Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan halaman utama
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Sembunyikan foto dan video anda
- Guna Pustaka Foto Dikongsi iCloud
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah tajuk atau kapsyen
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video ke Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Kongsi foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada komputer Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright
Berhenti menggunakan domain tersuai di iCloud.com
Jika anda tidak ingin menggunakan domain e‑mel tersuai dengan Mail iCloud, anda boleh mengeluarkan domain di iCloud.com.
Apabila anda mengeluarkan domain e‑mel tersuai, anda tidak boleh menghantar atau menerima e‑mel untuk sebarang alamat di domain tersebut dalam Mail iCloud. Walau bagaimanapun, sebarang e‑mel yang anda hantar dan terima sebelum anda mengeluarkan domain tersuai akan kekal dalam akaun Mail iCloud anda.
Berhenti menggunakan domain yang anda miliki
Jika anda berhenti menggunakan domain milik anda yang dikongsikan dengan orang lain, mereka juga tidak dapat menghantar atau menerima e-mel dalam Mail iCloud bagi sebarang alamat yang mereka cipta.
Di iCloud.com, klik dalam bar alat, kemudian klik Domain E‑mel Tersuai.
Pilih domain yang anda mahu berhenti menggunakan.
Skrol ke bawah, klik “Berhenti menggunakan domain ini”, kemudian ikut arahan pada skrin.
Jika anda mengalihkan domain ke pembekal baharu, pastikan anda melakukan perkara berikut:
Pergi ke pendaftar domain anda. Kemas kini rekod domain kepada pembekal e‑mel baharu anda dan keluarkan sebarang rekod berkaitan iCloud.
Sediakan sebarang alamat e‑mel yang anda ingin terus gunakan dengan pembekal baharu anda.
Tinggalkan domain yang dikongsi dengan anda
Jika anda meninggalkan domain, semua alamat e‑mel anda akan dipadamkan. Sebarang e‑mel yang dihantar ke alamat tersebut akan dikembalikan kepada pengirim.
Di iCloud.com, klik dalam bar alat, kemudian klik Domain E‑mel Tersuai.
Pilih domain yang anda mahu berhenti menggunakan.
Klik Tinggalkan Domain, kemudian klik Tinggalkan.
Apabila anda mengeluarkan domain e‑mel tersuai, anda masih boleh menghantar dan menerima e‑mel dari alamat @icloud.com utama anda dan sebarang alias Mail iCloud yang anda cipta.