai tema hijau, ambil gambar sekali untuk raya hihihi.. So, cantiklah dalam gambar macam-macam hijau ada.
Bila majlis dah selesai, kitaorang ambil kesempatan untuk bergambar. Ini gambar nieyl bersama husband dan anak -anak buah belah husband. Adam, Eric, Ellsa dan Putri.
Kenangan bergambar dengan bakal pengantin insyaÁllah hujung tahun ni perancangannya. Semoga dipermudahkan.
Kesayangan adik ipar dan biras nieyl yang sebaya dengan nieyl. Doakan kitaorang jadi keluarga sampai akhir hayat...Amin...
Gambar girl's sahaja wajibnya sekarang ni sebab anak-anak dah besar sekarang ni.
Kami bertiga ini terpaling penat bila majlis dah selesai. Rasa macam nak terbaring dah dekat karpet bila semua tetamu dah balik. Seawal 6.30 pagi nieyl start masak , tutup rumah pukul4 petang. Memang terpaling sibuk dan penat..
Kahwin nanti katering je tak larat nak masak dah...penat ya masak banyak-banyak mcnie..hehe..tak mo dah hehehe
Blood Brothers Best | Weekend curi masa untuk pergi menonton filem melayu , actually kan nieyl rasa macam dah lama tak tengok filem melayu dekat Panggung Wayang. Sebab nieyl memilih sikit kalau nak tengok filem melayu dekat panggung ni, selalunya yang fight-fight ni nieyl memang suka.
Filem ni tak kosong guys, kalau betul-betul hayati banyak sangat mesej yang nak disampaikan pada kita di mana kita kena sentiasa aleart apa sahaja yang di sekeliling kita, Apa yang paling nieyl suka filem ni, kita tak boleh nak syak ataupun teka siapa yang terpaling jahat dalam filem ni hahaha... Apa-apa pun nieyl nak bagi 5/5 filem ni.
Kalau korang belum tengok lagi filem ni, bolehlah pergi tengok ajaklah husband ke isteri ke pergi tengok okay. Best dan penuh action ..
Perginya mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5 | Seluruh negara dikejutkan berita pemergian Perginya mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi malam sebelum maghrib.
Untuk makluman, jenazah akan dibawa ke Masjid negara pada pagi ini. Rakyat diberikan kesempatan untuk memberikan penghormatan terahir ke atas jenazah di Dewan Solat utama, masjid negara dari jam 11 pagi hingga 1.00 petang.
Jenazah akan di disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara selepas zohor.
Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman, Al- Fatihah
Assalamualaikum... Selamat Pagi.. pagi ni terasa macam nak beli breakfast dekat cafe.. Jarang-jarang nieyl nak beli makanan dkt cafe.. sbb bawa bekal hari-hari.
Tadi ternampak ada kuih mona manis.. yg ini memang fav nieyl, kalau jumpa yang sedap memang boleh telan 10 biji.. hahahaha.. Hari ni sampai khamis bos2 tak ada hihihi.. G mesyuarat dekat Ipoh.. PA dekat Opis boleh tarik nafas lega sikit..
Korang jangan lupa breakfast.. pada yang berpuasa, selamat berpuasa..
Pertama Kali Shopping Guna SARA | Bermula bulan 4 tahun 2025 , pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA), ia merupakan bantuan bersasar kerajaan untuk rakyat B40 yang terpilih dan penerima bantuan STR. Alhamdulillah syukur, tahun ni nieyl diberikan rezeki untuk menerima SARA sehingga Disember 2025.
Weekend baru ni nieyl sempat singgah Speedmart di kawasan tempat tinggal nieyl, di situ sangat mudah untuk membeli barang yang boleh dibeli menggunakan SARA sebab dieorang dah label siap-siap Sumbangan Asas Rahmah di rak barang-barang. Jadi tak perlu lagi kita nak bertanya dekat cashier, dieorang pun sibuk nak scan-scan barang orang yang nak membayar.
Antara barang yang nieyl dapat beli hari tu santan kara, ubat gigi, biskut, tepung bestari, sos tiram, meggi cup ( paket punya licin) , bihun, secukup rasa, garam. Untuk first time tu nieyl beli yang mana tak ada dirumah, so..baki dalam ic masih ada lagi rm38. Nanti boleh guna lagi sebelum hujung bulan. Cashier tu ada bagitahu, banyak lagi barang-barang yang dieorang belum setting lagi insyaÁllah nanti boleh datang beli lagi.
Selain barang-barang yang nieyl beli tu, korang boleh juga beli Milo, Teh, Sardin tin dan beberapa barang lagi. Nieyl harap kedai-kedai yang terpilih ni boleh tampal label SARA tu di rak barang yang terpilih bagi memudahkan orang ramai untuk membeli belah dengan mudah.
Sabun pencuci kain tu kena bayar sendiri, tak boleh guna SARA hihihi.. Korang ada yang dapat juga ke SARA?dah beli barang ke..
Pelamin DIY dan hantaran simple | Untuk majlis bertunang ni sebolehnya memang nak sesimple yang boleh. Untuk pelamin pun bagi syarat untuk sesi sarung cincin jadi kiteorang buat yang simple je asalkan nampak proper sikit kan.guna apa yang ada dekat rumah je. Cantik tak?
2 hari sebelum majlis, goodies untuk tetamu semua dah ready di isikan dalam beg tinggal nak kasi saja pada tetamu.
Hantaran yang riben warna biru tu dari pihak lelaki untuk pihak perempuan, dan yang warna hijau tu dari pihak perempuan untuk pihak lelaki. 5 berbalas 7 dulang.
Cup Cake
Sirih Junjung
Jam tangan
Jelly
Coklat
Buah-buahan
Dan satu lagi cake tapi tak ada pula gambarnya dalam folder hehehe. Bekas hantaran ni adik ipar sewa je tinggal letak barang je. Tak adala mahal sangat pun sewa dia. Untuk pertunangan biasanya kita akan bagi makanan atau manisan je yang banyak, barangan lain-lain tu masa nikah nanti.