Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan halaman utama
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Sembunyikan foto dan video anda
- Guna Pustaka Foto Dikongsi iCloud
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah tajuk atau kapsyen
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video ke Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Kongsi foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada komputer Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright
Sediakan iCloud untuk Freeform pada semua peranti anda
Anda boleh menggunakan iCloud dengan Freeform pada iPhone, iPad dan Mac anda (dengan iOS 16.2, iPadOS 16.2, macOS 13 atau terkini). Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang perkara yang boleh anda lakukan dengan iCloud, lihat Pastikan papan Freeform anda dikemas kini dan kongsikannya dengan iCloud.
Nota: Pastikan anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama pada setiap peranti. Jika anda mempunyai peranti yang anda tidak daftar masuk dengan Apple ID anda atau yang mematikan ciri Freeform, anda tidak akan dapat mengakses papan iCloud anda pada peranti tersebut.
Sediakan iCloud untuk Freeform pada iPhone atau iPad anda
Pada iPhone atau iPad, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud.
Ketik Tunjukkan Semua, kemudian hidupkan Freeform.
Untuk maklumat lanjut tentang cara bekerjasama di papan pada iPhone atau iPad anda, lihat mana‑mana daripada yang berikut:
Panduan Pengguna iPhone: Kongsi papan Freeform dan bekerjasama pada iPhone
Panduan Pengguna iPad: Kongsi papan Freeform dan bekerjasama pada iPad
Sediakan iCloud untuk Freeform pada Mac anda
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik [nama anda] di bahagian atas bar sisi, kemudian klik iCloud.
Hidupkan Freeform. (Jika Freeform tiada dalam senarai, klik Tunjukkan Semua atau Tunjukkan Lagi App.)
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara bekerjasama pada papan Freeform pada Mac anda, lihat Kongsi papan Freeform pada Mac dalam Panduan Pengguna Freeform untuk Mac.