Balas, majukan atau halakan semula mesej dalam Mail pada Mac
Balas kepada atau majukan mesej, atau hala semula mesej yang anda terima dengan secara tak sengaja kepada orang lain. Jika mesej asal mengandungi lampiran, anda boleh tentukan sama ada untuk menyertakannya.
Balas kepada atau kirim semula e-mel
Dalam app Mail pada Mac anda, pilih mesej dalam senarai mesej.
Untuk menyertakan hanya sebahagian daripada mesej asal dalam balasan anda, pilih teks untuk dimasukkan.
Jika anda memilih mesej teratas dalam perbualan, semua mesej dalam perbualan dipilih.
Alihkan penuding ke atas pengepala mesej, kemudian klik satu daripada butang berikut:
Balas untuk membalas hanya kepada pengirim.
Balas Semua untuk membalas kepada pengirim dan penerima lain.
Majukan untuk memilih penerima baru.
Anda boleh menambah atau mengeluarkan penerima mengikut keperluan.
Tambah teks anda.
Jika anda sertakan mesej asal, bar menegak (dipanggil bar petikan) mungkin muncul bersebelahan dengannya.
Anda boleh membuat teks anda muncul sebagai petikan:
Tambah bar petikan ke teks anda: Pilih Format > Aras Petikan > Naikkan atau Format > Aras Petikan > Kurangkan. Ini juga mengubah tahap petikan di mana teks yang dipilih muncul.
Tampal teks sebagai teks dipetik: Pilih Edit > Tampal sebagai Petikan.
Jika mesej asal mengandungi lampiran, tentukan sama ada untuk menyertakannya:
Sertakan lampiran dalam balasan: Klik butang Sertakan Lampiran dalam bar alat tetingkap mesej atau pilih Edit > Lampiran > Sertakan Lampiran Asal dalam Balasan.
Keluarkan lampiran dari balasan: Klik butang Keluarkan Lampiran dalam bar alat tetingkap mesej atau pilih Mesej > Keluarkan Lampiran.
Apabila anda bersedia, klik butang Hantar .
Jika anda lebih suka sentiasa abaikan mesej asal dari balasan anda, pilih Mail > Keutamaan, klik Mengarang, kemudian nyahpilih "Petik teks dari mesej asal."
Balas daripada pemberitahuan Mail
Dalam pemberitahuan pada Mac anda, klik Balas. Balasan anda dialamatkan kepada semua penerima; untuk membalas hanya kepada pengirim, klik butang Balas dalam bar alat tetingkap mesej.
Anda juga boleh klik di mana sahaja dalam pemberitahuan Mail untuk buka mesej, kemudian membalasnya.
Majukan e-mel sebagai lampiran
Dalam app Mail pada Mac anda, pilih mesej yang anda mahu hantar sebagai lampiran.
Pilih Mesej > Majukan sebagai Lampiran.
Anda juga boleh seret mesej yang anda ingin majukan satu pada satu masa ke dalam mesej.
Balas kepada atau majukan e-mel secara automatik
Mail mesti dibuka sebelum ia boleh kirim semula atau membalas mesej secara automatik. Jika anda mahu menghantar balasan secara automatik apabila Mail tidak dibuka —seperti apabila anda sedang bercuti—semak dengan penyedia akaun e-mel anda.
Dalam app Mail pada Mac anda, pilih Mail > Keutamaan, kemudian klik Peraturan.
Klik Tambah Peraturan, kemudian taip nama untuk peraturan.
Tunjukkan sama ada sebarang atau semua syarat mesti tepat untuk peraturan digunakan.
Setkan syarat yang menentukan mesej mana untuk dibalas atau dimajukan secara automatik.
Klik menu timbul “Laksanakan tindakan berikut”, kemudian pilih pilihan:
Kirim Semula mesej: Pilih Mesej Dimajukan dari menu timbul pertama, kemudian masukkan alamat e-mel di mana anda ingin terima mesej yang dimajukan. Klik Mesej, kemudian masukkan sebarang teks yang anda mahu sertakan dengan mesej yang dimajukan. Sebagai contoh, anda boleh menjelaskan bahawa anda mengirim semula mesej secara automatik.
Membalas kepada mesej: Pilih “Balas ke Mesej” dari menu timbul pertama, klik “Balas teks mesej,” kemudian masukkan balasan anda. Mail menyertakan teks penuh bagi mesej asal dalam balasan anda.
Klik OK.
Pertimbangkan peraturan yang anda cipta dengan teliti. Jika ia terlalu luas, mesej boleh dihantar secara tidak sengaja atau mencipta gelung (balasan ke balasan yang anda hantar). Jika boleh, uji peraturan.
Hala semula e-mel
Dalam app Mail pada Mac anda, pilih mesej yang anda mahu hala semula.
Pilih Mesej > Hala Semula.
Alamatkan mesej, kemudian klik butang Hantar .
Penerima hanya melihat alamat pengirim asal dan balasan penerima hanya dihantar kepada pengirim asal. Anda tidak boleh menghala semula mesej untuk akaun Exchange.