Kawal akses ke lokasi Mac anda
Apabila anda mengaktifkan Perkhidmatan Lokasi, anda membenarkan app dan tapak web mengumpul serta menggunakan maklumat berdasarkan lokasi semasa Mac anda. Mac anda menentukan lokasinya menggunakan maklumat daripada rangkaian Wi-Fi setempat. Perkhidmatan Lokasi mengumpulkan maklumat dengan cara yang tidak mengenal pasti anda secara peribadi.
Nyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Privasi & Keselamatan dalam bar sisi, kemudian klik Perkhidmatan Lokasi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Nyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi.
Jika anda menyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi pada Mac anda, lokasi tertentu anda tidak dihantar ke Apple. Untuk memberikan cadangan carian yang berkaitan, Apple mungkin menggunakan alamat IP sambungan internet anda untuk menganggarkan lokasi anda dengan memadankannya kepada rantau geografi.
Walaupun anda menyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi, aplikasi dan tapak web pihak ketiga masih boleh menggunakan cara lain untuk menentukan lokasi anda. Walau bagaimanapun, untuk tujuan keselamatan, maklumat lokasi Mac anda boleh digunakan untuk panggilan kecemasan bagi membantu usaha bantuan tidak kira sama ada Perkhidmatan Lokasi diaktifkan.
Tentukan app dan perkhidmatan sistem mana yang boleh menggunakan Perkhidmatan Lokasi
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Privasi & Keselamatan dalam bar sisi, kemudian klik Perkhidmatan Lokasi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Aktifkan atau nyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi untuk setiap app dalam senarai.
Jika anda menyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi untuk app, anda akan diminta untuk mengaktifkannya semula pada kali seterusnya app tersebut cuba menggunakan data lokasi anda.
Skrol ke bawah senarai app untuk mendedahkan Perkhidmatan Sistem, kemudian klik butang Butiran untuk melihat perkhidmatan sistem tertentu yang menggunakan lokasi anda.
Untuk membenarkan lokasi Mac anda digunakan oleh Cadangan Siri dan Cadangan Safari, aktifkan Cadangan & Cari.
Untuk membenarkan Mac anda mengenal pasti tempat yang penting bagi anda dan menyediakan maklumat berkaitan yang berguna dalam Peta, Kalendar, Peringatan dan banyak lagi, aktifkan “Lokasi penting”. Lokasi penting adalah disulitkan dan tidak boleh dibaca oleh Apple. Klik Butiran untuk melihat senarai lokasi yang telah dikenal pasti. Anda boleh memilih dan mengeluarkan lokasi daripada senarai atau klik > Kosongkan Sejarah untuk mengeluarkan semua lokasi.
Dalam macOS Ventura 13.3 atau lebih baharu, anak panah bersebelahan ikon Pusat Kawalan dalam bar menu menandakan bahawa lokasi semasa Mac anda sedang digunakan. Untuk melihat app yang menggunakan lokasi anda, klik . Lihat Gunakan Pusat Kawalan.
Jika anda membenarkan app atau tapak web pihak ketiga untuk menggunakan lokasi semasa anda, sebarang maklumat yang dikumpulkan oleh mereka akan dikawal oleh syarat dan dasar privasi mereka. Anda disyorkan untuk mengetahui tentang amalan privasi pihak tersebut.
Apabila anda menggunakan Cadangan Siri atau Cadangan Safari, lokasi Mac anda pada masa anda menghantar pertanyaan carian ke Safari atau Spotlight dihantar kepada Apple untuk menjadikan cadangan lebih berkaitan dan mempertingkatkan produk serta perkhidmatan Apple yang lain.