Hadkan akses ke podcast dengan kandungan eksplisit pada Mac
Anda boleh menghalang orang yang menggunakan Mac anda daripada mengakses podcast dengan kandungan eksplisit.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Masa Skrin dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Jika Masa Skrin tidak aktif, aktifkannya.
Klik Kandungan & Privasi, kemudian pastikan “Hadkan seting kandungan eksplisit, pembelian, muat turun dan privasi” diaktifkan.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Hadkan podcast dengan kandungan eksplisit: Klik Pengehadan Kedai, kemudian nyahaktifkan Benarkan Muzik, Podcast dan Berita Eksplisit.
Nyahaktifkan app pada peranti iOS atau iPadOS: Klik Pengehadan App, kemudian nyahaktifkan Benarkan Podcast dalam bahagian Dibenarkan pada iOS.
Lihat bahagian Masa Skrin pada panduan pengguna untuk iPhone, iPad, atau iPod touch. Jika peranti tidak mempunyai versi iOS atau iPadOS terkini, dapatkan panduan pengguna daripada Tapak web Manual Sokongan Apple.