Cipta dan edit nota pada Mac
Anda boleh menulis nota dan mengedit nota. Anda juga boleh mencipta salinan nota, atau menyalin dan menampal teks daripada nota.
Nota: Semua ciri Nota yang diterangkan dalam panduan ini tersedia semasa menggunakan nota iCloud. Sesetengah ciri tidak tersedia apabila menggunakan akaun daripada penyedia lain.
Cipta nota baharu
Siri: Cakap sesuatu seperti: “Cipta nota.” Ketahui cara untuk menggunakan Siri.
Pergi ke app Nota pada Mac anda.
Dalam bar sisi, klik folder di tempat yang anda mahu letakkan nota.
Nota: Jika anda tidak melihat bar sisi, pilih Paparan > Tunjukkan Folder.
Klik dalam bar alat (atau gunakan Touch Bar).
Taip nota anda.
Anda boleh gunakan cadangan menaip, jika tersedia.
Baris pertama nota menjadi tajuk nota itu. Anda boleh menukar cara baris pertama diformatkan dalam seting Nota.
Nota anda disimpan secara automatik semasa anda bekerja.
Petua: Anda boleh memilih kamus untuk bahasa khusus, melihat ejaan yang dicadangkan untuk perkataan atau menambah perkataan atau istilah yang kerap digunakan pada kamus. Lihat Dapatkan cadangan penaipan dan betulkan kesalahan. Anda juga boleh menterjemah teks dalam nota.
Edit nota
Pergi ke app Nota pada Mac anda.
Buka nota yang anda mahu edit atau cari nota anda untuk menemuinya dengan cepat.
Buat perubahan anda.
Perubahan disimpan secara automatik semasa anda bekerja.
Petua: Apabila anda menaip data tertentu (seperti tarikh, masa, lokasi, atau nombor telefon), anda boleh menambah maklumat tersebut ke app lain dengan mudah. Contohnya, Control-klik masa, kemudian pilih Cipta Peristiwa untuk mencipta peristiwa kalendar atau Cipta Peringatan bagi mencipta peringatan. Lihat Kesan tarikh, kenalan dan banyak lagi dalam dokumen.
Cipta salinan nota
Pergi ke app Nota pada Mac anda.
Pilih nota daripada senarai, kemudian pilih Fail > Duplikasi Nota (atau Command-D).
Nota: Jika anda duplikasi nota dikongsi, salinan tidak dikongsi. Anda tidak boleh mencipta salinan nota dikunci.
Salin dan tampal teks
Pergi ke app Nota pada Mac anda.
Buka nota, atau klik untuk mencipta nota baharu.
Untuk menyalin dan menampal teks, lakukan mana-mana yang berikut:
Salin pilihan teks dalam nota: Pilih teks yang anda mahu salin, kemudian pilih Edit > Salin (atau Command-C).
Salin semua teks dalam nota: Klik di mana sahaja dalam teks nota, pilih Edit > Pilih Semua (atau Command-A), kemudian pilih Edit > Salin (atau Command-C).
Tampal teks: Pilih Edit > Tampal (atau Command-V).
Sementara sesetengah pemformatan dikekalkan apabila anda menampal, fon dan warna asal mungkin tidak dikekalkan.
Tampal teks menggunakan gaya sekeliling: Pilih Edit > Tampal dan Padankan Gaya.
Maklumat gaya diabaikan daripada papan klip dan teks ditampal dengan gaya sekeliling digunakan.
Tampal teks menggunakan gaya asal: Pilih Edit > Tampal dan Kekalkan Gaya.
Maklumat gaya kekal dengan teks disalin dan teks ditampal dengan gaya asal digunakan.
Anda juga boleh menggunakan Papan Klip Universal untuk meyalin teks, imej, foto dan video pada satu peranti Apple, kemudian tampal kandungan pada peranti Apple lain.
Gunakan Alat Menulis dalam Nota
Jika anda mempunyai Mac dengan M1 atau lebih baharu, anda boleh menggunakan Alat Menulis untuk meringkaskan teks dipilih dengan satu klik, menyemak kerja anda dan mencipta versi berbeza untuk teks yang sama bagi membantu anda mencari pengungkapan dan nada yang betul. Lihat Gunakan Alat Menulis dengan Apple Intelligence.